Khamis, 14 Oktober 2010

jalan-jalan santai...

assalamualaikum...,

hari ini (13 oktober) seperti yang dirancangkan aku dan cikgu syuaib telah ke jpn pahang. urusannya ialah menghantar permohonan lawatan sekolah ke melaka. memang pada asalnya gb aku tak berapa membenarkan kami pergi. tapi setelah di telepon ke jpn, ternyata pegawai yang menandatangan surat kebenaran ada di pejabatnya. barulah aku dan syuaib pun bergerak ke kuantan. dari kemayan lebih kurang pukul 10 pagi. dan melintas di hadapan ppd tepat pada pukul 11pagi. tiba di kuantan pada pukul 1 petang dan tiada masalah nak ke jpn, sebab sebelum ini aku telah dua kali tersilap masuk simpang, jawabnya puaslah meraban nak mencari simpangnya semula.

aku nak masuk ke perkarangan jpn untuk parking van aku tapi ditahan oleh jaga. terpaksalah akau parking di luar sahaja. sebab sebelum ini aku pernah pergi dengan fadzeli panjang dan boleh parking kat dalam. oleh kerana ketika itu waktu rehat, shuaib mecadangkan kami pergi makan dulu, lagi pun aku memang tengah lapar. kat sekolah tak sempat nak makan, cuma dalam perjalanan saja aku makan tiga buku roti dan sekotak air soya yang dibeli semasa mengisi minyak di petronas kerayong. aku ajak makan di kantin jpn saja sebab senang nak sembahyang zohor, tapi si syuaib ni nak makan kat luar pulak. terpaksalah ke zuzana restoran (kalau tak silap aku).

sebelum itu sempat jugak aku menelefon hassan basri, kot-kot dia ada di pejabat. rupa-rupanya dia di johor bahru ada kursus ju kamahiran hidup. oleh kerana nak senang kami memesan nasi ayam sahaja. selesai makan, kami ke jpn semula dan terus ke lobi memaklumkan tujuan kami. kemudian kami terus ke unit pendaftaran sekolah dan memaklumkan sekali lagi tujuan kami. sedang aku berurusan di kaunter masuklah cik sabariah mat peah yag telah aku hubungi beberapa kali untuk bertanya itu dan ini. pada mulanya ia menyatakan: ok, lulus dan tak ada masalah cuma kerani yang menguruskan daerah bera bercuti, jadi surat kelulusan akan dipos kemudian. aku dan syuaib meminta dan merayu jugak, setelah berkata sepatah dua kata dan dibalas sepatah dua kata dari kami, dengan serba salah cik sabariah mengambil surat permohonan dari tangan par dan menghulur kepada seorang lagi kerani. aku terdengar ia berkata tolong uruskan, aku pun terasa lega. bukanlah lama sangat kerani tu buat surat, tak sampai lima belas minit surat pun siap. cuma sedikit lambat kerana printernya meragam. sambil itu sempatlah aku dan syuaib mendengar beberapa cerita antaranya permohonan nak masuk kelas prasekolah tetapi ditolak kerana kononnya bukan warganegara dan kes surat layang dari cikgu di maran ke jpn.

setelah beres urusan, aku dan syuaib pun menapak meninggalkan jpn. bukannya susah nak buat surat, nak ikut sangat prosedur kerja memanglah lambat kata aku kepada syuaib. da aku berkata lagi, sedara sendiri pun payah nak tolong. aku terus memandu ke bandar kuantan dan berpusing-pusing dua tiga kali, kami pun balik dan berhenti di kompleks mpk untuk membayar saman parking kerana tidak mempamirkan kupon. kalau di temerloh memang aku tak kan bayar, tapi mengenangkan dulu pernah sekali aku tak bayar dan dapat surat amaran kali ini terpaksalah aku bayar.

seperti biasa kalau ke kuantan, jika tak beli keropok memang tak sah. jadi tempat biasa aku berhenti ialah di jaya gading. selesai urusan jual beli, aku pun memandu menghala ke gambang dan membelok masuk ke lebuhraya pantai timur. oleh kerana belum sembahyang lagi, kami pun berhenti di hentian rehat gambang.

* mengantok pulak dah! terpaksa tidor dulu... besok kita sambung lagi cerita santai ini.

Ahad, 10 Oktober 2010

kad raya jaman tori - 8.

Daripada :

NUR UMAIRAH BT. NANI.


UST. BORHAN, KAKAK SAYA KIRIM SALAM KEPADA UST. SAYA HARAP UST. DAPAT MEMAAFKAN SALAH DAN SILAP SAYA SELAMA INI.



* kad ini juga agak ringkas ucapannya. nur umairah ialah anak kepada encik nani, seorang pegawai di bank pertanian triang. ia tinggal di kuarters pejabat daerah bera keran isterinya salah seorang kerani pejabat daerah tersebut. kakaknya bernama nur akmal baiti. aku sempat mengajarnya di tahun 1996 dan 1997. kemudian keluarga ini telah berpindah ke temerloh. setelah itu aku tak lagi mendengar khabar berita tentang keluarga ini. tetapi anak-anak encik nani semuanya pandai-pandai belaka.

kad raya jaman tori - 7.

Untuk Ustaz Borhan,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Maaf Zahir Batin.


Dari
Siti Farah.

4P.



* terlalu ringkas ucapan dalam kad ini. aku mengajarnya selama 2 tahun iaitu tahun 1994 dan 1995. ayah siti farah berasal dari kuching dan aku pernah beberapa kali bersembang dengan encik mohamed. kad yang digunakan adalah dari syarikat perkapalan Achipelago Shipping sdn. bhd. cuma aku tak berapa pasti pekerjaan ayahnya ini.

Jumaat, 8 Oktober 2010

kad raya jaman tori - 6.

Menemui,
Ustaz Borhan

Selamat menyambut hari raya. Kepada ustaz saya memohon doa agar di ampunkan semasa di sekolah.
Di sini saya juga mohon ampun dan maaf kerana kad yang dilayangkan ini bukan khas untuk cikgu mahupun ustaz. Kad ini sekadar kad yang mengucapkan selamat menyambut hari yang berbahgia.

Selamat menyambut hari raya.(dalam tulisan jawi)


Yang Benar
(NURKHAIDAH)
PELAJAR


* aku agak kad ini bukanlah di tulis oleh nurkhaidah sendiri. kerana tulisannya cantik dan agak kemas. mungkin kakaknya yang rajin tolong tuliskan. namun begitu itulah jalan bahasa yang dicatatkan, aku pada mulanya puas jugak nak memahami apa yang tersirat disebalik yang tersurat. rupa-rupanya kad itu tak tercatat khusus sama ada untuk cikgu atau ustaz kat muka depannya. hanya sekadar tulisan " Selamat Hari Raya Aidil fitri" sahaja. no hal lah, kata orang sekarang ni. yang penting ialah niat kita ikhlas untuk menyampaikan ucapan atau menghantar kad raya. aku tak berapa ingat nurkhaidah ini, memang aku mengajar dia semasa di srb agama, lawas, tapi aku tak berapa ingat rupanya. maklumlah, murid di sekolah ini datangnya dari seluruh daerah lawas, malah dari sundar yang jauhnya lebih 40 kilometer. gelap subuh dah pergi sekolah, balik nanti pukul lima lebih selepas kelas kafa. itu belum lagi dikira keadaan jalan yang berdebu tak ada tar, atau kalau hari hujan. tapi semangat nak belajar tetap tinggi dan cukup membanggakan. semoga nurkhaidah berjaya di segenap lapangan yang diceburi, berjaya di dunia dan berbahagia di akhirat, hendaknya. amin.

kad raya jaman tori - 5.

Assalammualaikum:

Buat cikgu yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya. Saya sangat merasa bangga dengan mempunyai guru seperti cikgu. Saya harap kita akan saling maaf mememaafi antara satu sama lain pada hari yang mulia nanti. Oh! ya hari raya tahun ini datanglah ke rumah. Pintu rumH Kmi sentiasa terbuka untuk cikgu, tapi jangan marah kalau Ros tak ada di rumah pada hari raya itu nanti. Tapi kalau cikgu tak nak merasa kuih-muih yang kami buat tak apalah. Kalau cikgu datang shukurlah. Saya kalau ada masa barulah saya datang ke-rumah cikgu. Nampaknya sampai disini sahaja kali ini.....
Good Bei...............

Bulan Ramadan Bulan Mulia
Bersamalah Kita Berpuasa
Hati Kini Rasa Gembira
Untuk Menyambut Hari Raya


Yang Ihlas
tandatangan
(Rosmawati Jamal)


*seorang lagi murid aku di srk belipat. semasa aku mula mengajar di situ dia di tahun enam dan ada seorang adik perempuan yang bernama maria. walaupun si ros ni mempelawa aku beraya di rumahnya, tapi aku tak pergi sebab selain aziz juga tak pergi, aku ke tawau pada raya kedua, ke rumah kakak aku yang mengajar disana. katanya pintu rumahnya sentiasa terbuka, tapi tiap kali aku lalu, pergi dan balik sekolah pintunya sentiasa tetutup sebab rumahnya betul-betul tepi jalan. turun van atau kereta, terus masuk dalam rumah. malah kereta boleh parking betul-betul depan pintunya. aku selalu juga bersembang dengannya semasa menunggu van untuk balik dari sekolah. dia rajin bercerita tentang keluarganya, ayahnya kerja di brunei, jarang-jarang balik tapi kalau balik mesti berbelanja sakan sebab duit brunei lebih besar nilainya dari ringgit malaysia. dan bila balik encik jamal pasti datang ke sekolah bersama emak si ros untuk bertanya khabar tentang pelajaran anak-anaknya. satu sikap yang patut dipuji, walau jauh bekerja tapi tetap mengutamakan pelajaran anaknya. semoga keluarga ini mendapat rahmat dan hidayah dari Allah untuk meneruskan kehdupan. aku agak rosmawati dah beranak pinak agaknya, maklumlah orangnya boleh tahan juga comelnya termasuklah maria sekali. kalau tidak tak kanlah cikgu ramli (orang melaka) selalu mengusik termasuklah si low kee sing turut sama tompang sekaki. eh! panjang pulak catatan aku untuk kad si rosmawati ini. tapi ejaannya tetap aku pelihara keasliannya. tanpa apa-apa perubahan.

kad raya jaman tori - 4.

Kepada : Ust. Mohd Borhan.

Apa khabar ust disamping keluarga. Kami sekeluarga sihat-sihat saja. Datanglah kerumah kami pada hari raya nanti. Bawalah keluarga pada hari raya kedua.

SELAMAT HARI RAYA.

Daripada: Faezlin Bte Alias.



* kad dari anak murid semasa aku mengajar di srk belipat. dia ada seorang abang yang aku dah lupa namanya, mereka berdua sering aku lihat pergi dan balik dari sekolah bersama-sama dengan berjalan kaki sahaja. rumahnya pun tak jauh dari sekolah. dah besar panjang agaknya si faezlin ni. semoga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. amin.

Sabtu, 2 Oktober 2010

kad raya jaman tori - 3.

assalammualaikum ustaz. apa khabar.
saya disini sihat walafiat. saya minta maaf jikalau saya bersalah dan silap. saya Harap ustaz ajar kami ya.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Pantun:
Pecah kaca
Pecah tong
Habis baca
Harap digantung.

sekian

kepada
ustaz Borhan.

Daripada
Nazalina.

kad raya jaman tori - 2.

Kepada: ustaz Borhan.

Assalamualaikum ustaz. Saya ucapkan selamat hari Raya dan selamat berpuasa dengan itu saya minta maaf. Ustaz saya ada pantun.

kain buruk
kain merah
tulisan buruk
jangan marah.

yang Benar
suziyanti.


* kad raya dari salah seorang murid aku semasa di srb agama lawas, sarawak.