Isnin, 27 Disember 2010

menanti azan.

Ada rasa yang membara
ada rasa yang berduka
ada rasa yang cemburu
ada rasa yang diburu.

Pada masa yang berlalu
pada masa yang tak tahu
pada masa yang begitu
pada masa yang menunggu.

Rasa masa yang lambat
rasa masa yang cepat
rasa masa yang gelap
rasa masa yang pekat.

Masa rasa semua sihat
masa rasa semua hebat
masa rasa semua singkat
jangan terperangkap dalam zulmat.


b.tan
12.55 am
12.12.2010
dataran mab, temerloh.

memerhati diri.

Aku memerhati
hilir mudiknya manusia di jalanan
berbagai arah berbagai tujuan berbagai ragam.

Mereka tak perasan
aku yang membatu
bisu yang bukan kelu.

Aku memerhati lagi
berbagai warna berbagai corak
berbagai lagak berbagai bongkak.

Mereka tak tahu
aku sedang memburu
pada waktu yang lambat tapi cepat berlalu.

Aku masih memerhati
pada pergolakan proses hidup ini
mencari impian hati semua perlu berhati-hati
mencari sedikit rezeki usah digadai maruah diri.

Dalam pemerhatian ini
makin banyak ku mengerti
meski pilihan ada di muka
kita sering juga lupa
bahawa hidup yang sarat ini
bisa saja menjadi jerat.

Aku terus saja memerhati
pada jerat yang dipasang sendiri
antara sedar dan tak peduli
aku juga sedang diperhati.


b.tan
12.47 am
12.12.2010
dataran mab, temerloh.

tengkujuh.

Angkat pukat yang dulu penuh sarat
sidai di jemuran untuk disulam kekalutan
tataplah dada laut yang penuh warna gelora
ini saat untuk kau berehat
melepas lelah tapi usahlah kau gundah
bot di air jangan biar pecah
kelmarin melanda angin lintang yang garang
menerpa wajah yang mulai cemburu
pada hempasan gelombang di laut.

Jika kau tahu
itu isyarat alam jua cemburu
kerna kau pura-pura tak tahu
hidup ini makin hampir ke hujung waktu.


b.tan
12.19 am
12.12.2010
dataran mab, temerloh.

Selasa, 21 Disember 2010


assalamualaikum...

aku masih lagi berfikir sama ada akan menyambung entri kembara ziarah atau cukup setakat apa yang dah aku post kan. kalu ada kelapangan insya Allah aku akan sambung kerana gambar masih banyak lagi yang boleh dipaparkan. cuma masalahnya size agak besar dan memang menganggu paparan.

apa pun aku sekarang berada di temerloh, menanti anak sulong aku tuisyen. kelas habis pukul 3 petang. sekarang baru pukul 11.33 pagi. bateri dah nak habis. charger pulak tertinggal kat rumah. nampaknya terpaksalah aku menghabiskan masa kat perpustakaan temerloh atau kedai buku al-hidayah.

sekian, dimaklumkan. wassalam.

Khamis, 16 Disember 2010

kembara ziarah 2.



Photobucket


sedang isteri dan anak-anak aku sibuk memberi salam, sempat aku megambil gambar rumah pakteh mod untuk kenangan. tak tahu bila lagi kami akan ke sana. jika panjang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Esa, insyaAllah kami akan berkunjung lagi.

Photobucket

inilah dia kehijauan sawah padi di hadapan rumah pakteh mod, tenang dan mendamaikan. ia milik pakteh mod sendiri tapi diusahakan sepenuhnya menggunakan mesin.


Photobucket

dari mula membajak sehinggalah menuai, mesin digunakan.


Photobucket

jika tidak ada aral, insyaAllah bulan satu nanti akan dapatlah dituai hasilnya. tapi oleh kerana segalanya mesin, tuan tanah hanya cuci tangan dan dapatlah hasil wang setelah ditolak upah mesin jentera. tak tahulah berapa. tapi kata isteri aku dalam ribu-ribu jugak untuk satu musim. kalau setahun, dua atau tiga musim? cukuplah untuk belanja selama setahun agaknya.


Photobucket

setelah siap bersarapan, pakteh mod mengajak kami ke rumah "nenek kebayan"- duduk bertudung hitam. disebelahnya ialah isteri pakteh mod. nenek ini ialah adik beradik pakteh mod satu emak.


Photobucket

sebelum ke rumah pakcik shap, sempat lagi pakteh mod berseloroh dengan adiknya tu.


Photobucket

apa lagi agaknya yang dijengok oleh pakteh mod. oo! nak buang air rupanya kat tandas di belakang rumah tu.

Photobucket

antara pemandangan di perjalanan ke rumah pakcik shap. banjaran gunung jerai tu!
Photobucket

inilah dia mahligai kepunyaan pakcik shap, bekas kakitangan pejabat hutan zon kedah/perlis. tapi itu cerita dulu-dulu. oleh kerana keletihan dan mengantuk, aku mengambil peluang untuk berbaring dan melelapkan sekejap mata aku sebelum di kejutkan untuk makan tengahari.


Photobucket

setelah selesai makan dan solat zohor serta jamak asar, anak aku mula sibuk nak ke tanjung dawai. tapi sempat lagi berposing di atas tangga rumah tokciknya tu.

Photobucket

tapi sebelum pergi, perlu di kemas dulu van dan bawa masuk beg-beg semua ke dalam rumah pakcik shap. kerana kami akan bermalam di sini nanti.

Photobucket

anak aku- ahmad abdullah azzam(baju oren), siti nur aisyah dan ahmad kamal abdullah.

Photobucket

bangunan arked tanjung dawai yang menempatkan peniaga-peniaga yang menjual hasil laut terutama ikan masin, ikan bilis dan berbagai lagi.


Photobucket

di pantai tanjung dawai- ahmad bilal abdullah dan siti nur aisyah. nun jauh di seberang sana ialah pantai merdeka. tak kan tak ingat lagu cinta pantai merdeka nyanyian kumpulan jinbara.

Photobucket

sebelum pulang ke rumah pakcik shap, kami singgah di kedai ini untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa balik nanti.