mengamuk??? itu baru sikit jek. entahlah tiba-tiba hari ini aku naik angin sikit bila melihat perangai anak-anak aku yang masih ada kat rumah ini. aku balik dari tanah sejuring lebih kurang pukul 12 suku, kemas-kemas van keluarkan apa yang patut dan aku pun ke triang untuk membasuh van yang dah berbulan comot dan berdaki. sambil tu aku sempat mengarahkan anak aku yang berada di luar rumah agar masuk ke dalam kerana hari tengah panas.
bila aku balik dalam pukul dua lebih, rupanya anak aku belum masuk ke rumah, malah sedang berenak-enak bermain games di rumah jiran yang selang dua pintu dari rumah aku. kelihatan isteri aku baru keluar dari rumah jiran tersebut atas urusan melagau...eh! silap.... memanggil anak-anak aku pulang. rupa-rupanya sepeninggalan aku tadi mereka belum masuk ke rumah lagi. puas panggil, tak nak balik, kata isteri aku sambil memegang sepuntung kayu berukuran sebesar ibu jari kaki. aku pun mengambil kayu tersebut dan memukul betis ahmad bilal abdullah sambil memimpin ahmad abdullah abbas yang belum sembuh benar dari demamnya. dan anak-anak yang lain pun turut masuk ke rumah.
tetapi ahmad bilal abdullah telah menjerit dan kononnya nak lari kerana tak mahu masuk ke rumah, aku cuba menghampirinya untuk mengajak masuk, sebaliknya ia lari, aku tak mahu membiarkan kerana nanti uminya akan bersiaran langsung untuk beberapa ketika. aku pun mengejar dan ahmad bilal abdullah semakin laju, aku pun turut laju sambil memegang kayu. mungkin kerana memikirkan aku dah hampir dengannya, ahmad bilal abdullah pun berhenti sambil aku memegang lengannya dan menghayun kayu lalu mengenai betisnya dan terpatah dua. namun setiap kali aku merotan atau memukul anak aku, aku pastikan aku dalam keadaan sedar iaitu aku memukul untuk mendidik dan bukan tujuan untuk mendera anak.
rupanya kejadian tersebut telah dilihat oleh jiran berbangsa india, kerana aku memukul anak di hadapan rumahnya. jiran tersebut bertanya: ada apa? aku hanya mengelengkan kepala sambil berkata: tak ada apa. malah jiran sebelah rumah aku pun tersenyum dan ketawa melihat kejadian tersebut sambil berkata sesuatu tapi aku tak mendengarnya. dan aku buat tak kesah saja kerana selama ini pun macam-macam cerita yang mereka hebohkan satu seri buntar kononnya aku ini garang dengan anak-anak, suka pukul anak, mengurung isteri tak beri bergaul dengan orang lain, malah aku balik ke seri buntar pun dikatakan kerana aku telah berbuat sesuatu yang salah semasa di perantau damai. ye ke aku buat sesuatu yang salah di perantau damai? cuba cari apa kesalahan yang aku telah buat di sana dan senaraikan serta laporkan ke pada pihak polis. memang aku mencabar!!!!
kadang-kadang aku tak tahan jugak bila isteri aku mengadu itu dan ini, macam-macam diorang katakan tentang aku dan keluarga aku. alhamduliLLah aku masih boleh bersabar dan menasihatkan isteri aku supaya jangan ambil kesah apa yang orang katakan sambil mengingatkan isteri aku: kita makan bukan mintak dengan diorang, kita mintak dengan Allah, lantaklah apa orang nak kata bukan mendatangkan kudis pun pada kita. memang aku paham sangat tebiat dan perangai orang melayu ni, suka mereka -reka cerita dan melihat orang lain bergaduh terutama suami isteri. sehinggakan isteri aku bekerja di kantin sekolah pun, diorang ingat kerana telah bergaduh dan ada masalah dengan aku. apa diorang fikir kalau aku tak ada duit, diorang nak kutip derma ke bagi pada ku? janganlah mencabar kesabaran seseorang, air yang tenang jangan disangka tiada buaya, ini kan pulak aku yang.....
jiran-jiran aku bolehlah kata itu dan ini, anak mereka tak ramai tiga orang, empat orang tapi aku lapan orang mana nak sama dengan diorang. itu pun aku lihat didikan yang diberikan pada anak-anak mereka tak lah sempurna sangat, cuma gaya saja yang lebih. aku akui, aku bukanlah seorang yang sempurna, sebab itu orang selalu berkata: ayah ustaz, tapi anaknya...... macam-macam yang orang katakan. terserahlah pada ALLAH untuk menilai kualiti hidup aku dan keluarga aku. aku hanya berserah pada Yang Maha Esa.
berbalik pada cerita tadi, aku pun masuk ke rumah sambil membuat siaran langsung apa yang patut untuk menyedarkan anak-anak aku dan membuat beberapa libasan tali pinggang kepada kaki dan betis ahmad abdullah azzam. nasib baik talipinggang dioarang, kecil dan nipis, kalau talipinggang aku agaknya mahu berjalur-jalur kesan yang berbekas. aku bukan tak bagi anak aku berkawan tapi biarlah betul pada masanya. dah tengah hari duduk bermain games dan makan nasi di rumah orang, itu yang aku naik angin, uminya panggil asyik dijawab sekejap lagi, sekejap lagi. bila balik bapaknya baru diorang tahu, dah tak ada sekejap lagi dah, terus mendapat habuan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. tindakan aku melampau? keterlaluan? mungkin berbagai tanggapan dari pihak yang membaca catatan ini, tapi bagi pihak aku, aku wajar memukul anak aku sebagai peringatan kepada mereka agar menghormati ibu yang memanggil mereka pulang dan patuh kepada nasihat dan arahan orang yang lebih tua dari mereka.
aku masih ingat semasa aku kecil dulu-dulu pun, sering jugak dirotan oleh ayah aku kerana selalu bermain-main dengan sepupu di rumah Allahyarham tok aku sehingga lupa nak balik makan nasi dan mengaji. malah adik-adik aku juga begitu, tapi alhamduliLLah sehingga kini aku tak pernah berkecil hati pada ayah atau emak aku, sebaliknya aku bersyukur kerana memiliki ibu dan ayah yang terlalu amat mengambil berat tentang masa depan anak-anak mereka. jika dibandingkan dengan orang lain yang keluarga mereka lebih senang dari keluarga ayah aku, tak lah malu jika dikatakan adik beradik aku lebih berjaya dari keluarga mereka. bukanlah niat untuk meninggi diri tapi sebagai iktibar, kenapa kita terlalu takut untuk merotan anak?
*maaf, dah hampir pukul tiga pagi, aku perlu tidor dulu. oh, ya! cpu yang terbakar dulu dah dapat gantinya. tapi menurut isteri aku: kenapa dapat yang buruk tak macam yang dulu? biasalah orang perempuan memang macam tu agaknya, ada saja yang tak puas di hati mereka... hahahah....
wassalamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan