jumaat lepas 25 februari aku balik tepat pada pukul 12 tengahari dan terus ke petrol pam bp di kemayan mengisi minyak yang dah hampir 'empty'. tanpa berlengah aku memecut ke temerloh dan melintasi waterfront bera tepat pada pukul 12.45 tengahari. sempat kalau nak sembahyang di guai ni, bisik hati kecil aku. walau kereta agak banyak maklumlah hari jumaat, waktu balik kerja pulak tu dan ramai penjaga ibubapa yang menjemput dan mengambil anak dari sekolah atau asrama kerana minggu ini adalah minggu balik kampung.
aku sampai di jambatan temerloh pada pukul satu. sempat lagi ni kalau ke guai, kata hati ku. zohor masuk 1.25 lebih kurang, kalau kereta tak banyak memang sempat. tapi jalan selepas paya berangan tu memang 'danzy' kalau tak berhati-hati pasti akan melanggar pokok atau terjatuh ke sungai pahang. bagi aku yang boleh dikatakan tiap-tiap minggu lalu jalan tu tetap berambi bimbang maklumlah malang tak berbau. jalannya agak sempit tapi masih boleh berselisih jika kita tahu bertimbang rasa dan tak mementingkan diri sendiri. walau terdapat beberapa tempat yang berlubang, namun aku dah tahu untuk mengelak dari terlanggarnya.
al-hamduliLLah, akhirnya aku sampai juga dengan selamat dan terus parking di luar pagar masjid, orang masih belum ramai. tapi ada jugak yang bersembang di bawah pokok dan pondok di tepi sungai pahang yang mengalir lesu berwarna teh susu. aku menarik nafas lega sambil menghirup beberapa teguk air hundred plus, lebihan bekal aku semasa ke sk tembangau 3 tempohari dan kedengaran suara muazzin mengalunkan azan tanda telah masuk waktu zohor. setelah menanggalkan stoking dan mengunci van aku pun melangkah memasuki kawasan masjid dan menuju ke paip untuk berwudhuk. ketika sedang berwudhuk terdengar suara tok empat membuat beberapa pengumuman antaranya kepada ahli peladang yang berminat membeli peralatan pertanian. aku masuk ke ruang solat dan memerhati sekeliling kot-kot ternampak anak lelaki aku, tapi tak kelihatan pulak. selesai solat sunat tahiyyatul masjid aku pun duduk sambil memberi tumpuan kepada isi khutbah yang disampaikan oleh khatib sambil menahan rasa mengantuk.
selesai khutbah dan solat jumaat, anak bujang aku pun mendapatkan aku sambil diikuti oleh aniq irfan, bersalaman dan bertanya itu ini, aku menyerahkan kunci van kepada anak aku dan bersalaman serta bertanya itu dan ini lagi dengan tok empat yang bukan orang lain dengan ayah aku. sebab itu aku tak berasa janggal kalau pergi ke guai kerana ramai sangat sedara mara cuma tak tahu hujung pangkal saja. para jemaah telah mulai berkurangan pulang ke rumah masing-masing. dalam pemerhatian aku kalau tak dicampur dengan pelajar sekolah agama guai, mungkin bilangan untuk solat jumaat tak mencukupi 40 orang. rata-rata jemaahnya adalah warga yang berusia 40 keatas. maklumlah kampung tradisional yang anak mudanya ramai berhijrah ke bandar atau pun berkerja di luar daerah.
seperti biasa aku akan solat sunat dan memakai kasut serta menuju ke van yang telah ada anak aku dan aniq irfan yang akan menumpang untuk balik ke taman permai. aku parking di sebelah van sekolah yang dah hampir penuh dengan pelajar lelaki yang nak balik dulu ke temerloh. sambil menunggu anak aku dan aniq mengambil beg masing-masing, aku sempat lagi meneguk hundred plus untuk menambahkan kesegaran badan aku, al-maklum nak memandu di kala mata yang amat enak jika dipejamkan untuk sementara waktu. setelah anak perempuan nombor dua aku dan iqlima naik van aku pun memulakan perjalanan melalui jalan 'danzy' sekali lagi untuk yang entah ke berapa kali.
aku terpaksa melajukan pecutan kerana pukul 3 nanti ada mesyuarat agung pibg smk seri bera. kalau tak pergi pun tak apa, tapi siapa yang nak bawak anak sulung aku balik nanti. setelah menghantar semua penumpang ke destinasi masing-masing termasuk dua orang anak aku sekali, aku berpatah balik ke kerayong dan menuju ke seri bera. perjalanan mesyuarat sedang berlangsung tapi aku, buat pertama kali duduk kat luar saja sambil bersembang dengan beberapa cikgu dari sekolah lain. macam-macam yang disembangkan termasuk bab politik, ekonomi, sosial, dan tak ketinggalan pendidikan.
aku mulai rasa boring, dan perasmi yang mewakili ismail sabri pun dah sampai, lalu aku mengajak sabri untuk pergi minum di kantin. sekian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan