empat hari aku tak mengadap pc dalam bilik aku ni. bukan pc di rumah tapi pc di pejabat sekolahlah. tapi bila dah mengadap ni banyaklah pulak benda yang nak di buatnya. senarai nama ahli setiap unit koko yang dah siap dulu hanya nama tahun empat saja pulak. cikgu2 nak sekali dengan tahun lima dan enam. kan tahun lepas punya dah ada, combine sajalah. tapi nak jugak. tak pelah nanti aku taipkan, tapi lambat sikitlah yek.
hari ini hari khamis, besok jumaat pemain bola baling setiap daerah akan datang ke bera. pada tahun ni gelanggang yang digunakan ialah padang smk bandar kerayong untuk bawah 12 tahun dan dewan sjkc kemayan untuk bawah 18 tahun. oleh kerana agak berhampiran, sk kemayan ditugaskan untuk bahagian data dan keputusan. petugasnya cikgu shahriman dan marzuki, tapi insyaAllah aku akan datang jugak untuk melihat dan membantu pada hari sabtu, dan malamnya. tapi pada hari ahad, aku ada urusan lain terpaksalah datang pulak pada malamnya lagi. final dan penutupan pada hari isnin, gb dah pesan kat aku, isnin depan tak payah datang sekolah, terus saja pergi dewan sjkc kemayan untuk majlis penutupan, pergi pun untuk meramaikan orang saja.
cerita bab perlawanan ni, sebenarnya aku pun baru balik dari kuantan. banyak cerita yang menarik untuk dikongsikan, tapi tak semualah sebab aku pun bukan rajin sangat nak bercerita ni. nantilah kalau mood dan semangat tengah baik serta keadaan mengizinkan, aku akan sambung lagi entry ini. wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan