Rabu, 1 Ogos 2012

coretan seorang ibu...




assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
agak lama aku tak membuat sebarang catatan di danau ini. walaupun begitu aku ada juga usahakan untuk menulis tapi ia hanya tinggal sebagai draf sahaja. lebih-lebih lagi dengan adanya gangguan seperti yang aku 'paste'kan kat bawah ini.
Berlaku ralat semasa cuba menyimpan atau menerbitkan catatan anda. Sila cuba lagi. Abaikan amaran
aku pun tak tahu apa masalah nya. tapi asyik keluar saja menganggu aku. entah apa yang tak kena aku pun tak tahu. tapi lantak lah. asal aku masih boleh mencatat dan menerbitkan tulisan aku sudah.

kali ini aku cuba paparkan sebuah coretan atau catatan atau mungkin juga luahan perasaan dari hati seorang isteri juga sorang ibu. aku harap korang boleh baca sendiri lah ya. aku tak nak salin semula catatan itu. sebenarnya catatan itu adalah tulisan isteri aku sendiri. aku harap ia tak marah bila ia terbaca nanti. bukan apa, antara pengunjung blog aku ini ialah anak aku sendiri. malah pernah anak aku bertanya: ayah, bila nak buat cerita masa pergi kuantan dulu? aku hanya senyum dan menjawab: nanti lah dulu, tak ada idea lagi. sebenarnya aku bukan tak nak cerita cuma masa tak sesuai. masa aku seronok menulis atau mencatat hanyalah jika tiada gangguan atau dengan lain perkataan ketika orang lain sedang nyenyak tidur. ketika itu lah  aku bebas untuk mencurahkan idea atau ilham yang mendatang bagaikan berlumba-lumba meminta untuk ditulis atau dicatat.

catatan ini ditulis ketika isteri aku sedang menunggu aku solat zohor di masjid jamek, bandar triang. kami berdua nak ke kedai untuk membeli sedikit barang. tapi aku balik dari sekolah pada hari isnin (30.07.2012) tanpa sempat solat zohor kat surau sekolah, sedangkan ia dah tunggu aku kat luar rumah. jadi nak memudahkan acara pada hari itu aku solat saja kat masjid. jimatlah waktu tak payah nak keluar masuk rumah.

bila aku selesai solat dan keluar dari masjid, aku nampak ia tersenyum dan menyimpan sesuatu dalam beg maktab perguruan kinta aku tu. mesti ia tulis sesuatu agaknya, bisik hati aku. sebab aku nampak ia meletakkan pen aku atas dashboard yang berhabuk itu. aku bertanya: tulis apa tadi? tak da apa lah, katanya ringkas.

aku pun tak membelek beg aku, sebaliknya terus saja memandu menuju ke kedai untuk membeli apa yang dihajati. keesokan harinya ketika sampai kat sekolah, semasa nak mengeluarkan bekas alat tulis, baru lah aku perasan ada kertas yang bertulis tangan. dan sememangnya tulisan isteri aku tak berubah sejak dari dulu hinggalah kini. tetap macam itu jugak dia punya stail dan stroke. tak macam tulisan aku yang cakar gajah tu. ada besar ada kecil, kadang-kadang terlebih condongnya, maklum lah tulisan orang yang pernah berangan nak jadi peguam. hahaha....

ok lah... jumpa lagi di lain kali. wassalam... daaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan