Jumaat, 4 Mei 2012

laici vietnam... ye ke?

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh....
salam pagi jumaat, penghulu segala hari, kalau fil lugharatul a'rabiah  ialah 'sayyidul ayyam'. hehehh... mentang-mentanglah baru sambung belajar bahasa arab, dah nak cakap bahasa arab. sebenarnya belajar bahasa arab ni bagus kerana ia bahasa al-quran dan bahasa syurga. kalau ada orang yang terbecakap bahasa itu janganlah kita nak kata mengada-ngada pulak.

sebenarnya pagi ini ada majlis pelancaran kempen beratur tertib di kawasan sekolah yang akan dilangsungkan pada pukul lapan nanti. aku ni nampak gayanya sengaja curi tulang atau masa kerana nak buat entry untuk minggu ini. pasal hujung minggu ini aku sibuk sikit. besok nak ke taman greenwood, gombak kerana ain akan bernikah dan berkahwin. petang tu kalau ada baget nak jugak menjenguk ke pwtc, ke pesta buku antarabangsa yang akan berakhir dalam sehari dua lagi. 

kemudian pada hari ahad pulak, nak ke segamat sebab anak kakak aku nak bertunang. nak jugak tompang meramaikan orang kat sana tu. nasib baiklah hari isnin negeri pahang cuti sempena hari hol. tapi cuti pun aku dah bercadang nak meracun rumput dan lalang kat tanah sejuring tu. pegawai pertanian dah beberapa kali sound kat ketua projek kenapa kawasan aku semak. kalau tak nak, nanti tarik balik, boleh bagi kat orang lain, katanya.

eh...! apa aku cerita ni ya.... tajuk cerita 'laici vietnam'. tapi tak cerita pun pasal buah. hehehe...lagi sekali aku gelak. buahnya ada. tengok lah sendiri kat bawah tu. aku dapat buah ni pada tahun lepas. jadi ini cerita kesah yang berlaku pada tahun lepaslah. sedang aku tengah menanda buku dalam kelas... budak-budak dah pergi rehat pun. memang jadi kebiasaan aku, kalau masa mengajar aku sebelum rehat... aku akan sambung masa rehat tu untuk aku menanda buku latihan dia orang. jadi jimatlah masa aku nak bersantaian semasa tiada kelas nanti. baguskan idea aku tu....(puji diri sendiri pulak dah.... karang ada yang termuntah bila terbaca cerita ini).

tengah aku menanda buku latihan bahasa melayu tahun dua... datang si aziemah najihah(ayahnya polis kat kemayan), ustaz nak buah tak, katanya. buah apa, tanya aku semula. buah laici vitnam, sedap ustaz, katanya lagi. aku pun mengambil buah yang dihulurkan pada aku tu. mana awak dapat buah ni. ayah awak pergi vietnam ke, tanya aku lagi. tak lah, ayah beli kat mengkuang(sebuah pekan kecil tepi jalan ke kemayan), jawabnya. aku tak bukak pun buah tu sebaliknya aku simpan dalam poket seluar aku. sambil menanda buku aku teringat kenangan aku semasa kat srk belipat dulu. kalau tiba musim buah, bermacam-macam buah yang budak-budak bawa ke sekolah. buah belunu, binjai, bambangan dan tarap. aku pun dapat lah tompang makan sekali. 


inilah rupa buah laici vietnam yang di maksudkan. kulitnya agak keras dan tebal. tapi isinya manis macam rasa buah mata kucing. entah-entah buah mata kucing agaknya. warna kulitnya coklat kehitaman. kalau nak bukak senang je. picit kulitnya, pecah lah dan boleh lah di'ngap' masuk mulut. tapi jangan lupa baca basmalah terlebih dahulu.


gambaran lebih dekat lagi. kelihatan tampoknya dan kulit yang dah merekah nak pecah. memudahkan proses membuka untuk dinikmati dia punya 'juicy'.


haa... dah terbuka pun. apa lagi...  makan lah,  yaiii....malu tu pulang...  maaf lah ya, sebijik saja yang ada dalam simpanan aku. aku pun ada sebiji saja ni. tak pa lah, lain kali aku beli sendiri banyak-banyak dan kita makan sama-sama ya. ok lah, cerita aku ni pun dah nak habis, nanti di lain entry aku cerita bab lain pulak. bab jalan ke, bab masjid ke, bab apa saja lah. nak cerita pasal bersih 3.0 tak boleh, pasal aku tak pergi. sebabnya aku membelanja anak aku dengan baucer buku yang aku dapat tu kat kedai buku sagumpas di temerloh pada hari yang sama.

alaa... sekali sekala jalan dengan anak-anak. maklum lah kononnya sibuk sangat. sekian sajalah untuk kali ini, di lain masa dan waktu yang terluang kita bertemu lagi di danau kalbu ku. wassalam... daaa.....