assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh.... segala puji dan syukur hanya untuk Dia tuhan seru sekalian alam. semoga seluruh penduduk bumi akan terus berada dalam kedamaian hendaknya jua. bagi diri aku yang dah lama tak mengemaskini blog ini.... terasa agak janggal apabila menaip kat keyboard ni. bukan lah bermakna aku dah lama tak menggunakan komputer... malah hari-hari aku mengadap komputer... tapi tak seperti menaip blog ini. ada perbezaannya...
kalau tengok pada tajuk kat atas tu... berkonvo lah pulak... ye lah sedar tak sedar dah berlalu empat tahun... dulu pada tahun 2012 ketika nak memulakan pengajian punya lah rasa lambatnya atau lamanya nak habis belajar... nak berulang ke nilai lagi dua minggu sekali... hujung minggu orang lain boleh rilek kat rumah bersantaian dengan keluarga... tapi aku sibuk memerah otak untuk belajar. hari, ahad dah ke asrama anak-anak pulak..
tapi itu dulu... la ni aku dah rasa seperti banyak masa yang aku ada... belajar dah habis... nak sambung lagi...nak buat master sampai phd... nanti dulu... beri aku pikir dulu.... rasanya mungkin tak .... tapi tak tahulah kuasa Allah siapa yang tahu....
kini aku tengah menghitung hari untuk berkonvo... ahad ini 6hb november aku akan ke usim, nilai untuk memgambil jubah.... orang sebut jubah aku pun sebut jubah jugak lah... raptai pada 17hb november hari khamis. katanya pada hari itu keputusan ujian penilaian sekolah rendah akan diumumkan... dan gurubesar dah pun bercadang untuk mengadakan hari anugerah kecemerlangan pada hari tersebut... alhamdulillah telah ditunda pada 23hb iaitu pada minggu terakhir persekolahan. lega rasa hati aku... dan aku akan berkonvo pada 20hb november bersamaan hari ahad sesi petang 1.30 petang masuk dewan kanselor.
aku masih lagi ligat berfikir untuk mendapatkan sedikit baget bagi membayar sewa hotel pada hari tersebut. ye lah... dah lah masa belajar dan periksa dulu tidur kat masjid dan dalam van saja... tak kan masa hari konvo ni nak tidur masjid jugak... kalau aku sorang bolej je... tapi isteri dan anak-anak aku yang ikut macam mana... tak kan tidur dalam van macam aku dulu.... sekali fikir... isshh...! tak logik langsung....
apa pun nanti semoga segala urusan berjalan lancar dan aku selamat berkonvo.... itu yang pentingnya. dan kedua penting ialah cepat aku dilantik ke dg 42... guru siswazah lah kononnya... maklumlah dah hampir 25 tahun aku berkhidmat baru merasa jadi guru siswazah... tak kesah lah yang lebih penting ialah mutu atau kualiti perkhidmatan kita dalam melaksanakan amanah yang dipikul atau digalas... ganjarannya sama ada banyak atau sedikit biarlah mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.... amin ya robbal a'lamin...
wassalam... sekian terima kasih daun keladi.... nanti jumpa lagi...daaaa....