Sabtu, 31 Mac 2012

usim: antara kesinambungan ilmu dan tuntutan rm... - 1.


assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh... 
sebenarnya tajuk kat atas tu dah lama tersimpan dalam kepala aku ni. cuma masa yang macam biasa sering menghalang. entah kenapa malam ni aku tergerak hati nak menunaikan janji aku tempohari. kononnya nak cerita pasal aku yang sambung belajar semula.

pada tahun 2005 ketika cikgu-cikgu sibuk belajar kat oum, aku pun tompang menyibuk jugak dengan belajar, kalau dia orang ada yang di bawah bpg tapi aku dalam open market. maknanya bukan dengan bpg. setiap semester kena bayar 700-800 ringgit malaysia. belajar pulak pengurusan sumber manusia. hahahaha..... macam bagus je aku belajar subjek tu. 

tapi itu dulu, cerita lama dan aku hanya dapat bertahan selama dua semester saja. alasannya tak ada masa nak study dan komitmen terhadap keluarga serta faktor utama ialah masalah kewangan. itu punca kenapa aku berhenti dulu. kalau aku teruskan dah lama aku graduate tapi keadaan tak seperti yang aku mahukan, lalu aku mengalah di semester tiga dengan surat rasmi kepada oum memaklumkan pemberhentian aku. tewaskah aku... gagalkah aku... atau aku kecundang di tengah jalan. atau suam-suam tahi ayam... terpulanglah... aku dah memcuba tapi itu saja keupayaan aku ketika itu.

kini, entah kenapa pada tahun 2012 ini aku teruja dengan penyata gaji yang di umumkan. bukan aku mata duitan. tapi itu keperluan. ditambah lagi makin ramai cikgu-cikgu di sekolah aku yang belajar di bawah program   pensiswazahan guru. kalau aku tak belajar, bermakna tiga orang saja iaitu aku, gpk satu dan shuib yang tak akan jadi siswazah. setelah aku congak dan aku kira, kalau lah aku kekal dengan dg 32 sehingga pencen, gaji mati aku hanya hampir empat ribu saja. tapi kalau aku belajar dan sempat mencapai dg 44... kira sajalah berapa bezanya bila aku pencen nanti. aku terpaksa berfikir begitu kerana aku ramai anak, dan mereka masih lagi bersekolah ketika aku bersara nanti. jadi tepuk dada tanya lah kemampuan. ahhh.... panjang pula aku bermukaddimah.

oleh kerana permohonannya secara online, jadi aku memohon secara main-main tak serius pun. beberapa kali mencuba kerana ke'slow'an internet kat kawasan sekolah aku tu. tau-tau dia orang sibuk bertanya dapat belajar kat mana. aku kata tak tahu. laaa... kenapa tak check? dah ada jawapan ke? tanya aku semula. nampak sangat aku ni sambil lewa saja, tak ada kesungguhan langsung. ye ke macam tu? 

jadi aku pun semaklah. haahhhh... tahniah... tapiiiii.... luan jauhnya. unisza, kuala terengganu. kalau memandu mau 6-7 jam baru sampai. setelah beberapa orang dapat dan pergi mendaftar untuk belajar, aku masih lagi belum. tarikh sepatutnya ditunda. seorang staff unisza telah menalipon aku memaklumkan penundaan tersebut. tarikh barunya ialah pada 18 februari, pun aku tak pergi sebab aku ke kuantan menziarahi mak aku yang sakit kat rumah kakak aku. 

sebenarnya aku tunggu jawapan kepada rayuan aku untuk bertukar tempat belajar. beberapa kali aku menalipon bpg tapi tak dapat. entah macam mana pada suatu hari ketika aku selesai solat zohor di surau sekolah, sambil duduk bertimpuh di atas sejadah aku mendail lagi sekali nombor bpg yang aku dail pada pagi tadi. aikkk.... ada jawapan! aku pun memaklumkan tujuan aku dan jawapannya: buat surat permohonan rasmi faks kan hari ini juga sebab besok pegawai akan bermesyuarat. aku yang dah nak balik tak jadi balik. terpaksalah aku naik semula ke pejabat dan menaip surat. aku minta tukar sama ada kuantan atau di nilai, pasal ustazah kat sekolah aku tu minta tukar jugak dan dapat ke usim, nilai. tak lah jauh sangat dengan rumah aku. jauh tak jauh pun mau 2, 3 jam memandu. itu pun kalau laju. bila surat dah siap aku minta jasa baik si azlin untuk faks kan. sebab ia lebih cekap dari aku dalam bab-bab main faks ni. kalau aku karang, jawabnya sampai besok pun faks tu tak jalan.

beberapa hari jugak aku tunggu jawapan tapi tak ada pun. suatu petang lebih kurang hampir pukul lima handset aku berbunyi. aku tengok nombor yang aku tak kenali. suara seorang perempuan mengenalkan diri dan memaklumkan aku ditawarkan ke usim, nilai dan diminta mendaftar pada hari jumaat 9 mac. aku pun menyatakan 'ya' saja sambil kepala aku mula ligar berfikir beberapa perkara yang perlu aku selesaikan dan tunaikan. 

Khamis, 29 Mac 2012

tanglung...



tanglung??? apa pasal tiba-tiba tayang gambar benda ni? tahun baru cina dah lama dah berlalu. saja aku nak tunjuk sebab nak buang gambar yang dah terlalu banyak dalam 'my document' kat pc di rumah aku ni. dari di'delete' saja baik aku paparkan kat sini, sebab nak paparkan di sabah sana luan jauhnya. sebenarnya gambar ini diambil pada tahun lepas lagi. semasa melalui jalan kampung baru triang tu... aku tengok cantik pulak cahaya yang bergantungan tu. jadi macam biasa aku pun 'snap' lah mana yang sempat.




oleh kerana jalan tu dah jadi jalan sehala, senanglah aku nak ambil gambar. tapi tanglung ni tak dipasang setiap tahun kerana ada beberapa tahun kosong saja tak ada hiasan apa-apa. dengar ceritanya tak bayar bil letrik. aku pun tak tahu betul ke tidak cerita tu. kalau pasal duit, mustahil kaum tionghua atau cina kat triang tu tak mampu nak bayar.




gambar yang ni agak clear sikit. pasal tu aku boleh cam logo public bank kat sebelah kanan tu. selain aku, kedapatan juga orang lain yang siap bergambar kat panorama yang yang setahun sekali saja muncul tu. tak kiralah cina atau melayu, malah ada juga kaum india yang ambil gambar suasana yang berwarna warni untuk kenangan.




lagi satu gambar yang kelam dalam cahaya. aku tak pasti depan bangunan apa, tapi kalau tak silap aku depan pasaraya eng hong. ini baru tanglung. tapi kalau malam tahun baru dia orang, bunyi mercun dan bunga api mengalahkan bunyi di kawasan peperangan saja. nak tidor pun susah.

pernah pada tahun lepas isteri aku ajak keluar ke kawasan kampung baru dan parking dekat dengan sjkc triang 1, fuuuh....dia punya bunyi dan cahaya macam bunyi bom, tak pun mesin-gun. suspen saja aku rasa masa tu, bimbang-bimbang bom betul yang meletup. manalah tau kan, kot-kot ada pulak yang buat perkara yang menyalahi undang-undang di saat nak menyambut tahun baru cina.

ini lah sedikit coretan sekadar bercerita pasal tanglung. banyak lagi gambar lain. tapi terpaksa tunggu giliranlah nampak gayanya. sebab lepas ni aku nak cerita pulak kesah aku- usim: antara kesinambungan ilmu dan tuntutan rm(RM)...
nantikan di saluran blog anda... heheehh....wassalam...daaaa......


Isnin, 5 Mac 2012

surau banjir...



assalamualaikum... aku dah tak ingat tarikh kejadian ini. tapi pada petang tersebut hujan telah turun dengan lebatnya sehingga longkang di hadapan surau telah melimpah airnya. longkang yang telah sedia tersumbat dengan sampah sarap, dengan mudah menyebabkan aliran air yang kotor dan busuk menjadi tersekat. ketika aku sampai hujan masih lagi turun dengan agak lebat.


kelihatan hujan yang turun mencurah-curah walau pun tak lama tapi menyebabkan air bertakung dan memenuhi persekitaran surau taman triang maju. aku nak turun dari van pun terpaksa terjengket-jengket untuk mengelakkan kain aku dari terkena air yang bertakung.


sementara menunggu hujan agak reda, sempat aku rakamkan sekeping lagi gambar yang menunjukkan air bertakung dan memenuhi gelanggang sepak takraw di sebelah surau tersebut. di tapak gelanggang itu aku bercadang nak bina balai lintang, tapi bagetnya belum ada lagi dan di hadapannya akan di turap dengan tar. jadi, kalau ada program ceramah atau majlis ilmu yang yang agak besar boleh lah buat kat luar surau saja. tapi itu semua memerlukan perancangan yang rapi dan perbelanjaan yang besar juga.


pemandangan di bahagian belakang surau tempat aku selalu parking van aku pun penuh dengan air. kalau mengharung air tu, jawabnya tenggelamlah buku lali. nampak tu, longkang pun tak nampak dia punya alurnya.

ini pulak di bahagian hadapan surau tempat mengambil wuduk. kelihatan air yang bertakung memenuhi di atas simen dan kaki lima surau. nak tunggu air ini surut memakan masa hampir setengah jam jugak lah. ini lah akibatnya perbuatan tak bertanggungjawab yang sesuka hati saja membuang sampah ke dalam longkang. bukan setakat sampah, malah botol dan tin kosong juga dibuang ke dalam longkang. ini lah antara masalah yang akan timbul di taman perumahan yang berbilang kaum di mana penduduknya hanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tiada kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan dan keselesaan kawasan tinggal mereka sendiri. aku hanya dapat memerhatikan saja sebab aku tak tinggal di situ, aku hanya menumpang berjemaah di surau itu dan dilantik sebagai timbalan pengerusi surau. tak lebih dan tak kurang dari itu.

semoga kejadian seperti ini tak berlaku lagi kerana longkang yang tersumbat dan runtuh itu telah pun dibersih dan dibaiki. cuma masalahnya sekarang ini adalah untuk menarik ahli kariah supaya datang mengimarahkan surau yang ada di kawasan tempat tinggal mereka. aku pun tak tahu apa halangan mereka yang menyebabkan mereka tak berminat untuk berjemaah bersama-sama di surau. dah ada kemudahan tak nak dimanfaatkan pulak. kalau tak ada tu, macam-macam yang dikatakan. entah lah... aku pun tak tahu apa penyakit yang menimpa umat islam akhir zaman ni. mungkin ini lah agaknya yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w.: cintakan dunia dan takutkan mati. sekian untuk kali ini, lain kali bicara lagi. wassalam....daaa.....

Ahad, 4 Mac 2012

backdrop... dan secebis kenangan.


assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh... lama jugak aku termenung dan berfikir apakah yang aku nak ceritakan pasal gambar kat atas tu. gambar tu agak 'blur' warnanya pasal aku snap dari jauh, bila aku 'zoom' kan, ia jadi macam kembang sikit. tapi harap maklum ya, bukan 'kambang'. maaf, jika ada pembaca yang tak tau makna 'kambang' tu, tanya lah kepada mereka yang lebih arif.

sebenarnya gambar tu ialah backdrop untuk program 'kempen kebersihan tandas sekolah peringkat daerah bera 2011' yang lalu yang diadakan di dewan al-biruni, smk seri bera. aku diminta oleh gb aku untuk hadir kerana sekolah aku telah diberi tugas bahagian keselamatan khususnya parking kereta. jadi aku pun hadirlah tapi agak lewat sikit pasal aku nak uruskan dulu anak-anak aku. setibanya kat sana, aku tengok jaga smk seri bera dah ada yang jaga parking, jadi beres lah tugas aku dan boleh lah aku pergi minum dulu. perut pun dah mula terasa kosong.

ketika aku masuk semula ke dalam van untuk pergi cari kedai atau tempat untuk aku bersarapan pagi itu, kelihatan kereta sabri masuk dan parking di depan dewan al-biruni. sebentar kemudian dia keluar dari kereta lalu masuk ke dalam dewan tersebut. beberapa minit keluar semula dan masuk ke dalam kereta wiranya. aku hanya memerhati dan cuba memanggil tetapi tak sempat. aku pun menghidupkan enjin untuk mengejarnya yang macam nak cepat saja. baru nak masuk gear, handset aku berbunyi: sapa pulak yang buat panggilan ni, getus hatiku. kalau nak cepat tu, ada saja lah yang nak menalipon.

ahhhh....sabri rupanya!! jom minum kat bakri, katanya. ok... balas aku lalu menekan minyak dan keluar di pintu pagar smk seri bera. sebenarnya tak jadi pun kat bakri pasal dah full house, sabri call lagi sekali, kat pok nik katanya. tak jadi aku nak masuk simpang taman permai sebaliknya terus saja ke ke kedai pok nik loh yang juga dah penuh tapi masih ada yang kosong. maka berlabuhlah aku, sabri dan fadzli panjang di meja yang baru ditinggalkan dan masih terdapat pinggan dan gelas kosong di atas meja yang belum sempat dikemas oleh pekerja kedai makan milik pok nik loh itu. sebentar kemudian datang cikgu jogan join sekali kerana masih ada kerusi kosong. lalu keluarlah bermacam cerita dan kesah dari kami berempat dengan diselang seli gelak ketawa dan kadang-kadang serius jika ia melibatkan hal-hal yang sensitif.

hampir menjelang pukul sepuluh kami pun berangkat semula ke dewan al-biruni dan terus masuk ke dalam serta melihat dan memastikan keadaan dewan serta backdrop yang terpapar di atas pentas. aku tengok memang cantik dengan lampu kelip-kelip yang dipasang. menurut cerita semasa bersembang tadi, pukul 2 pagi baru siap. biasalah tu kalau sabri yang uruskan. aku dah biasa berkerja dengannya, bukan setakat pukul 2 pagi, pukul 3 pagi pun ada untuk memuaskan hati orang atasan. cuma untuk projek ini dia orang tak sempat nak panggil aku kerana ia agak adhoc dan mengejut. lagi pun masa tu kalau aku tak silap, aku pun tak bersedia. pasal siapa yang nak jaga anak aku nanti.

sebenarnya catatan ini sengaja aku tulis sebagai kenangan dan imbauan terhadap seorang rakan yang banyak membantu dan menolong dalam meringankan beban serta tugas dalam setiap kali kami diminta untuk menyiapkan sesuatu backdrop atau hiasan pentas untuk sesuatu majlis atau program. kalau tak kerana peralatan atau 'tools' yang hak miliknya kami gunakan, memang payah rasanya kami nak menyiapkan sesuatu tugasan. dari sekecil-kecil alat seperti paku hinggalah sebesar-besar alat yang kami gunakan sama ada gergaji letrik, bow, drill dan lain alatan letrik yang beliau miliki kami gunakan.

tapi Allah Yang Esa lebih menyayanginya, aku pun tak tahu yang ia jatuh dan pengsan serta dimasukkan ke hospital temerloh. memang ia menghidap asma atau lelah yang agak teruk. banyak kali juga ia terpaksa berehat dalam keretanya untuk menenangkan atau meredakan lelahnya itu. pada 22 februari ketika aku nak balik dari sekolah, sabri telah menalipon aku dan memaklumkan peristiwa tersebut. menurutnya ia pun baru tau dari jirannya dan mengajak aku pergi melawat pada hari itu jugak. seperti biasa aku pun bersetuju dan akan ke rumahnya pada pukul 5 nanti.

dalam perjalanan lagi sekali kami bersembang dan bercerita kesah yang menimpa sahabat kami tu. ketika sampai di hoshas dan setelah dapat parking, kami pun menapak ke lobi utama dan berselisih dengan 2,3 orang lagi kawan dari kerayong termasuk fadzli yang datang sekeluarga. kami pun naik ke atas dan terus ke wad icu di mana sahabat kami terbaring dalam keadaan koma. matanya terpejam cuma dadanya sahaja yang turun naik dengan bantuan alat pernafasan atau oksigen. terharu rasanya. kawan yang biasa bercerita tentang hajat dan impiannya pada aku kini terbaring kaku. aku amati wajahnya hingga ke hujung kaki yang berselimut dengan kain putih. terasa insaf akan diri sendiri. entah macam mana lah pulak aku nanti agaknya. tergerak dalam hati aku nak ambil gambarnya, tapi bila fikir semula tak sampai hati aku nak merakam gambarnya dalam keadaan begitu. biarlah ianya tersimpan dalam memori aku sahaja.

sedang kami bertiga tercegat, masuk seorang lelaki separuh umur, badan agak gempal dan rendah serta rambut di kepalanya yang agak nipis menghampiri kami bertiga. bersalaman dengan kami dan bertanya khabar. kami memang tak asing dengan lelaki ini kerana ia pernah menjadi gb di sk kerayong ketika tag team kami selalu diminta untuk menyiapkan backdrop. gb ini juga adalah kawan yang rapat dengan sahabat kami. memang lah rapat dan mesra pasal satu sekolah. sedang kami bersembang dalam keadaan berbisik itu datang seorang jururawat meminta kami keluar kerana ia nak buat pemeriksaan dan doktor telah pun masuk. sebagai seorang yang mematuhi peraturan kami pun keluar tapi bekas gb kami sempat bertanya kepada doktor muda apakah sakit sebenar kawan kami itu.

setelah mendapat keterangan yang memuaskan hati, kami pun beredar dan keluar dari wad tersebut tapi menyambung perbualan di ruang legar hadapan pintu wad icu itu. aku lihat semua anak kawan aku tu ada datang termasuklah yang belajar di indonesia. semuanya 4 orang dan aku sempat mengajar mereka semua. oleh kerana hari pun dah hampir senja aku dan sabri pun keluar dari bangunan hospital dan balik ke bera.

malam itu ketika aku sedang lena, telefon bimbit kat tepi kepala aku berbunyi, suara fadzli di hujung talian kedengaran memaklumkan sahabat kami yang koma itu telah kembali ke rahmatullah. inna lillahi wa inna ilaihi roji'un....

aku tak dapat nak menziarahi jenazahnya kerana aku terpaksa ke sekolah dan membawa peserta olahraga sekolah aku ke sk bukit puchong. ketika di sana aku telah memaklumkan kepada beberapa orang guru yang mengenali allahyarham. ramai yang terkejut kerana tak sangka dengan pemergian beliau. macam-macam cerita yang aku dengar selepas itu, tapi aku macam biasa hanya mendengar saja. aku tak suka nak menokok tambah cerita, walau aku mengenalinya dan selalu juga melayan cerita tentang impian dan harapannya. bagi aku buat apa nak bercerita kesah orang yang telah tiada. lebih baik berdiam diri dan sedekahkan al-fatihah buat si mati.

kadang-kadang bila terserempak dengan anak-anaknya, aku teringat akan si mati dan cerita-ceritanya. memang ajal maut adalah ketentuan Ilahi, bagi kita yang masih bernyawa dan masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk berbakti, laksana dan tunaikan lah sekadar yang kita mampu. usahlah terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu impian dan harapan. berusaha dan bertawakkallah kepada-Nya. kerana Ia lebih mengetahui apa yang layak dan sepadan untuk kita. buat allahyarham sekalong doa beserta al-fatihah aku kirimkan semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang soleh dan beriman.

*dedikasi buat allahyarham aznan bin mohamad.



terowong dan little india...


suatu waktu dahulu aku dan enam orang anak telah meredah pekat malam untuk menjemput isteri dan dua orang lagi anak aku yang berada di kelang, bandar diraja selangor. dalam hujan renyai-renyai dan kadang agak lebat aku memandu dengan hati-hati agar selamat sampai ke tempat yang dituju. tapi naluri aku sering saja mendesak agar aku mengambil atau merakam gambar di satu-satu tempat yang aku lalui. konon sebagai kenangan, setidak-tidaknya untuk aku masukkan dalam blog aku ini. gambar di atas tu aku rakam ketika menghampiri hentian rehat genting sempah sebelum memasuki terowong yang memisahkan pahang dan selangor.


memang bahaya mengambil gambar semasa memandu terutama ketika melalui kawasan atau lalulintas yang sibuk. aku sedari itu tetapi kadang kala saat dan detik yang berharga tidak selalu ada, jadi disebarang kesempatan akan aku rakam apa saja yang aku suka dan rasa menarik. antaranya yang terpapar di atas. suasana yang sibuk dan bercahaya di persimpangan menuju ke kawasan rehat serta stesen minyak petronas dan menuju ke genting highlands telah memaksa aku merakamkannya. tapi hasilnya, lihat lah sendiri. aku pun tak tahu apa yang tertera itu. selain dari garisan cahaya yang berwarna warni.


ini pulak pemandangan atau suasana dalam terowong yang merentasi banjaran titiwangsa yang memisahkan antara pahang dan selangor. kalau dulu semasa aku berulang alik dari temerloh ke ipoh, hanya satu lorong saja untuk satu laluan. tapi kini dah ada dua terowong, bermakna satu laluan mempunyai dua lorong. terowong ini merupakan yang pertama dibina di malaysia dengan menggunakan teknologi dari korea selatan.

sebenarnya, jika gambar jadi macam ini bermakna tangan kita bergegar atau bergerak semasa mengambil gambar. macam mana tak bergegar kalau nak cepat dan mengejar masa. tengok sajalah apa yang ada, nak lebih cantik nanti aku ambil di masa akan datang kalau aku lalu lagi di situ.


ini apa pulak ni? kat bombay ke... atau kat madras? entah... aku pun tak tahu. nampak gaya macam kat sana je. sebenarnya ini adalah sebahagian dari jalan little india kat kelang. pertama kali aku lalu dahulu, terkejut jugak tiba-tiba terdengar bunyi gendang dan lagu india yang kuat sepanjang jalan. tapi, pengetahuan am aku pun agak luas jugak, maka aku terus terpikir inilah dia yang dinamakan india kecil atau dalam bahasa antarabangsa little india. gambar maduri dixit tu kecil saja, tapi ada yang lebih besar lagi digantung kat dinding bangunan cuma aku tak sempat nak 'snap' pasal dah terlangsung. tak kan nak undur pulak kot, nanti apa pulak kata pemandu kat belakang sana tu. eh! ye ke maduri dixit tu... entah...! aku hentam saja. kalau salah pun bukan kena saman kan.


kalau kita lalu kat situ, tak boleh laju-laju pasal ramai orang nak melintas jalan. terpaksa berhenti beri laluan kepada pejalan kaki yang tak ada lesen tu. jadi, masa berhenti tu lah dapat ambil gambar mana yang sempat untuk dikongsi bersama di sini.


yang paling banyak sekali ialah kedai kain. bermacam-macam fesyen dan jenis yang ada. agaknya macam mana lah orang yang nak membeli tu agaknya ya. mesti rambang mata punya sebab tak tau nak pilih yang mana satu. semua cantik-cantik belaka. tapi dia orang mana kesah sebab duit banyak. kalau tidak, tak kan lah kedai kain tu sentiasa ada saja orang yang masuk. tak tau lah masuk sekadar cuci mata saja.

alhamdulillah perjalanan aku pada malam itu selamat sampai ke kelang. hujan yang turun pada malam itu bagaikan mengiringi perjalanan. dan lebih mengembirakan apabila dapat berjumpa semula dengan isteri tercinta yang hampir sebulan lebih tak bertemu muka dan bermain mata. jadi, itu lah sedikit pengkisahan dari aku yang dapat diceritakan tapi jangan kemana-mana akan ada lagi kisah lain pulak selepas ini. cisss...macam siaran radio lah pulak aku ni kan. sekian. wassalam.....daaa....

karnival prasekolah zon tembangau 2011...


assalamualaikum.... pada tahun lepas aku telah diminta untuk membantu membawa peserta(sebenarnya budak prasekolah...) ke karnival prasekolah zon tembangau 2011. aku yang memang suka berjalan dengan suka hati bersetuju dan bersedia memberi khidmat yang termampu oleh aku. selain aku, shahriman (baju merah) juga telah turut sama pergi kerana anaknya turut ambil bahagian. jadi ringan lah sikit tugas aku. heheeh...alasan aku yang tak berapa rajin kalau dalam bab-bab macam ini. lain lah shahriman...

tak percaya? tengok gambar kat atas tu. bapak mithali sedang memakaikan songkok salah seorang peserta untuk acara tarian rampai. nak harap kan aku, jawabnya pakai sendiri je lah songkok tu.



tengok... lagi satu bukti yang aku ni bukannya rajin. rajin ambil gambar saja. ini masa tengah nak pakaikan aksesori para penari dan solek mana yang patut.

aku tahu bukan senang nak jaga dan kawal budak pra ni, kerana aku pernah dua tahun ajar dia orang untuk pelajaran pendidikan islam pada tahun 2006 dan 2007 dulu. masa tu aku masih muda lagi. jadi, tak jadi masalah sangat nak marah-marah budak. cuma bila dah tua ni, mood nak marah tu dah berkurangan. ia lebih banyak suka menasihat dan memberi tunjuk ajar saja. tapi dalam bab nak memakaikan pakaian ni, aku lebih suka jadi tukang tengok saja... tak tau lah apa yang aku tengok... hahaha....


wooiii....!!! jangan bersilat lah. karang tertanggal samping tu karang. punyalah susah aku nak pakaikan tadi... tercabut karang pakai lah balik sendiri. tapi...cikgu pra tak nak samping yang macam tu, ia nak samping yang macam p.ramlee dalam cerita madu tiga tu... oooo....!!! kalau yang macam tu mana aku pandai... pasal aku tak kahwin tiga.... hahaha... apa gelak-gelak... bukan kelakar pun...


eh...! eh...! kenapa pulak budak ni? macam mana boleh jadi kepala besar pulak ni? kesihan aku tengok muka budak ni. sedih je rupanya. berat agaknya benda tu. tapi ini lah kreatifnya cikgu prasekolah dia orang. sekolah mana ya? entah... aku dah tak ingat dah sekolah mana.


ini pulak lagak atau gaya persembahan untuk acara... untuk acara apa ya... lupa lagi aku ni.... kalau tak silap aku gerak berirama...ke apa tah namanya... pakai teka saja aku ni...


lagi satu persembahan untuk kategori yang sama dari sekolah lain pulak. kerusi kosong tu bukan tak da orang ya... tapi anak-anak damit tu pergi bersalin kulit... eh... bersalin kulit tu pulang... (maaf ya...tersasul bahasa kedayan pulak aku ni). sebenarnya dia orang tu pergi tukar baju dan pakai eksesori dan ada yang tengah berbaris tunggu giliran mereka untuk buat persembahan. ala...itu pun tak tau ke?


ini lah pentas untuk acara hafazan. simple saja tapi menarik. acara ini dijalankan dalam surau sekolah sk tembangau satu. ye lah...dah sekolah tu yang jadi tuan rumah...buat kat surau sekolah dia orang lah. abis... tak kan nak buat kat lawas pulak kan.


ini lah dia barisan hakim yang arif lagi bijak sana bagi acara hafazan. yang berbaju putih tu ustaz rosidi dan baju hitam tu ustaz rushdan. dua-dua kawan aku tu.


kalau tak silap aku lah... ini lah pemenang bagi acara hafazan. aku tak ingat dari sekolah mana. pasal ini cerita tahun lepas punya. saja aku tak nak cerita waktu dulu-dulu. kalau tak, aku tak cerita lah pada hari ini kan.

ini pun antara pemenang jugak. ai seh... apa sal ada kepala cikgu pulak tu? sebenarnya gambar ini diambil oleh anak aku ahmad abdullah abbas. oleh kerana ia prasekolah kat seri buntar balik pukul 12. aku pulak tak tau balik pukul berapa, jadi nak menyenangkan urusan aku dan urusan cikgu prasekolah nya, aku bawak sekali. dah tu nak sangat ambil gambar... hah...ambil lah.

lagi satu atau seorang peserta hafazan. pengacara tu sempat tutup muka bila nampak aku nak ambil gambar. agaknya dia ingat anak aku nak ambil gambarnya. hahaha... apalah cikgu tu kan.

itu lah dia sedikit paparan yang sempat aku kongsikan untuk kali ini, mungkin lain kali akan ada cerita yang lebih menarik dari aku. apa pun syabas aku ucapkan kepada cikgu prasekolah dan anak muridnya yang begitu bersungguh-sungguh dan bertungkus lumus untuk menyiapkan para peserta karnival. untuk tahun 2012 ini tak tahu lagi buat kat mana, pasal dia orang belum dating lagi...eh...! silap... bukan dating lah tapi meeting. tak kesah lah bila nak buat, apa aku kesah kan. mungkin tahun ini karnival sukan permainan pulak. selang seli dengan karnival pendidikan. ok lah... aku tamat kan kat sini saja dulu, jumpa lagi di lain cerita. daaa....