Isnin, 20 Ogos 2012

berbuka puasa di sk kemayan...

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh....

kali ini aku nak siapkan entry aku tentang majlis berbuka puasa di sk kemayan. majlisnya ringkas dan santai saja tapi meriah dan penuh bermakna. persiapannya bermula sejak pagi lagi, gotong royong antara guru dan pekerja sekolah yang sungguh memuaskan. juga hasil kerja kuat ajk kelab guru yang dipengerusikan oleh cikgu mohd zainal bin abdul rashid, nampak gaya boleh kekalkan lagi jawatan itu untuk setahun lagi. heheheh.... 

acara pada petang itu dimulai dengan bacan tahlil pada pukul 6.40 petang setelah kedatangan nydp pibg iaitu ocs mohamad dan keluarga. dipertengahan bacaan tahlil, barulah gb dan undangan khas ustaz shahrul adha dari ppd bera sampai. bacaan tahlil ringkas selesai pada pukul 6.55 petang. bermakna ada masa bagi para tetamu untuk mengambil juadah secara layan diri.



cikgu habil (guru pemulihan) sedang bertungkus lumus dengan saudara abdul malek (jaga sekolah) untuk membakar ayam.



lagi satu gambar suasana ketika operasi membakar ayam. kelihatan cikgu shuaib (berseluar hitam baju putih) sebagai pemerhati bebas, pakcik nasir (pekerja sekolah), abang rerah (jaga sekolah) juga suami kepada puan azlina pengusaha kantin dan anak ustaz jusairi (berbaju belang)


sarah sazleen sedang menemuramah cikgu shuaib...!!!



selesai saja bacaan tahlil dan ucapan ringkas dari gb, para tetamu dijemput untuk mengambil juadah bagi berbuka puasa.



suasana sibuk di meja hidangan...



ustaz jusairi... pilih.... jangan tak pilih...



bendahari pibg: cikgu rohani (bertudung coklat) dan isteri nydp pibg (tudung hijau) sedang sibuk menyediakan hidangan untuk tetamu jemputan khas.



empat sekawan: cikgu zuridah (guru pendidikan khas bertudung hitam), nurul azlin (pembantu tadbir sekolah bertudung pink dan kelabu), cikgu syaripah hamidah (guru media bertudung hitam merah) dan cikgu zainab (guru bahasa melayu) yang sempat menyorokkan mukanya sedang sabar menanti untuk 'ngap' apa-apa yang ada di hadapan mereka.



selepas majlis berbuka puasa, para jemputan menunaikan solat maghrib di surau sekolah yang diimamkan oleh ustaz shahrul adha dan ada yang bersolat di masjid kampung yang baru. aku pulak sambung bersembang di kantin sekolah sementara menunggu masuk waktu isyak. sambil itu pn azlina dan beberapa cikgu sibuk mengemas dan membungkus lebihan juadah untuk diberi kepada mana-mana cikgu yang ada. dapat lah aku beberapa bungkus untuk dimakan semasa bersahur nanti.



masjid kampung datuk seri hamzah.
setelah selesai azan isyak aku pun bergerak menuju ke masjid baru untuk menunaikan solat isyak sekali dengan solat sunat terawih. 


maka berakhirlah majlis berbuka puasa sk kemayan bagi ramadhan 1433 hijrah bersamaan tahun 2012 masihi yang telah diadakan dengan jayanya. semoga majlis seperti ini akan diadakan lagi di tahun-tahun akan datang, selain dapat berkenal mesra ia juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga sk kemayan bagi meningkatkan pencapaian di dalam segala bidang dan aktiviti yang diceburi. insyaAllah. wassalam...daaa...

catatan 11 ramadhan 1433...


assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...

11 ramadhan telah dua hari berlalu, tapi aku nak cerita sedikit kesah pada hari itu. hari itu adalah hari selasa. aku bangun seawal 3.50 pagi pasal aku belum solat isyak lagi. entah kenapa sudah dua hari kepala aku rasa pening. bermula dari hari sabtu, melarat ke hari ahad dan berlanjutan ke hari isnin. akibatnya pada hari ahad dan isnin selepas saja solat maghrib aku terus tidur. bermakna dua hari aku tak pergi solat terawih kat surau triang maju. tapi tak apa saudara azmi ada boleh jadi imam ganti aku. aku pulak bila dah tidur payah nak sedar. sedar tak sedar pun dah waktu pagi.

jadi pada dinihari hari selasa itu aku terbangun dan terus mandi walau sejuk yang amat sangat rasanya. tapi sebenarnya aku dah biasa sejuk-sejuk ni. kalau nak mandi aku mandi saja. selesai solat isyak dan buat apa yang patut aku pun mengejutkan isteri aku. awal kami bersahur pada hari itu. belum pukul lima suku dah siap makan. cuma nak kejutkan anak aku saja lagi yang belum sahur tu. aku pulak sebenarnya dah siap berpakaian nak pergi sekolah selepas mandi tadi. aku memandang ke arah jam di dalam bilik aku. baru pukul lima setengah. "nak pergi sekolah lah", kata aku kepada isteri aku yang ada kat dapur. "awalnya?" tanya isteri aku pulak. "tak apa, sembahyang kat kemayan nanti, tak pun terus ke sekolah," jawab aku pulak sambil mengambil beg mpki dan memakai kasut.

jam kat dashboard van aku menunjukkan pukul lima empat puluh tiga. jalan agak sunyi tapi kenderaan berat terutama lori trailer dan tanker dah banyak termasuklah bas yang tak tahu datang dari mana. bila memandu seawal subuh begini teringat semasa berulang ke nilai dulu, dua minggu sekali pasti aku akan menikmati suasana pagi yang gelap dan balik pun ketika hari dah gelap. tak tahu bila pulak aku dapat menikmatinya lagi. keputusan periksa semester satu pun belum keluar lagi macam mana nak masuk semester dua. dah masuk semester dua nanti barulah aku tau betapa sibuknya ketika itu. segala macam perkara perlu difikir dan diselesaikan. tapi tak apa itu lah asam garam orang tua yang sambung belajar semula.

ketika sampai di simpang bukit mendi aku lihat lampu surau sudah terpasang tapi masih belum masuk waktu subuh lagi. aku meneruskan pemanduan berhemah aku menuju ke kemayan melalui jalan yang dah bertampal sana sini yang kadang-kadang menyakitkan hati. aku selamat sampai di kemayan dan terus menuju ke masjid yang bersebelahan dengan pam minyak bhp. semasa memasuki pintu pagarnya, kedengaran azan subuh sedang dilaungkan oleh bilal yang bertugas. aku tak tahu siapa dan sememangnya aku tak kenal pun semua makmum yang bersembahyang subuh pada pagi itu termasuklah imamnya, walau pernah melihatnya beberapa kali tapi aku tak tahu namanya.

selesai solat, aku terus berwirid pendek dan berdoa sendiri kerana ada rasa yang kurang enak sedang melanda perut aku. sememangnya aku belum lagi menunaikan satu tanggungjawab iaitu menyahut seruan alam. seruan alam? istilah ini aku dapat semasa aku kat maktab lagi semasa mengikuti program 'underground' anjuran gpms kat kawasan rekreasi ulu chepor, ipoh, perak 22 tahun yang lalu. selesai berdoa aku pun terus menghalakan van aku menuju ke sk kemayan. sempat lagi rasanya nak 'memburan' kat sana. asal jangan 'terbagah' sudah lah. tak nak balik ke rumah semula. hahaha....

semasa melintas di hadapan masjid kampung tan sri hamzah yang baru bersebelahan sk kemayan, kelihatan para jemaah tengah berwirid, aku terus membelok dan berhenti di hadapan pintu pagar yang bertutup rapat. setelah membuka dan menutupnya semula aku pun parkingkan van aku di bawah atap garaj yang masih kosong. kawasan sekitar sekolah gelap dan sunyi. hanya  lampu jalan dan lampu di dewan terbuka saja yang terpasang. aku pun membuka pintu bilik aku dan meletakkan beg mpki. switch on komputer dan berlalu menuju ke 'darul miyah' untuk melepaskan hajat yang terpendam.

fuuuhhh...!!! leganya rasa. nasib baik air ada. kalau tidak tak tau lah apa nak jadi. tapi sebelum itu aku dah check dah paip, samada ada air ke tidak. aku pun keluar dengan hati yang puas dan kedengaran suara anak-anak murid yang baru sampai tapi masih lagi belum masuk ke kawasan sekolah. kelihatan jugak sesusuk tubuh yang duduk kat tepi pondok pengawal. setelah aku amati dari jauh, ternyata ia adalah salah seorang pekerja sekolah ini. aku pun menulis nama dan masa aku sampai. pekerja tadi yang dah perasan aku ada, barulah berani naik ke pejabat, walaupun pintunya dari tadi aku biarkan terbuka saja. "awal cikgu datang hari ini," tanyanya. tapi aku tak menjawab sebaliknya hanya senyum nipis saja yang terukir di bibir aku. "pukul berapa cikgu sampai," tanyanya lagi. "pukul 6.30," jawab aku ringkas tapi aku tulis kat dalam buku kedatangan 6.45 pagi.

pagi itu berlalu dengan ceria sekali. kelas aku pada hari selasa sebelah pagi sebelum waktu rehat. tapi ketika aku sedang mengajar, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. anak aku sakit kepala lagi. ini kali kedua sejak bulan puasa tahun ini. kali pertama minggu lepas. aku tak bawak pergi klinik. lepas makan sedikit, kurang rasa sakitnya. tapi kali ini tak boleh jadi mesti pergi klinik. bimbang juga aku kalau bab-bab sakit kepala ini.

selepas kelas aku terus memaklumkan kepada gpk 1, yang aku nak balik awal, nak bawak anak pergi klinik. sambil itu boleh jugak aku periksa tekanan darah aku. aku pun sehari dua asyik rasa pening kepala saja. setelah dipujuk oleh aku dan uminya, barulah si ahmad abdullah azzam nak pergi ke klinik. "gunting rambut tu sekali," kata isteri aku. memang rambutnya pun dah agak panjang termasuk rambut aku sekali. itu agaknya antara faktor yang menyumbang kepada pening kepala aku tu.

suasana di klinik rakyat kerayong lengang saja. tak ada berorang. jadi senanglah urusan di kaunter pendaftaran. sementara menunggu isteri aku berurusan di kaunter, aku ke cimb bank yang bersebelahan dengan klinik untuk mengambil sedikit baget bagi membayar kos ubat nanti. menurut kata doktor termizi, sakit kepala anak aku tu disebabkan panas badan yang tak keluar. tapi pergi ke kepala. tu yang jadi sakit kepala tu. aku pulak bukan sakit apa, cuma angin saja yang banyak dalam badan, ditambah dengan gastrik yang lama dulu. tapi pening tu membuatkan aku cemas jugak lah, ada masanya rasa macam nak pitam je. tapi bila dengar penerangan dari doktor termizi itu barulah lega rasa hati aku. lebih-lebih lagi tekanan darah aku masih lagi normal macam dulu-dulu jugak. bacaannya masih lagi 110/80. kalau berubah pun tak banyak sekadar satu atau dua angka saja.

beres urusan di klinik rakyat. di kedai gunting rambut sudin, awal-awal lagi isteri aku dah 'sound' kat sudin.
"sudin, gunting macam dulu lah semula," katanya. gunting macam dulu tu maksudnya gunting pendek guna mata nombor satu. sebab dah dua kali anak aku tu gunting rambut ikut stail zaman sekarang. tak sampai dua minggu dah panjang semula. isteri aku berani cakap macam tu pasal ia dengan sudin dah kenal sejak kecil lagi. dah tu berkawan pulak dengan arwah adik isteri aku. aku pun ikut sekali gunting macam dulu. tapi memang itulah fesyen kalau aku bergunting rambut, guna mata nombor satu. lebih kurang macam botak lah.

setelah selesai urusan menebas rambut, balik lah ke triang pasal jam pun dah menunjukkan hampir pukul 12 lebih. anak aku yang prasekolah tu dah nak balik. jadi aku terus saja tunggu kat pintu pagar, tak payah nak jemput dah nanti. anak aku yang lain tu naik basikal sendiri, balik sendirilah jawabnya.

petang tu aku tak pergi menyiram jagung pasal nak pergi berbuka puasa kat sk kemayan. kelab guru sk kemayan mengadakan majlif iftar atau dalam bahasa melayunya majlis berbuka puasa. antara jemputannya ialah ydp, nydp pibg ajk serta keluarga. tapi aku pergi seorang saja sebab isteri aku tak nak pergi kerana tak terlayan anak-anak yang ramai di majlis seperti itu. nasib baik guru besar pun datang seorang juga, adalah gang aku. hahahah...

sekianlah dahulu catatan yang tertangguh ini. sebab itu aku jarang buat update... bukan tak buat... tapi update aku tak pernah nak siap... asyik siap separuh jalan je... pastu tersimpan sebagai draf.... semoga dengan kedatangan syawal ini akan mengubah suasana di danau kalbu ku dan juga di lain-lain laman web milik aku seperti di kaki langit dan b.tan yang dah bersawang sejak beberapa bulan yang lalu. ok lah macam biasa jumpa lagi di lain siaran, selamat hari raya idil fitri, maaf zahir dan batin. catatan ini aku siap kan pada pukul 3.43 pagi waktu tempatan pada hari isnin 20 ogos 2012 setelah terjaga di hadapan komputer, bermakna aku telah tertidor depan pc lah tu.... hahahah... itu lah antara kelemahan aku.... selalu tertidor depan pc.... assalamualaikum... daaaa....

gambar hiasan, yang aku copy dari mukabuku cikgu jamaliah jamaludin (nun di hujung sana beruniform puteri islam), berkacamata ialah cikgu rasid bin harun (gb), ustaz mohd saufi dan yang nampak bahu kanan tu ustaz bakhari. lebih kurang macam ini lah rupa aku kalau berambut pendek. suasana ketika perhimpunan di sk perantau damai, muadzam shah, rompin, pahang pada tahun 2009 yang lalu.


Selasa, 14 Ogos 2012

bermalam di melaka.


masjid kampung hulu.



ahmad bilal abdullah cuba menangkap si jinak merpati.



pemandangan dari jendela kamar hotel tempat aku sekeluarga bermalam.



pantang aku masuk bilik air. handset aku akan jadi mangsa anak-anak aku. gelagat siti nur aisyah dan ahmad ali abdullah.



'peace' dari ahmad ali abdullah.



aksi dari siti nur aisyah pulak!!! nun di kejauhan aku sedang solat maghrib dan isyak.



pemandangan waktu malam dari river cruise... menyusur sungai melaka.



wajah cemas siti nur aisyah.



wajah excited ahmad bilal abdullah.



lagi satu pemandangan... aku pun dah tak ingat gambar apa...



sebahagian dari penumpang yang ada dalam cruise itu.



kakalu tak silap aku.... permulaan kampung morten.



deretan rumah tradisional melaka yang ada di kampung morten.



pemandangan di seberang sungai menghadap kampung morten.



lagi deretan rumah yang kemas dan tersusun cantik.



masjid kampung morten.



bumbung/atap rumah yang dicat dengan warna jalur gemilang.



'eyes of malacca' ... anak aku merengek nak naik tapi tetap tak dapat....



perjalanan berpatah balik... menuju ke pangkalan utama....



jambatan.... ahh.... lupa lagi aku ni....



haa.... yang ni aku ingat.... jambatan hang tuah.... yang telah dibaik pulih dan dinaik taraf...


jambatan bersejarah dari pandangan dekat.



gambar yang kelam kabut kerana cruise tu beroleng kerana di lambung ombak...


sebahagian lukisan yang menarik terdapat di dinding bangunan kedai lama di tepian sungau melaka. menurut pemandu cruise tu... ia menceritakan sejarah negeri melaka.



gambar terakhir untuk malam itu... sebab handset aku kehabisan bateri.... 



menara taming sari... lagi sekali anak-anak aku merengek nak naik.... tapi bayarannya kus semangat lebih kurang macam 'eyes of malacca' jugak.... apa kan daya ...



tak tau pulak aku berapa ketinggian menara ini.... lain kali kalau datang sini aku akan ukur ya....



siti nur aisyah di dalam muzium kapal flor de la mar...



antara koleksi kapal...



aksi anak-anak aku...



sementara menunggu anak aku yang lain keluar... sempat aku berehat dulu kat bawah pokok berhampiran muzium... 



tak dapat naik menara taming sari... nasib baik ada benda alah ni... dapat jugak aku memujuk anak-anak aku tu...



bukan main sukanya dia....



termasuklah si bujang ini... tersenyum lebar je...



dah lah mahal...orang punyalah ramai nak naik...



sebelum balik... aku sempat buat lintas hormat kat depan mahkota parade...




dan pusing lagi sekali kat tepi sungai melaka...

sebenarnya aku nak cerita panjang lebar pasal bermalam di melaka... tapi dah berbulan tertangguh... aku pakai short cut saja ... sebab nak cerita pasal raya pulak..... esok hari raya.... esok hari raya... esok hari raya... 
wassalam....daaa....



Rabu, 1 Ogos 2012

coretan seorang ibu...




assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
agak lama aku tak membuat sebarang catatan di danau ini. walaupun begitu aku ada juga usahakan untuk menulis tapi ia hanya tinggal sebagai draf sahaja. lebih-lebih lagi dengan adanya gangguan seperti yang aku 'paste'kan kat bawah ini.
Berlaku ralat semasa cuba menyimpan atau menerbitkan catatan anda. Sila cuba lagi. Abaikan amaran
aku pun tak tahu apa masalah nya. tapi asyik keluar saja menganggu aku. entah apa yang tak kena aku pun tak tahu. tapi lantak lah. asal aku masih boleh mencatat dan menerbitkan tulisan aku sudah.

kali ini aku cuba paparkan sebuah coretan atau catatan atau mungkin juga luahan perasaan dari hati seorang isteri juga sorang ibu. aku harap korang boleh baca sendiri lah ya. aku tak nak salin semula catatan itu. sebenarnya catatan itu adalah tulisan isteri aku sendiri. aku harap ia tak marah bila ia terbaca nanti. bukan apa, antara pengunjung blog aku ini ialah anak aku sendiri. malah pernah anak aku bertanya: ayah, bila nak buat cerita masa pergi kuantan dulu? aku hanya senyum dan menjawab: nanti lah dulu, tak ada idea lagi. sebenarnya aku bukan tak nak cerita cuma masa tak sesuai. masa aku seronok menulis atau mencatat hanyalah jika tiada gangguan atau dengan lain perkataan ketika orang lain sedang nyenyak tidur. ketika itu lah  aku bebas untuk mencurahkan idea atau ilham yang mendatang bagaikan berlumba-lumba meminta untuk ditulis atau dicatat.

catatan ini ditulis ketika isteri aku sedang menunggu aku solat zohor di masjid jamek, bandar triang. kami berdua nak ke kedai untuk membeli sedikit barang. tapi aku balik dari sekolah pada hari isnin (30.07.2012) tanpa sempat solat zohor kat surau sekolah, sedangkan ia dah tunggu aku kat luar rumah. jadi nak memudahkan acara pada hari itu aku solat saja kat masjid. jimatlah waktu tak payah nak keluar masuk rumah.

bila aku selesai solat dan keluar dari masjid, aku nampak ia tersenyum dan menyimpan sesuatu dalam beg maktab perguruan kinta aku tu. mesti ia tulis sesuatu agaknya, bisik hati aku. sebab aku nampak ia meletakkan pen aku atas dashboard yang berhabuk itu. aku bertanya: tulis apa tadi? tak da apa lah, katanya ringkas.

aku pun tak membelek beg aku, sebaliknya terus saja memandu menuju ke kedai untuk membeli apa yang dihajati. keesokan harinya ketika sampai kat sekolah, semasa nak mengeluarkan bekas alat tulis, baru lah aku perasan ada kertas yang bertulis tangan. dan sememangnya tulisan isteri aku tak berubah sejak dari dulu hinggalah kini. tetap macam itu jugak dia punya stail dan stroke. tak macam tulisan aku yang cakar gajah tu. ada besar ada kecil, kadang-kadang terlebih condongnya, maklum lah tulisan orang yang pernah berangan nak jadi peguam. hahaha....

ok lah... jumpa lagi di lain kali. wassalam... daaa....