assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
11 ramadhan telah dua hari berlalu, tapi aku nak cerita sedikit kesah pada hari itu. hari itu adalah hari selasa. aku bangun seawal 3.50 pagi pasal aku belum solat isyak lagi. entah kenapa sudah dua hari kepala aku rasa pening. bermula dari hari sabtu, melarat ke hari ahad dan berlanjutan ke hari isnin. akibatnya pada hari ahad dan isnin selepas saja solat maghrib aku terus tidur. bermakna dua hari aku tak pergi solat terawih kat surau triang maju. tapi tak apa saudara azmi ada boleh jadi imam ganti aku. aku pulak bila dah tidur payah nak sedar. sedar tak sedar pun dah waktu pagi.
jadi pada dinihari hari selasa itu aku terbangun dan terus mandi walau sejuk yang amat sangat rasanya. tapi sebenarnya aku dah biasa sejuk-sejuk ni. kalau nak mandi aku mandi saja. selesai solat isyak dan buat apa yang patut aku pun mengejutkan isteri aku. awal kami bersahur pada hari itu. belum pukul lima suku dah siap makan. cuma nak kejutkan anak aku saja lagi yang belum sahur tu. aku pulak sebenarnya dah siap berpakaian nak pergi sekolah selepas mandi tadi. aku memandang ke arah jam di dalam bilik aku. baru pukul lima setengah. "nak pergi sekolah lah", kata aku kepada isteri aku yang ada kat dapur. "awalnya?" tanya isteri aku pulak. "tak apa, sembahyang kat kemayan nanti, tak pun terus ke sekolah," jawab aku pulak sambil mengambil beg mpki dan memakai kasut.
jam kat dashboard van aku menunjukkan pukul lima empat puluh tiga. jalan agak sunyi tapi kenderaan berat terutama lori trailer dan tanker dah banyak termasuklah bas yang tak tahu datang dari mana. bila memandu seawal subuh begini teringat semasa berulang ke nilai dulu, dua minggu sekali pasti aku akan menikmati suasana pagi yang gelap dan balik pun ketika hari dah gelap. tak tahu bila pulak aku dapat menikmatinya lagi. keputusan periksa semester satu pun belum keluar lagi macam mana nak masuk semester dua. dah masuk semester dua nanti barulah aku tau betapa sibuknya ketika itu. segala macam perkara perlu difikir dan diselesaikan. tapi tak apa itu lah asam garam orang tua yang sambung belajar semula.
ketika sampai di simpang bukit mendi aku lihat lampu surau sudah terpasang tapi masih belum masuk waktu subuh lagi. aku meneruskan pemanduan berhemah aku menuju ke kemayan melalui jalan yang dah bertampal sana sini yang kadang-kadang menyakitkan hati. aku selamat sampai di kemayan dan terus menuju ke masjid yang bersebelahan dengan pam minyak bhp. semasa memasuki pintu pagarnya, kedengaran azan subuh sedang dilaungkan oleh bilal yang bertugas. aku tak tahu siapa dan sememangnya aku tak kenal pun semua makmum yang bersembahyang subuh pada pagi itu termasuklah imamnya, walau pernah melihatnya beberapa kali tapi aku tak tahu namanya.
selesai solat, aku terus berwirid pendek dan berdoa sendiri kerana ada rasa yang kurang enak sedang melanda perut aku. sememangnya aku belum lagi menunaikan satu tanggungjawab iaitu menyahut seruan alam. seruan alam? istilah ini aku dapat semasa aku kat maktab lagi semasa mengikuti program 'underground' anjuran gpms kat kawasan rekreasi ulu chepor, ipoh, perak 22 tahun yang lalu. selesai berdoa aku pun terus menghalakan van aku menuju ke sk kemayan. sempat lagi rasanya nak 'memburan' kat sana. asal jangan 'terbagah' sudah lah. tak nak balik ke rumah semula. hahaha....
semasa melintas di hadapan masjid kampung tan sri hamzah yang baru bersebelahan sk kemayan, kelihatan para jemaah tengah berwirid, aku terus membelok dan berhenti di hadapan pintu pagar yang bertutup rapat. setelah membuka dan menutupnya semula aku pun parkingkan van aku di bawah atap garaj yang masih kosong. kawasan sekitar sekolah gelap dan sunyi. hanya lampu jalan dan lampu di dewan terbuka saja yang terpasang. aku pun membuka pintu bilik aku dan meletakkan beg mpki. switch on komputer dan berlalu menuju ke 'darul miyah' untuk melepaskan hajat yang terpendam.
fuuuhhh...!!! leganya rasa. nasib baik air ada. kalau tidak tak tau lah apa nak jadi. tapi sebelum itu aku dah check dah paip, samada ada air ke tidak. aku pun keluar dengan hati yang puas dan kedengaran suara anak-anak murid yang baru sampai tapi masih lagi belum masuk ke kawasan sekolah. kelihatan jugak sesusuk tubuh yang duduk kat tepi pondok pengawal. setelah aku amati dari jauh, ternyata ia adalah salah seorang pekerja sekolah ini. aku pun menulis nama dan masa aku sampai. pekerja tadi yang dah perasan aku ada, barulah berani naik ke pejabat, walaupun pintunya dari tadi aku biarkan terbuka saja. "awal cikgu datang hari ini," tanyanya. tapi aku tak menjawab sebaliknya hanya senyum nipis saja yang terukir di bibir aku. "pukul berapa cikgu sampai," tanyanya lagi. "pukul 6.30," jawab aku ringkas tapi aku tulis kat dalam buku kedatangan 6.45 pagi.
pagi itu berlalu dengan ceria sekali. kelas aku pada hari selasa sebelah pagi sebelum waktu rehat. tapi ketika aku sedang mengajar, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. anak aku sakit kepala lagi. ini kali kedua sejak bulan puasa tahun ini. kali pertama minggu lepas. aku tak bawak pergi klinik. lepas makan sedikit, kurang rasa sakitnya. tapi kali ini tak boleh jadi mesti pergi klinik. bimbang juga aku kalau bab-bab sakit kepala ini.
selepas kelas aku terus memaklumkan kepada gpk 1, yang aku nak balik awal, nak bawak anak pergi klinik. sambil itu boleh jugak aku periksa tekanan darah aku. aku pun sehari dua asyik rasa pening kepala saja. setelah dipujuk oleh aku dan uminya, barulah si ahmad abdullah azzam nak pergi ke klinik. "gunting rambut tu sekali," kata isteri aku. memang rambutnya pun dah agak panjang termasuk rambut aku sekali. itu agaknya antara faktor yang menyumbang kepada pening kepala aku tu.
suasana di klinik rakyat kerayong lengang saja. tak ada berorang. jadi senanglah urusan di kaunter pendaftaran. sementara menunggu isteri aku berurusan di kaunter, aku ke cimb bank yang bersebelahan dengan klinik untuk mengambil sedikit baget bagi membayar kos ubat nanti. menurut kata doktor termizi, sakit kepala anak aku tu disebabkan panas badan yang tak keluar. tapi pergi ke kepala. tu yang jadi sakit kepala tu. aku pulak bukan sakit apa, cuma angin saja yang banyak dalam badan, ditambah dengan gastrik yang lama dulu. tapi pening tu membuatkan aku cemas jugak lah, ada masanya rasa macam nak pitam je. tapi bila dengar penerangan dari doktor termizi itu barulah lega rasa hati aku. lebih-lebih lagi tekanan darah aku masih lagi normal macam dulu-dulu jugak. bacaannya masih lagi 110/80. kalau berubah pun tak banyak sekadar satu atau dua angka saja.
beres urusan di klinik rakyat. di kedai gunting rambut sudin, awal-awal lagi isteri aku dah 'sound' kat sudin.
"sudin, gunting macam dulu lah semula," katanya. gunting macam dulu tu maksudnya gunting pendek guna mata nombor satu. sebab dah dua kali anak aku tu gunting rambut ikut stail zaman sekarang. tak sampai dua minggu dah panjang semula. isteri aku berani cakap macam tu pasal ia dengan sudin dah kenal sejak kecil lagi. dah tu berkawan pulak dengan arwah adik isteri aku. aku pun ikut sekali gunting macam dulu. tapi memang itulah fesyen kalau aku bergunting rambut, guna mata nombor satu. lebih kurang macam botak lah.
setelah selesai urusan menebas rambut, balik lah ke triang pasal jam pun dah menunjukkan hampir pukul 12 lebih. anak aku yang prasekolah tu dah nak balik. jadi aku terus saja tunggu kat pintu pagar, tak payah nak jemput dah nanti. anak aku yang lain tu naik basikal sendiri, balik sendirilah jawabnya.
petang tu aku tak pergi menyiram jagung pasal nak pergi berbuka puasa kat sk kemayan. kelab guru sk kemayan mengadakan majlif iftar atau dalam bahasa melayunya majlis berbuka puasa. antara jemputannya ialah ydp, nydp pibg ajk serta keluarga. tapi aku pergi seorang saja sebab isteri aku tak nak pergi kerana tak terlayan anak-anak yang ramai di majlis seperti itu. nasib baik guru besar pun datang seorang juga, adalah gang aku. hahahah...
sekianlah dahulu catatan yang tertangguh ini. sebab itu aku jarang buat update... bukan tak buat... tapi update aku tak pernah nak siap... asyik siap separuh jalan je... pastu tersimpan sebagai draf.... semoga dengan kedatangan syawal ini akan mengubah suasana di danau kalbu ku dan juga di lain-lain laman web milik aku seperti di kaki langit dan b.tan yang dah bersawang sejak beberapa bulan yang lalu. ok lah macam biasa jumpa lagi di lain siaran, selamat hari raya idil fitri, maaf zahir dan batin. catatan ini aku siap kan pada pukul 3.43 pagi waktu tempatan pada hari isnin 20 ogos 2012 setelah terjaga di hadapan komputer, bermakna aku telah tertidor depan pc lah tu.... hahahah... itu lah antara kelemahan aku.... selalu tertidor depan pc.... assalamualaikum... daaaa....
gambar hiasan, yang aku copy dari mukabuku cikgu jamaliah jamaludin (nun di hujung sana beruniform puteri islam), berkacamata ialah cikgu rasid bin harun (gb), ustaz mohd saufi dan yang nampak bahu kanan tu ustaz bakhari. lebih kurang macam ini lah rupa aku kalau berambut pendek. suasana ketika perhimpunan di sk perantau damai, muadzam shah, rompin, pahang pada tahun 2009 yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan