Rabu, 28 Ogos 2013

kad raya jaman tori 33.




jika kad raya jaman tori 32 dikirim oleh perisik tentera, kad yang ke 33 ini pulak dikirim oleh ustaz tentera atau pun nama glamournya 'kagat.' kor agama angkatan tentera. kad ini aku terima semasa aku di lawas dan belum ehem... ehem... lagi. nama kawan aku ini ialah mohd nazli bin ismail. berasal dari jengka 4. satu kelas semasa di tingkatan 4, 5 dan 6. serta satu rumah sewa di kampong pancor, pekan. semasa di tingkatan 6 rendah aku telah menemankan si nazli ini ke kuala lumpur untuk menghadiri temuduga kagat. rupa-rupanya dalam diam tanpa diketahui oleh member lain, beliau telah memohon kagat dan dipanggil untuk temuduga di masjid mindef, jalan semarak, kuala lumpur. dari jengka 4, kami menaiki bas ekspres metro tapi aku dah tak ingat sama ada bermalam di sana ke tak. sebab temuduga tu pada hari bersekolah, bermakna kami berdua telah ponteng pada hari itu. bila ia berjaya dalam temuduga tersebut dan dipanggil untuk kursus, nazli ini telah berhenti sekolah dan aku hilang sorang kawan.

oh ya... aku pernah pergi seminar spm kat smu ehsan di kuantan. tu yang dia tanya ustazah kat ehsan tu. selebihnya malaslah aku nak cerita pasal zaman cinta monyet dulu-dulu. tapi ia (nazli) kawin dulu dari aku. aku pergi masa ia kawin tu dan kebetulan pulak ada seorang ustaz yang baru posting ke srb agama lawas pada tahun 1994 berkahwin dengan adik si nazli ini. pun aku pergi jugak kerana kebetulan pada masa tu aku balik ke semenanjung dengan isteri aku.

demikianlah kesahnya sekeping kad yang cantik dan menarik tapi telah koyak. faham sajalah kalau anak ramaikan. walau disimpan baik sekali pun, bila dijumpa oleh anak-anak, macam-macam boleh dibuatnya. banyak lagi kad raya ni.... sempat ke aku post kat danau ni sebelum syawal berakhir. harap-harap sempatlah ya di celah-celah kerja yang banyak ni. sebab selepas ini aku nak jilid semua kad itu menjadi macam buku. cuma masalah sikit sebab saiznya tak sama besar. mungkin tak berapa menarik dan cantik rupanya nanti. kalau tak buat macam tu, payah nak disimpan. ok lah, aku berhenti kat sini dulu dan jumpa di kad yang ke 34 pulak nanti. sekian... wassalam... daaa....



Selasa, 27 Ogos 2013

kad raya jaman tori 32.


kad ini dihantar oleh seorang perisik tentera. semasa aku menyewa rumah di kampung pancor tak kala aku di tingkatan lima, ada seorang anak muda yang selalu berkunjung ke rumah kami kerana mengikut arwah yeh yang satu sekolah dengan aku. lama-kelamaan ia turut menjadi gang kami yang selalu bising-bising sampai tengah malam. tapi tak da siapa nak marah pasal rumah kami jauh dari rumah orang lain. kalau ada yang marah pun hanyalah nyamuk yang tak berkesempatan nak menghisap darah kerana kami masih belum tidor.

nama glamour jejaka ini ialah lan cendol. pasal ia bisnes cendol sebelum dapat/berjaya ke sekolah perisikan yang dipohonnya. seorang yang simple dan suka buat kelakar, tapi kelakarnya bertempat dan berwaktu. ia tak suka buat lawak bodoh yang mengenakan orang lain. itu yang aku respect tu. walau pun ia dari keluarga yang agak senang tapi tak sombong dan meninggi diri. kalau aku lalu kat padang polo atau kawasan istana diraja pahang aku pasti akan menoleh ke arah sebuah rumah, iaitu rumah keluarganya. tapi kini aku pun tak tahu di mana ia berada. kerana kad yang aku terima ini sampai ke rumah ayah aku, aku berada di lawas. bila aku balik nak bernikah saja baru emak aku menyerahkan kad ini kepada aku. pada sampul kad ini tertulis 'melilau mencari' dan diikuti nama aku serta alamat rumah ayah aku. semoga ia sentiasa sejahtera dalam kehidupannya dan bahagia selalu hendaknya.
sekian, terima kasih... daaaa....

Isnin, 26 Ogos 2013

kad raya jaman tori 31.




aku berada di lawas dulu lebih kurang empat tahun. jadi ramailah kenal orang-orang besar. maksud aku tu pegawai dari jabatan lain selain dari ppd lawas. antaranya termasuklah en. mohamad bin leman yang menghantar kad raya pada tahun 1413 hijrah bersamaan 199...., ahh!.. korang kiralah sendiri tahun masihinya. heheeh.... dia ini orang perak kalau tak silap aku...tak pun orang kedah. lebih kurang macam tu lah. lawas pun bukan besar sangat kawasan bandarnya, masing-masing boleh saling kenal mengenali antara satu sama lain terutama kalau dari semenanjung. bila ada jamuan raya tu, bolehlah jumpa gang-gang semenanjung termasuk mereka yang berada lebih jauh di pedalaman seperti di long semadoh atau pun bakelalan. selain dari tu, tunggu masa cuti sekolah pasal semua cikgu akan ke bandar lawas duduk di rumah kawan masing-masing seperti fauzi yang sama posting ke long semadoh. beliau hanya membeli belah sepenggal sekali saja. tapi sekali shopping barang dapur dekat lima, enam ratus habis. tapi cukup untuk dua, tiga bulan punya stok.   
ok lah, nanti kita jumpa lagi di kad yang ke 32 pulak ya. da....


Jumaat, 23 Ogos 2013

kad raya jaman tori 30.




ini pulak kad dari ustaz manas. masa kat lawas dulu kalau tak silap aku ia mengajar di trusan. satu kawasan kampung yang bersempadan dengan daerah temburong, brunei yang hanya di pisahkan oleh sebatang sungai.
payah aku nak membaca kad dari ustaz ini. cerita dia ringkas saja tapi tulisannya kalah tulisan doktor. kira hebat lah korang yang boleh baca tulisan ini dengan lancar tanpa sangkut-sangkut. aku dulu puas nak memahamkan apa yang ditulisnya tu. tapi tak pe, tetap aku simpan sebagai kenangan lalu yang mengusik jiwa. sekian... wassalam...daaa....


Rabu, 21 Ogos 2013

kad raya jaman tori 29.


























aku sebenarnya serba salah sama ada nak tunjukkan kad ini atau pun tidak. tak tunjuk karang macam tak adil pulak. tapi bila tunjukkan mungkin payah nak dibaca. bukan kerana bahasanya tapi tulisannya yang agak kecil. walau bagaimana pun korang bacalah sendiri kad dari adik bongsu aku ni. tinggal bahagian dalam saja dah. bahagian depannya entah ke mana dikoyakkan oleh anak aku. nasib baik bahagian yang penting ni dapat diselamatkan. aku pun dah tak ingat tahun bila kad ini aku terima. sama ada aku dah kawin ke belum, aku pun tak pasti. kalau tengok pada hujung tandatangan tu macam nombor 93. kalau tahun 1993, tahun aku mendirikan rumahtangga, tapi rasanya kad ini aku terima sebelum aku kawin, pasal aku kawin pertengahan bulan sebelas.
tak kesahlah kan bila tarikh kad tu, yang penting ingatan dan kenangan sesama adik beradik. maklumlah duduk berjauhan. 2,3 tahun sekali baru berjumpa. tapi bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'. memang aku dah rasa lali dan kadang-kadang tu rasa biasa je. cuma bila raya je yang agak sedih. tu pun sekejap saja. lepas tu rasa biasa semula. lain orang mungkin lain pulak dia punya perasaannya. lagi pun masa tu bujang lagi kan. tak ada apa yang nak dirisaukan. belum ada tanggungjawab atau komitmen terhadap hidup berkeluarga.
lain lah sekarang...
bila sentuh bab sekarang ni, aku terpaksa berhenti dulu kat sini dan beredar meninggalkan pc kat meja aku ni. buat teman aku, maaf kerana tak sempat lagi kita bersembang. wassalam.... daaa....








Selasa, 20 Ogos 2013

kad raya jaman tori 28.




ini kad dari mohd kadri bin othman. tapi nama glamournya yie saja. kalau korang perasan, kad dan suratnya dulu dah ada aku terbitkan. maknanya ini kad yang kedua lah. jadi tak perlulah aku bercerita panjang pasal kawan aku ni. memang dah lama tak jumpa, walau pun aku pergi ke pekan bandar diraja pahang, tapi tak pernah pun berjumpa atau cuba mencarinya. nantilah jika diizinkan lagi aku ke pekan nak juga berjumpa dengan member kamceng semasa tengah kuat 'bernakal' dulu. memang banyak jugak kenangan dengan si kadri ini.

wassalam... da...




Isnin, 19 Ogos 2013

kad raya jaman tori 27.





assalamualaikum.... nampaknya kad raya jaman tori the series masih belum tamat lagi, sebab bulan syawal masih panjang seperti jamuan rumah terbuka yang tak tahu bila kan berakhir. agaknya lepas habis bulan syawal pun jamuan raya tak habis lagi. begitulah hebatnya kita beraya.

untuk kad yang ke 27 ini, ia adalah kad dari aku untuk bonda tercinta. jika dulu tahun 1993 tapi kini tahun 1995, iaitu tahun terakhir aku di bumi kenyalang. memang banyak kenangan sama ada manis atau pun pahit, sedih atau gembira, tapi aku telah berjanji dengan diri aku bahawa aku akan hanya menyatakan yang baik-baik sahaja tentang negeri sarawak ini. memanglah bila bersembang pasal posting pertama ada yang agak kaget dan kagum bila dinyatakan posting pertama aku adalah di sarawak. maka mulalah ada yang bertanya tentang itu dan ini. pasal itu lah, pasal ini lah. tapi seperti janji aku, aku hanya berkata yang baik saja sebab kalau nak cari keburukan atau kekurangan walau dari segi atau sudut apa pun, di semenanjung ini berlambak keburukkan dan kekurangannya. jadi bagi aku tak usah lah kita bercerita tentang kelemahan yang ada di sarawak, lebih baik kita berusaha memperbaiki kelemahan diri kita sendiri.

ok lah, aku berhenti dulu... pasal 1.30 nanti ada mesyuarat pulak. wassalam .... daaa....
oh...ya!! maaf jika kad itu sukar dibaca kerana jika dibesarkan imej, nanti ada yang tak terpapar. harap maklum.

Ahad, 18 Ogos 2013

kad raya jaman tori 26




kad ini pulak dari awang tengah ali hassan. biasalah yang berhormat akan hantar kad pada cikgu-cikgu kat lawas tu. termasuk lah jugak aku ada terima kad raya darinya. tapi aku simpan jugak sebagai bukti aku pernah berada di tanah lawas suatu waktu dulu. cuma bila agak nya aku dapat lagi bertandang ke sana. kalau tengok pada peredaran masa dan perubahannya, ia begitu pesat membangun sekarang ni. tak macam semasa aku berada di sana dulu. semoga Allah akan memanjangkan umur dan rezeki aku, nak jugak rasanya pergi ke sana lagi. tempat yang pernah aku jejaki dan dakapi penuh syahdu ketika itu. kenangan terindah yang tak mungkin aku lupakan. ok lah... wassalam...daaa....


Sabtu, 17 Ogos 2013

kad raya jaman tori 25




ini lah antara kad yang aku kata istimewa tu. dari ella lah katakan. hahah.....ella? iye..! tak caya? cuba tengok sekali lagi kad tu... ella z... 'z' tu sapa pulak? 'z' tu ayah dia lah... tu lah tak caya lagi cakap aku... cuma tulisan si ella ni agak damit sedikit. tak tau pulak aku ia guna pen jenis apa. nak aku besarkan gambar tu, nanti tak muat pulak. apa pun ella ni adalah budak puo. puo?? opss... sori... puo tu ialah politeknik ungku omar yang bersebelahan dengan maktab perguruan kinta, ipoh. jadi selalu lah aku terserempak dengan ella ni. lagi pun kalau aku nak ke maktab terpaksa lalu depan rumah yang ia sewa bersama dengan kawannya.
alaaa... aku ada cerita dalam posting aku yang bertajuk...   'dalam kenangan... in memories... (kenangan sepanjang zaman selagi hayat di kandung badan)'.

kawan aku yang ia takut tu sapa lagi kalau bukan si salim misai. kalau pensyarah pun seram apatah lagi awek cun macam ella tu. ok..lah tak nak aku memanjangkan catatan ini. kalau nak tau cerita seterusnya bacalah cerita aku tu. tak kan aku nak cerita kat sini sekali lagi kan. dah bangas dah cerita tu. tak ada apa yang menarik pun. cuma kalau aku lalu kat beserah tu teringat jugak kesah dulu-dulu masa tengah kuat perasan konon orang suka kat kita. tapi biasalah kan orang perasan. selalunya melepas. tak kesah lah sebab semuanya itu adalah proses untuk kita jadi matang dan dewasa. sebagai manusia biasa pasti banyak kenangan yang indah dalam kehidupan kita ini. pandai-pandailah kita melayarinya agak ia tak tenggelam sebelum sampai ke pelabuhan atau destinasi yang kita tuju. sekian... terima kasih.... wassalam...daa....
 

Jumaat, 16 Ogos 2013

kad raya jaman tori 24


























ok... ini pulak kad dari sepupu aku yang dipanggil na sahaja. sebenarnya aku ada minta ia hantar kertas tebal untuk aku menjilid kumpulan surat-surat yang ada dalam simpinan aku. tapi kertas tu tak ada. pasal tu lah ia ada sebut pasal kertas tak sebut pun pasal kuih raya. heheh...

sebenarnya banyak lagi kad ni...cuma aku je yang lambat buat posting...tunggu ya termasuk yang paling istimewa among yang istimewa...
wassalam...daa....

* jangan pelik kad ini ada lubang.... pasal ia ditebuk oleh anak aku menggunakan 'punch' si penebuk lubang tu..

Khamis, 15 Ogos 2013

kad raya jaman tori 23.




ini pulak kad dari kawan isteri aku yang bernama azwa. kawan baik semasa dia orang bersekolah di triang. aku ni kan jenis prihatin, jadi aku tolonglah simpankan kad ini. kalau nak harap isteri aku simpan, jawabnya dah lama lupus. apalah aku ni kan mengata isteri sendiri pulak. tak baik tau. ini kan bulan mulia baru lepas berhari raya. alaaa.. aku bukan kata apa pun.. cuma berceloteh sikit je... wassalam..daaa...

Rabu, 14 Ogos 2013

kad raya jaman tori 22





heehehhe.... ada-ada je lah si mat ni kan... mentang-mentanglah ia dah kawin.... pandailah cakap jangan lama-lama ros. sebenarnya bukan ros tapi rus, sebab isteri aku namanya rusnah. kad ini dihantar oleh mat sharapi kawan semasa membujang di lawas dulu. mat sharapi (perak), aziz (johor) dan lobai (nogori 9) duduk satu rumah tapi aku di rumah yang lain. kalau korang pergi ke lawas carilah taman siew ling, kalau ada lah lagi rumah aku sewa bersama pokser dan ramizul tu. rumah berkembar dua tingkat tapi aku hanya duduk tingkat bawah je. tingkat atas tu kosong. tak de apa pun.

mat sharapi ni balik awal ke semenanjung. balik dan terus kawin. tak tau lah kat mana agaknya mat ni berada sekarang. semoga ia dan keluarga berbahagia kekal karar sehingga ke akhir hayat. amin ya robbal a'lamin.

wassalam...daaa...


Selasa, 13 Ogos 2013

kad raya jaman tori 21.





assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
ini lah kad raya jaman tori yang ke 21 dalam simpanan aku. aku hantar satu pada mak aku dan satu lagi untuk ayah aku. aku hanya terjumpa kad ini bila aku balik (bertukar) ke semenanjung pada tahun 1996. kad yang agak berhabuk tu terletak kat atas almari di rumah mak aku. jadi aku ambil semula sebelum ia ditelan zaman. tak salah ambil semula kan. tak buruk siku rasanya. hahah...

kad raya tahun 1992 tak ada pulak aku jumpa, mungkin telah ditelan zaman lah agaknya tu... tak pelah asal ada yang ini dan yang lain-lain tu. ok lah, kalau nak bercerita panjang lagi tapi banyak perkara lain yang perlu dibereskan. sekian untuk kali ini. wassalam...daaa....