assalamualaikum... jika semalam adalah ulang tahun perkahwinan aku dan isteri aku, pada hari ini 22 november adalah hari lahir anak sulong aku yang ke 17 tahun. semalam tak ke mana-mana. tapi hari ini isteri aku ajak ke temerloh. katanya nak beli 'salimah', sejenis jus produk tok guru. aku pun ok saja. tapi aku nak ke mentakab sekali nak ke kedai telekom, nak buat aduan, akaun stremix aku dah lama aku potong, tapi telekom malaysia masih lagi hantar bil. kalau dibiarkan mahu beratus jadinya. hinggakan dihantar surat berwarna pink yang menuntut aku membayar jika tidak akan diambil tindakan mahkamah. ye tak ye terpaksalah aku ke kedai telekom, ini pun satu masalah, sepatutnya dah lama di bera ni ada kedai telekom, tak lah terpaksa ke mentakab.
dalam perjalanan di pagi selasa itu ketika melepasi simpang ke kampung gantok aku teringat satu peristiwa atau kenangan semasa aku masih lagi belum masuk maktab. entah kenapa tiba-tiba aku tersenyum sendirian dan terasa lucu pulak di hati. cerita ini aku dah cerita pada isteri aku, tak tahulah sama ada ia masih ingat atau tidak. jadi tak perlulah aku nak bimbang ia marah atau merajuk, kerana ia bukan lagi rahsia.
nak tahu tak ceritanya? ok lah... kisah ini semasa aku pergi ke mentakab nak beli kasut, baju dan seluar. pakaian yang aku nak pakai semasa menghadiri temuduga maktab kat maktab perguruan teruntum, kuantan. maktab ni dah lama berkubur, yang tinggal cuma namanya saja. aku pun pergilah ke pahang supermarket sdn. bhd. tapi kini namanya kalau tak silap aku "tf value mart". aku ni manalah biasa beli baju dan seluar yang rasmi cam tu. dalam tertinjau-tinjau, terbelek-belek tu, aku ditegur oleh seorang perempuan pembantu jualan. nak beli baju macam mana? aku pun menerangkanlah baju yang macam mana, seluar dan kasutnya sekali.
nak buat apa baju dengan seluar ni? tanya ia lagi. nak pakailah. hahaha... tak... aku tak cakap pun macam tu. terpaksalah aku bercerita sedikit. nak pergi temuduga kerja, jawab aku. entah kenapa aku segan pulak nak memberitahu perkara yang sebenar. ooo... kalau dapat kerja nanti boleh lah belanja ya, kata awek tu lagi. awek? ye lah. ia muda lagi. tak pun sama baya dengan aku dan orangnya sederhana saja, sesedap mata memandang. boleh... tak jadi masalah, kata aku.
macamlah aku ni banyak sangat duit. aku pun dah tak ingat apa lagi yang aku sembangkan selepas tu. cuma beberapa bulan selepas aku menjadi guru pelatih di maktab perguruan kinta, ipoh baru aku teringatkan kisah itu. bila aku pergi semula ke supermarket tu, perempuan tu dah tak ada. habislah satu bangunan itu aku geledah dan selongkar tapi tak berjumpa dengannya. mungkin ia dah berhenti dan berkerja di tempat lain agaknya. terkilan jugak aku pada masa itu kerana tak dapat nak menunaikan janji aku padanya nak belanja makan.
peristiwa itu macam jugak peritiwa yang lain selalu aku teringat bila aku melalui semula tempat kejadian tersebut. bak kata orang tua-tua, kenangan mengusik jiwa, lebih kurang macam tu lah rupanya. aku pun tak berapa kesah sangat pasal perempuan pada masa tu, sebab baru masuk maktab, lain lah kalau dah jadi cikgu tu, semangatlah sikit nak apa-apa ke.
balik dari mentakab terus ke bank dan ke kedai kek. dua biji kek yang isteri aku beli. satu yang anniversari dan satu lagi untuk hari lahir siti nur akmal. tak cukup dengan tu, diajaknya pulak pergi kfc. bukan makan kat situ tapi beli dan bawak balik. aku pun tak tahu kenapa ia suka sangat dengan kfc tu. hingga aku pun terpaksa makan, ye lah... dah beli makan lah, tak kan nak pandang saja kot. walau hati tak berapa berkenan dengan kfc tu.
hampir pukul sebelas aku memasuki kawasan smk seri bera dan terus ke asrama perempuan dan melapur di pondok pengawal. lebih kurang sepuluh minit anak aku pun datang dengan kawannya. pot pet... pot pet... itu ini... begitu begini... aku dan isteri pun balik ke seri buntar untuk meneruskan agenda pada hari itu.
demikianlah sedikit kenangan dan secebis kisah aku dan isteri aku ke mentakab dan temerloh. lain orang lain pulak kenangan dan caranya. manakan sama walau rambut sama hitam tapi hati dan perasaan tetap berbeza. tak kiralah sama ada kenangan manis mau pun yang pahit, semuanya akan memberi pengajaran kepada kita. menjadikan kita lebih dewasa dan matang dalam menghadapi cabaran hidup serta lebih bersedia mendepani cabaran kehidupan. apa yang penting, kurangkan keresahan dan kesedihan, sebaliknya tingkatkan keceriaan dan kegembiraan tak kira berapa usia kita. asal jangan keterlaluan dan menyimpang dari landasan yang dibenarkan sudahlah. aku pun tak mahu memanjangkan lagi catatan aku ni, cukup dulu buat sementara waktu. izinkan aku undur diri dan jumpa lagi... wassalam... daaa...
Sabtu, 26 November 2011
Isnin, 21 November 2011
catatan anniversary...
assalamualaikum... wa rohmatullahi wa barokatuh...
hari ini isnin 21 november 2011 aku bangun seawal 4.15 pagi dan merenung dalam diri dah 18 tahun usia pernikahan dan perkahwinan aku dan isteri aku. aku pun tak tau kenapa aku lebih mengingati tarikh 21 dari 20. sedangkan sebenarnya aku diijabkabulkan pada 20 november 1993(malam), 21 november pula adalah hari kendurinya. tapi tak kesahlah kan, berapa tahun pun usianya. apa yang penting ialah kebahagiaan dalam melayari hidup berumahtangga dan berkeluarga besar macam aku ni. juga kesediaan kita untuk meneruskan kehidupan bagi tempoh 18 atau 28 atau pun 88 tahun akan datang. 88 tahun? kalau dicampur dengan umur aku sekarang, mau 132 tahun umur aku masa itu. masih adakah lagi aku atau pun dah lama jadi tanah di tujuh kaki dari paras bumi.
ngeri? apa nak dingerikan, semua orang akan melaluinya nanti. ai...tak kan di hari ulang tahun ni nak cerita pasal mati pulak. bukan nak ceritalah, cuma sekadar mengingati saja yang kita semua akan mati.
sempena ulang tahun ke 18 ini, aku ada cadangkan pada isteri aku nak pergi jalan ke kuantan dan bermalam di gazma beach resort. isteri aku pulak kata ia teringin nak pergi ke cherating, kerana ia belum pernah ke sana. bila aku setuju, ia kata tak payah lah sebab akmal belum habis periksa lagi. tak sedap pulak ia tak pergi. lagi pun dah janji nak pergi i-city. aku diam sajalah, malas nak memaksa walau dalam hati aku masih teringin menikmati udara dan angin dari laut china selatan serta dinginnya malam di kawasan batu hitam, beserah tu. aku sebenarnya pun bukanlah ada baget sangat, tapi kalau setakat semalam dua tu boleh lah lagi. nak jimat duitlah bang, tahun depan abbas masuk tahun satu. banyak nak guna duit. lagi pun akmal tak de, tak larat umi nak handle anak sorang, dengan kain baju yang banyak, kata isteri aku. aku amat memahaminya.
tahun lepas ketika kembara ziarah ke kedah, kemudian singgah pulau pinang dan tidor semalam di sana, balik singgah ipoh dan tidor pulak semalam di ipoh, tiga empat plastik besar jugak kain baju kotor yang dibawak balik.(maaf, berhenti dulu, perut memulas).
malam ini aku nak sambung semula catatan yang terhenti kerana perut aku memulas dan akibatnya ia tertangguh hampir lima hari. mudah-mudahan aku dapat menghabiskannya dan dapat membuat catatan lain pulak. pada malam ijabkabul tu...alhamdulillah segalanya berjalan lancar, cuma ketika akad itu saksi sebelah pengantin lelaki meminta diulang lagi sekali kerana pengantin lelaki lambat menjawab "aku terima nikahnya...". bukan gabra, gementar atau takut serta darah gemuruh, cuma ia lambat kerana tunggu wali habis melafazkan ijab, setelah habis barulah dijawabnya. tetapi saksi tak terima, ia mahu sebelum wali habis menyebut perkataan "tunai" pengantin lelaki mesti terus jawab "aku terima nikahnya...", maknanya tak mahu ada terputus, mesti bersambung antara lafaz ijab dan lafaz qabul. itu saja...perkara enteng... hehehe....dah anak lapan bolehlah cakap enteng.
tapi pada malam itu agak suspen jugaklah, menurut isteri aku tak sangka ramai orang yang datang menyaksikan majlis tersebut. maklumlah pertama kali majlis akad nikah dibuat kat surau tu dan sebenarnya nak tengok pengantin lelaki yang tah macam mana lah rupanya. entah hitam orangnya, kot-kot putih, tak pun macam orang arab. tak pernah tengok dan tak pernah jumpa. mak ayahnya dia orang kenallah. tapi aku rasa biasa saja walau ada juga berdebarnya, biasa kerana ramai yang aku kenal sebab aku pernah duduk kat taman itu beberapa bulan semasa di tingkatan tiga. berdebar kerana... itu pengalaman pertama yang akan membawa aku bergelar suami dan akan mempunyai seorang isteri.
setelah selesai upacara kat surau, beralih pulak ke rumah pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang dan sesi bergambar. mana gambarnya? ada... tapi aku tak bercadang nak tunjuk sebab aku pemalu orangnya. selesai upacara tu tiba masa nak menjamu selera pulak, aku dengan selamba mengambil mangkuk nasi dan mengisi nasi ke dalam pinggan isteri aku dan kemudian ke dalam pinggan aku sendiri. aku masih ingat antara sayur pada malam itu ialah terung. terung?? ya... terung. isteri tok ki samsudin dengan bersahaja bertanya kepada aku: awok makan ye atan terung tu? aku buat tak dengar saja dan terus menyuap nasi, sebenarnya aku faham maksud ia, terung tu kan jenis sejuk sedangkan aku ni kononnya pengantin... mana boleh makan yang sejuk-sejuk. tapi apa aku kesah itu semua, perut lapar... makan sajalah. sejuk ke... panas ke... belakang kira.
siap makan, rombongan pihak lelaki nak balik dulu, alamak... tak kan aku kena ikut sekali kot. nak buat cam mana kan, walau dah jadi suami isteri tapi oleh kerana dah jadi adat kebiasaan, tak boleh tidor bersama selagi belum kendurinya. jadi... pada malam itu baliklah aku dengan rasa sayu... hahaha... sayu konon...
ok lah, cukup dulu cerita aku kali ini, insyaAllah tahun depan aku sambung lagi sempena ulang tahun perkahwinan aku yang ke sembilan belas pulak. kalau aku habiskan nanti, tahun depan dah tak ada apa nak cerita, betul tak? jadi sempena anniversari aku dan isteri aku pada tahun ini, tak pergi mana-mana pun, duduk rumah saja sambil tolong ia memasak dan lipat kain baju. itu pun satu kepuasan jugak walau beberapa hari sebelum ulang tahun anniversari, isteri aku dengan senyum meleret mengibarkan bendera merah. cis... tapi tak pa... lain kali masih ada masa lagi... eh! apa aku cerita ni? hehehe... assalamualaikum... daaa...

Rabu, 16 November 2011
pungguk rindukan bulan.
pada hari jumaat bersamaan dengan 4 november yang lalu aku tiba di sekolah tepat pada pukul 7.30 pagi. bila aku parking kat bawah garaj yang paling hujung sekali, mata aku terpandang suatu objek yang macam seekor burung atau ayam. bila aku amati betul-betul memang sah ia seekor burung hantu atau mungkin juga dipanggil burung pungguk. aku pun mengambil handset aku dan merakam gambarnya yang tengah kerinduan dalam dakapan dingin pagi di tepi tembok pagar sk kemayan. pada mulanya dari jauh saja, kemudian aku hampiri makin dekat dan makin dekat. langsung ia tak bergerak, cuma sekali sekala kepalanya berpusing tapi matanya masih lagi terpejam mungkin silau dek sinar mentari pagi yang mula memancarkan sinarnya.
aku suspen jugak nak pergi dekat, takut-takut ia mematuk ke atau terbang, melepaslah aku nak mengabdikan wajah machonya tu dalam blog aku ini. bukan selalu dapat peluang melihat spesies ni dari jarak dekat dan ketika ia sedang terpanar tak tahu mana nak pergi. aku rasa ia sesat dan tak sempat dan balik ke sarangnya, tapi kat sekolah tu memang banyak burung hantu ni terutama waktu malam, menurut kata jaga sekolah aku tu lah. selalu buat bising dalam siling dan kadang-kadang bersepah bulunya kerana ia bergaduh sama sendiri mungkin berebut tempat tidur agaknya.
dua keping gambar di atas memaparkan wajah sayunya yang kehilangan arah tujuan, nak terbang silau, tak terbang karang nilah jadinya. monyok dan seperti orang putus cinta saja gayanya. oleh kerana ia tak memberi sebarang respon yang ia ini merbahaya, aku makin dekat lagi. tapi hati berdebar jugaklah masa tu.
cantik jugak bulunya walau berwarna kelabu dan agak pudar, tapi itulah nasib jika asyik merindui bulan. bulan tak peduli pun pada kerinduannya malah tak tahu langsung bahawa ada makhluk yang merinduinya. maka, jadilah seperti pungguk rindukan bulan.
tengok tu, ia macam nak senyum dengan aku, tapi malu dan segan bila aku ambil gambarnya sebab tu ia pejamkan matanya. hahaha... pandailah aku buat cerita. tapi ia langsung tak kesah dengan kehadiran aku kat depannya sambil mengambil gambar drinya tu. tak tahulah pulak aku sama ada ia ni jantan atau betina. tapi kalau aku tahu pun nak buat apa, ye tak. bukan boleh sembelih buat lauk. lainlah kalau ayam atau itik ke, bolehlah sembelih. terlentok je kepalanya, suka sangatlah tu aku masukkan gambarnya dalam blog aku ni. nanti bolehlah aku jadi glamour macam angry bird, katanya pada aku masa aku nak tinggalkannya kat tepi pagar tu. rasa kesihan jugak aku padanya. manalah tahu kalau jumpa dek bebudak nanti, dibaling dengan batu ke, atau ditangkap dan dibuat main, terseksalah pulak hamba Allah tu.
tapi, ketika aku nak balik pada pukul 12 tengahari, aik... ada lagi burung ni. tadi kat hujung sana, ni dah ada kat depan van aku. aku keluar semula dan mula bersembang lagi dengannya. aku ajak ia pergi masjid untuk solat jumaat, tapi katanya ia uzur dan belum mandi junub lagi. ooo...kalau cam tu, kamu ini betinalah, ya. tak, aku jantan, cuma aku dah tua sebab tu aku uzur. tengok kaki aku ni, nak berdiri lurus pun tak larat dah, tambah sipungguk ni lagi. pandailah kamu ni merapu, kata aku padanya.
awak pun apa kurangnya, tak boleh langsung tengok aku senang sikit, ada saja nak mengusik. ok lah pungguk, hari pun dah pukul 12 lebih, aku chow dululah, nak jemput anak aku kat asrama lagi ni, ahad dah nak raya haji, tak tahu lah aku solat jumaat kat mana pulak minggu ni. nak solat di masjid guai macam tak sempat dah, asyik melayan kamu ni berborak. kalaulah burung ni boleh bercakap, tak tahulah aku apa katanya bila aku ambil gambarnya dari jarak paling dekat, lebih kurang sekaki lebih saja. mahu di minta bayaran agaknya, pasal jadi model untuk dimasukkan dalam blog aku ni.
namun itulah ceritanya sang pungguk yang rindukan bulan nun jauh di sebalik awan, akhirnya tersasar mencari mimpi yang tak sudah setelah malam berlalu pergi meninggalkan sebuah pertanyaan bilakan bertemu lagi buat menganyam seribu janji dan mengukir seribu mimpi. wahai bulan di manakah dikau? apakah ia berada di puncak menara atau sekadar di tebing hati yang sepi. apa pulak aku ni nak merapu pagi-pagi pukul dua ni. pi lah tidor sana kat bini tu...hehehe... aku stop dulu kat sini nanti kita cerita lagi ya. assalamualaikum...daaa...(eh! abi fana dah balik ke belum dari mekah?)
Ahad, 6 November 2011
Khamis, 3 November 2011
relak dan santai @ ulu bendul...
assalamualaikum... untuk memenuhi permintaan isteri aku yang nak berehat di ulu bendul semasa dalam perjalanan balik ke seri buntar melalui seremban dan dan kuala pilah, aku sekeluarga telah berhenti di kawasan hutan lipur ulu bendul. aku sempat merakam eberapa keping gambar disamping gambar aku sekali yang dirakam oleh siti nur akmal. lihatlah gelagat anak-anak aku seramai lapan orang.
baru turun ke sungai, badan pun belum basah lagi. dari depan ahmad ali abdullah, ahmad abdullah abbas dan ahmad bilal abdullah sempat bergurau sesama mereka untuk meriuhkan lagi suasana.
ini nak mandi ke tak nak? tak kan nak berjalan saja dalam sungai tu. cuba-cubalah rendamkan badan tu, nikmati kesejukan airnya yang dingin hingga terasa ke tulang sum-sum.
haa... macam nilah, baru lah mandi namanya. kelihatan ahmad abdullah azzam sempat lagi tersenyum dan memberi isyarat 'peace' sambil menahan kesejukan.
ooh...! sejuknya. mungkin itulah yang dikatakan oleh ahmad abdullah abbas agaknya sambil ketawa keriangan. kali terakhir datang ke sini dulu dia masih kecil lagi, sekarang ni dia lah orangnya.
mazita, yang kebetulan lalu di belakan gerai sempat bertegur sapa dengan aku yang sedang lepak dan termenung di atas batu besar. nak ke port dickson katanya.
hiah...! aku orang kuat. ahmad abdullah azzam dengan aksi seorang jaguh bina badan sambil ahmad bilal berendam dan ahmad kamal pula cuba membina istana pasir.
inilah gelagat anak-anak aku yang menghiburkan, kadang-kadang hilang sekejap masalah bila melihat mereka riang bermain dengan berbagai telatah yang lucu dan menggelikan hati.
ai...! siapa pulak yang berani mengambil gambar secara curi ni. ini lah aku dan siti nur aisyah yang buntak rambutnya sedang asyik melihat abang dan kakaknya bermain air. aku nak mandi jugak mulanya, tapi air tak dalam lagi pun kawasan agak terbuka, seganlah pulak. aku ni kan pemalu orangnya. hahaha...jangan kemuntahan ya...
amboi...amboi... seronoknya main air dan bergurau serta gelak ketawa. kelihatan Ahmad ali mengusik kakak dan abang-abangnya.
lagi satu gambar curi ketika aku sedang leka melihat anak-anak bermain air. dalam hati tu: kalau aku dapat join sekali kan bagus...
ahmad abdullah abbas sedang cuba memanjat batu besar tempat aku duduk-duduk sambil melayan anak-anak dan merakam aksi mereka sebentar tadi.
anak sulong aku, siti nur akmal bersama uminya dan ahmad kamal abdullah yang sempat menyelit untuk bergambar sekali. apa lah yang dimenungkan tu agaknya?
ahmad ali abdullah, budak sihat yang ada saja akalnya nak mengusik abang-abangnya.
ahmad bilal abdullah, meleret saja senyumannya. tapi ada kala perangainya membuat aku dan uminya pening kepala.
senyum seorang isteri dan ibu kepada lapan orang anak. semoga sayang cepat sembuh dan tabah menghadapi hari-hari mendatang serta sabar melayani kerenah anak-anak dan ayah anak-anak.
ahmad kamal abdullah sedang menikmati nasi lemak bungkus sambil melihat aksi ahmad abdullah azzam yang ingin mengusiknya.
tengok tu aksinya yang sedang memberi tabik hormat kepada aku yang sedang merakam aksinya dari jauh.
akhirnya siti nur aisyah berani juga turut sama mandi setelah dipujuk oleh kakngah nya.
demikianlah aksi anak-anak yang sempat aku rakam semasa relak dan santai di hutan lipur ulu bendul. tak tahu bila lagi akan dapat datang ke sini untuk mandi-mandi dan berehat sambil bermain air dengan anak-anak untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. cuti sekolah yang bakal tiba pun belum tentu dapat berjalan ke mana-mana, kerana bermula pada 14 november hingga 14 disember siti nur akmal akan menghadapi peperiksaan spm yang bakal menentukan masa depannya nanti. kalau ada kelapangan atau baget pun mungkin selepas itulah agaknya. destinasinya tak lain tak bukan memang i-city lah, tak tahu berapa kali dah anak-anak aku bertanya bila nak pergi ke sana. kalau ke kelang tu, pasti terlihat papantandanya dan pasti anak-anak aku akan mengajak ke sana. aku pun tak tahu apa yang ada kat sana. nantilah kalau aku jadi pergi, aku akan cerita apa yang menarik sehingga anak aku begitu beria-ia nak pergi sangat.
ok lah...aku fikir cukup dulu setakat ini kerana aku bercadang nak buat catatan tentang perkara lain pulak selepas ini dan tak tahulah pukul berapa nak tidor pada malam raya haji ini. mungkin tak tidor kot sebagai tanda protes aku kerana... ah...malas aku cerita. assalamualaikum...daaa...

Langgan:
Catatan (Atom)