assalamualaikum... wa rohmatullahi wa barokatuh...
hari ini isnin 21 november 2011 aku bangun seawal 4.15 pagi dan merenung dalam diri dah 18 tahun usia pernikahan dan perkahwinan aku dan isteri aku. aku pun tak tau kenapa aku lebih mengingati tarikh 21 dari 20. sedangkan sebenarnya aku diijabkabulkan pada 20 november 1993(malam), 21 november pula adalah hari kendurinya. tapi tak kesahlah kan, berapa tahun pun usianya. apa yang penting ialah kebahagiaan dalam melayari hidup berumahtangga dan berkeluarga besar macam aku ni. juga kesediaan kita untuk meneruskan kehidupan bagi tempoh 18 atau 28 atau pun 88 tahun akan datang. 88 tahun? kalau dicampur dengan umur aku sekarang, mau 132 tahun umur aku masa itu. masih adakah lagi aku atau pun dah lama jadi tanah di tujuh kaki dari paras bumi.
ngeri? apa nak dingerikan, semua orang akan melaluinya nanti. ai...tak kan di hari ulang tahun ni nak cerita pasal mati pulak. bukan nak ceritalah, cuma sekadar mengingati saja yang kita semua akan mati.
sempena ulang tahun ke 18 ini, aku ada cadangkan pada isteri aku nak pergi jalan ke kuantan dan bermalam di gazma beach resort. isteri aku pulak kata ia teringin nak pergi ke cherating, kerana ia belum pernah ke sana. bila aku setuju, ia kata tak payah lah sebab akmal belum habis periksa lagi. tak sedap pulak ia tak pergi. lagi pun dah janji nak pergi i-city. aku diam sajalah, malas nak memaksa walau dalam hati aku masih teringin menikmati udara dan angin dari laut china selatan serta dinginnya malam di kawasan batu hitam, beserah tu. aku sebenarnya pun bukanlah ada baget sangat, tapi kalau setakat semalam dua tu boleh lah lagi. nak jimat duitlah bang, tahun depan abbas masuk tahun satu. banyak nak guna duit. lagi pun akmal tak de, tak larat umi nak handle anak sorang, dengan kain baju yang banyak, kata isteri aku. aku amat memahaminya.
tahun lepas ketika kembara ziarah ke kedah, kemudian singgah pulau pinang dan tidor semalam di sana, balik singgah ipoh dan tidor pulak semalam di ipoh, tiga empat plastik besar jugak kain baju kotor yang dibawak balik.(maaf, berhenti dulu, perut memulas).
malam ini aku nak sambung semula catatan yang terhenti kerana perut aku memulas dan akibatnya ia tertangguh hampir lima hari. mudah-mudahan aku dapat menghabiskannya dan dapat membuat catatan lain pulak. pada malam ijabkabul tu...alhamdulillah segalanya berjalan lancar, cuma ketika akad itu saksi sebelah pengantin lelaki meminta diulang lagi sekali kerana pengantin lelaki lambat menjawab "aku terima nikahnya...". bukan gabra, gementar atau takut serta darah gemuruh, cuma ia lambat kerana tunggu wali habis melafazkan ijab, setelah habis barulah dijawabnya. tetapi saksi tak terima, ia mahu sebelum wali habis menyebut perkataan "tunai" pengantin lelaki mesti terus jawab "aku terima nikahnya...", maknanya tak mahu ada terputus, mesti bersambung antara lafaz ijab dan lafaz qabul. itu saja...perkara enteng... hehehe....dah anak lapan bolehlah cakap enteng.
tapi pada malam itu agak suspen jugaklah, menurut isteri aku tak sangka ramai orang yang datang menyaksikan majlis tersebut. maklumlah pertama kali majlis akad nikah dibuat kat surau tu dan sebenarnya nak tengok pengantin lelaki yang tah macam mana lah rupanya. entah hitam orangnya, kot-kot putih, tak pun macam orang arab. tak pernah tengok dan tak pernah jumpa. mak ayahnya dia orang kenallah. tapi aku rasa biasa saja walau ada juga berdebarnya, biasa kerana ramai yang aku kenal sebab aku pernah duduk kat taman itu beberapa bulan semasa di tingkatan tiga. berdebar kerana... itu pengalaman pertama yang akan membawa aku bergelar suami dan akan mempunyai seorang isteri.
setelah selesai upacara kat surau, beralih pulak ke rumah pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang dan sesi bergambar. mana gambarnya? ada... tapi aku tak bercadang nak tunjuk sebab aku pemalu orangnya. selesai upacara tu tiba masa nak menjamu selera pulak, aku dengan selamba mengambil mangkuk nasi dan mengisi nasi ke dalam pinggan isteri aku dan kemudian ke dalam pinggan aku sendiri. aku masih ingat antara sayur pada malam itu ialah terung. terung?? ya... terung. isteri tok ki samsudin dengan bersahaja bertanya kepada aku: awok makan ye atan terung tu? aku buat tak dengar saja dan terus menyuap nasi, sebenarnya aku faham maksud ia, terung tu kan jenis sejuk sedangkan aku ni kononnya pengantin... mana boleh makan yang sejuk-sejuk. tapi apa aku kesah itu semua, perut lapar... makan sajalah. sejuk ke... panas ke... belakang kira.
siap makan, rombongan pihak lelaki nak balik dulu, alamak... tak kan aku kena ikut sekali kot. nak buat cam mana kan, walau dah jadi suami isteri tapi oleh kerana dah jadi adat kebiasaan, tak boleh tidor bersama selagi belum kendurinya. jadi... pada malam itu baliklah aku dengan rasa sayu... hahaha... sayu konon...
ok lah, cukup dulu cerita aku kali ini, insyaAllah tahun depan aku sambung lagi sempena ulang tahun perkahwinan aku yang ke sembilan belas pulak. kalau aku habiskan nanti, tahun depan dah tak ada apa nak cerita, betul tak? jadi sempena anniversari aku dan isteri aku pada tahun ini, tak pergi mana-mana pun, duduk rumah saja sambil tolong ia memasak dan lipat kain baju. itu pun satu kepuasan jugak walau beberapa hari sebelum ulang tahun anniversari, isteri aku dengan senyum meleret mengibarkan bendera merah. cis... tapi tak pa... lain kali masih ada masa lagi... eh! apa aku cerita ni? hehehe... assalamualaikum... daaa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan