assalamualaikum... jika semalam adalah ulang tahun perkahwinan aku dan isteri aku, pada hari ini 22 november adalah hari lahir anak sulong aku yang ke 17 tahun. semalam tak ke mana-mana. tapi hari ini isteri aku ajak ke temerloh. katanya nak beli 'salimah', sejenis jus produk tok guru. aku pun ok saja. tapi aku nak ke mentakab sekali nak ke kedai telekom, nak buat aduan, akaun stremix aku dah lama aku potong, tapi telekom malaysia masih lagi hantar bil. kalau dibiarkan mahu beratus jadinya. hinggakan dihantar surat berwarna pink yang menuntut aku membayar jika tidak akan diambil tindakan mahkamah. ye tak ye terpaksalah aku ke kedai telekom, ini pun satu masalah, sepatutnya dah lama di bera ni ada kedai telekom, tak lah terpaksa ke mentakab.
dalam perjalanan di pagi selasa itu ketika melepasi simpang ke kampung gantok aku teringat satu peristiwa atau kenangan semasa aku masih lagi belum masuk maktab. entah kenapa tiba-tiba aku tersenyum sendirian dan terasa lucu pulak di hati. cerita ini aku dah cerita pada isteri aku, tak tahulah sama ada ia masih ingat atau tidak. jadi tak perlulah aku nak bimbang ia marah atau merajuk, kerana ia bukan lagi rahsia.
nak tahu tak ceritanya? ok lah... kisah ini semasa aku pergi ke mentakab nak beli kasut, baju dan seluar. pakaian yang aku nak pakai semasa menghadiri temuduga maktab kat maktab perguruan teruntum, kuantan. maktab ni dah lama berkubur, yang tinggal cuma namanya saja. aku pun pergilah ke pahang supermarket sdn. bhd. tapi kini namanya kalau tak silap aku "tf value mart". aku ni manalah biasa beli baju dan seluar yang rasmi cam tu. dalam tertinjau-tinjau, terbelek-belek tu, aku ditegur oleh seorang perempuan pembantu jualan. nak beli baju macam mana? aku pun menerangkanlah baju yang macam mana, seluar dan kasutnya sekali.
nak buat apa baju dengan seluar ni? tanya ia lagi. nak pakailah. hahaha... tak... aku tak cakap pun macam tu. terpaksalah aku bercerita sedikit. nak pergi temuduga kerja, jawab aku. entah kenapa aku segan pulak nak memberitahu perkara yang sebenar. ooo... kalau dapat kerja nanti boleh lah belanja ya, kata awek tu lagi. awek? ye lah. ia muda lagi. tak pun sama baya dengan aku dan orangnya sederhana saja, sesedap mata memandang. boleh... tak jadi masalah, kata aku.
macamlah aku ni banyak sangat duit. aku pun dah tak ingat apa lagi yang aku sembangkan selepas tu. cuma beberapa bulan selepas aku menjadi guru pelatih di maktab perguruan kinta, ipoh baru aku teringatkan kisah itu. bila aku pergi semula ke supermarket tu, perempuan tu dah tak ada. habislah satu bangunan itu aku geledah dan selongkar tapi tak berjumpa dengannya. mungkin ia dah berhenti dan berkerja di tempat lain agaknya. terkilan jugak aku pada masa itu kerana tak dapat nak menunaikan janji aku padanya nak belanja makan.
peristiwa itu macam jugak peritiwa yang lain selalu aku teringat bila aku melalui semula tempat kejadian tersebut. bak kata orang tua-tua, kenangan mengusik jiwa, lebih kurang macam tu lah rupanya. aku pun tak berapa kesah sangat pasal perempuan pada masa tu, sebab baru masuk maktab, lain lah kalau dah jadi cikgu tu, semangatlah sikit nak apa-apa ke.
balik dari mentakab terus ke bank dan ke kedai kek. dua biji kek yang isteri aku beli. satu yang anniversari dan satu lagi untuk hari lahir siti nur akmal. tak cukup dengan tu, diajaknya pulak pergi kfc. bukan makan kat situ tapi beli dan bawak balik. aku pun tak tahu kenapa ia suka sangat dengan kfc tu. hingga aku pun terpaksa makan, ye lah... dah beli makan lah, tak kan nak pandang saja kot. walau hati tak berapa berkenan dengan kfc tu.
hampir pukul sebelas aku memasuki kawasan smk seri bera dan terus ke asrama perempuan dan melapur di pondok pengawal. lebih kurang sepuluh minit anak aku pun datang dengan kawannya. pot pet... pot pet... itu ini... begitu begini... aku dan isteri pun balik ke seri buntar untuk meneruskan agenda pada hari itu.
demikianlah sedikit kenangan dan secebis kisah aku dan isteri aku ke mentakab dan temerloh. lain orang lain pulak kenangan dan caranya. manakan sama walau rambut sama hitam tapi hati dan perasaan tetap berbeza. tak kiralah sama ada kenangan manis mau pun yang pahit, semuanya akan memberi pengajaran kepada kita. menjadikan kita lebih dewasa dan matang dalam menghadapi cabaran hidup serta lebih bersedia mendepani cabaran kehidupan. apa yang penting, kurangkan keresahan dan kesedihan, sebaliknya tingkatkan keceriaan dan kegembiraan tak kira berapa usia kita. asal jangan keterlaluan dan menyimpang dari landasan yang dibenarkan sudahlah. aku pun tak mahu memanjangkan lagi catatan aku ni, cukup dulu buat sementara waktu. izinkan aku undur diri dan jumpa lagi... wassalam... daaa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan