Rabu, 16 November 2011
pungguk rindukan bulan.
pada hari jumaat bersamaan dengan 4 november yang lalu aku tiba di sekolah tepat pada pukul 7.30 pagi. bila aku parking kat bawah garaj yang paling hujung sekali, mata aku terpandang suatu objek yang macam seekor burung atau ayam. bila aku amati betul-betul memang sah ia seekor burung hantu atau mungkin juga dipanggil burung pungguk. aku pun mengambil handset aku dan merakam gambarnya yang tengah kerinduan dalam dakapan dingin pagi di tepi tembok pagar sk kemayan. pada mulanya dari jauh saja, kemudian aku hampiri makin dekat dan makin dekat. langsung ia tak bergerak, cuma sekali sekala kepalanya berpusing tapi matanya masih lagi terpejam mungkin silau dek sinar mentari pagi yang mula memancarkan sinarnya.
aku suspen jugak nak pergi dekat, takut-takut ia mematuk ke atau terbang, melepaslah aku nak mengabdikan wajah machonya tu dalam blog aku ini. bukan selalu dapat peluang melihat spesies ni dari jarak dekat dan ketika ia sedang terpanar tak tahu mana nak pergi. aku rasa ia sesat dan tak sempat dan balik ke sarangnya, tapi kat sekolah tu memang banyak burung hantu ni terutama waktu malam, menurut kata jaga sekolah aku tu lah. selalu buat bising dalam siling dan kadang-kadang bersepah bulunya kerana ia bergaduh sama sendiri mungkin berebut tempat tidur agaknya.
dua keping gambar di atas memaparkan wajah sayunya yang kehilangan arah tujuan, nak terbang silau, tak terbang karang nilah jadinya. monyok dan seperti orang putus cinta saja gayanya. oleh kerana ia tak memberi sebarang respon yang ia ini merbahaya, aku makin dekat lagi. tapi hati berdebar jugaklah masa tu.
cantik jugak bulunya walau berwarna kelabu dan agak pudar, tapi itulah nasib jika asyik merindui bulan. bulan tak peduli pun pada kerinduannya malah tak tahu langsung bahawa ada makhluk yang merinduinya. maka, jadilah seperti pungguk rindukan bulan.
tengok tu, ia macam nak senyum dengan aku, tapi malu dan segan bila aku ambil gambarnya sebab tu ia pejamkan matanya. hahaha... pandailah aku buat cerita. tapi ia langsung tak kesah dengan kehadiran aku kat depannya sambil mengambil gambar drinya tu. tak tahulah pulak aku sama ada ia ni jantan atau betina. tapi kalau aku tahu pun nak buat apa, ye tak. bukan boleh sembelih buat lauk. lainlah kalau ayam atau itik ke, bolehlah sembelih. terlentok je kepalanya, suka sangatlah tu aku masukkan gambarnya dalam blog aku ni. nanti bolehlah aku jadi glamour macam angry bird, katanya pada aku masa aku nak tinggalkannya kat tepi pagar tu. rasa kesihan jugak aku padanya. manalah tahu kalau jumpa dek bebudak nanti, dibaling dengan batu ke, atau ditangkap dan dibuat main, terseksalah pulak hamba Allah tu.
tapi, ketika aku nak balik pada pukul 12 tengahari, aik... ada lagi burung ni. tadi kat hujung sana, ni dah ada kat depan van aku. aku keluar semula dan mula bersembang lagi dengannya. aku ajak ia pergi masjid untuk solat jumaat, tapi katanya ia uzur dan belum mandi junub lagi. ooo...kalau cam tu, kamu ini betinalah, ya. tak, aku jantan, cuma aku dah tua sebab tu aku uzur. tengok kaki aku ni, nak berdiri lurus pun tak larat dah, tambah sipungguk ni lagi. pandailah kamu ni merapu, kata aku padanya.
awak pun apa kurangnya, tak boleh langsung tengok aku senang sikit, ada saja nak mengusik. ok lah pungguk, hari pun dah pukul 12 lebih, aku chow dululah, nak jemput anak aku kat asrama lagi ni, ahad dah nak raya haji, tak tahu lah aku solat jumaat kat mana pulak minggu ni. nak solat di masjid guai macam tak sempat dah, asyik melayan kamu ni berborak. kalaulah burung ni boleh bercakap, tak tahulah aku apa katanya bila aku ambil gambarnya dari jarak paling dekat, lebih kurang sekaki lebih saja. mahu di minta bayaran agaknya, pasal jadi model untuk dimasukkan dalam blog aku ni.
namun itulah ceritanya sang pungguk yang rindukan bulan nun jauh di sebalik awan, akhirnya tersasar mencari mimpi yang tak sudah setelah malam berlalu pergi meninggalkan sebuah pertanyaan bilakan bertemu lagi buat menganyam seribu janji dan mengukir seribu mimpi. wahai bulan di manakah dikau? apakah ia berada di puncak menara atau sekadar di tebing hati yang sepi. apa pulak aku ni nak merapu pagi-pagi pukul dua ni. pi lah tidor sana kat bini tu...hehehe... aku stop dulu kat sini nanti kita cerita lagi ya. assalamualaikum...daaa...(eh! abi fana dah balik ke belum dari mekah?)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan