
dulu memang selalu berbunga, tapi bila isteri aku nak tanam serai dan kunyit, dibuangkannya. nasib baiklah aku sempat selamatkan dan alih ke sebelah pokok pinang kuning. lama jugak nak tunggu hilang ia punya merajuk, barulah kini ia mula nak berbunga semula. asalnya dulu aku dan isteri aku ambil kat pesona lake resort, kat tasik bera enam, tujuh tahun yang lalu. kebetulan jalan-jalan kat situ dengan keluarga aku, terpandanglah pada pokok ini yang ditanam kat jalan nak menuju ke jeti tasik tu. nampak cantik pulak, aku pun gatal tangan lalu mencabut beberapa batang dan membawa pulang, tanam kat luar pagar depan rumah aku. ia jenis orkid hutan tapi hidup atas tanah bukan menumpang atas pokok lain.

oleh kerana warnanya yang biasa-biasa tapi cantik telah menarik minat mak aku lalu ia minta sebatang nak tanam kat rumah di kerayong. malah orkid yang berwarna purple muda dalam pasu bergayut tu pun diambil kat rumah aku ini. tapi orkid dalam pasu kat rumah aku dah tak ada sebab semasa nak pindah ke perantau damai dulu semuanya telah isteri aku beri kepada kawan-kawannya. satu pun tak tinggal. nasib baiklah orkid ini dia orang tak minat. tapi sebenarnya spesies ini lagi senang nak jaga, tak payah nak selalu di belai, asal cukup air insyaAllah berbungalah ia dan hidup subur.

tak percaya aku kata cantik, tengok lah kat atas tu, warna dan rupanya simple tapi menarik dan menawan hati. bagi akulah, mungkin bagi korang lain pulak citarasanya. maklumlah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. tentang bunga rus tu pulak tinggal sebatang saja dah, itu pun pasal ia agak rajin berbunga dan berwarna merah, kalau berwarna pink atau putih mungkin dah lama agaknya kena buang. tapi payah jugak nak tengok ia berbunga sebab kurang baja...hehehe!...
tapi kalau sekali ia berbunga, fuuh...ia punya rupa dan warnanya cukup menggoda. baru-baru ini ia berbunga tiga kuntum, tapi sayang dua kuntum lagi baru nak kembang dah menjadi mangsa tangan anak-anak aku. tinggal lah sekuntum buat menyeri di laman hati. walau sekuntum ia sudah memadai untuk menaikkan seri laman rumah aku yang berserabut tu. nampak tu pokok kelapa pun ada, mana tak berserabut. belum lagi dicampur dengan pokok pisang lanskap yang dah lama tak mengeluarkan jantung tu. merajuk jugak agaknya kerana kawan-kawannya dah dibuang dek isteri aku kerana terlalu banyak.
inilah rupanya sehari selepas ia kembang mekar, kelihatan lebih banyak kelopaknya yang keluar menyerlahkan lagi rupanya yang cantik. rasanya tak mungkin kena buang, kalau tidak nanti hilanglah seri laman depan rumah aku tu. cuma aku bercadang nak buang pokok bunga kertas tu, pasal aku nak tanam pokok lada atau cili api. anaknya aku akan ambil dari tanah sejuring sebab tanah sejuring tu nak disodok semula. kononnya nak bagi adil dengan peserta yang lain, yang dapat tapak tak berapa nak subur. terkilan jugak aku kerana anak nenas aku baru nak naik dan pisang aku yang tak seberapa tu pun dah ada yang mengeluarkan jantung. belum sempat aku merasa hasilnya dah nak disodok pulak. nak saja rasanya aku cakap: kalau nak adil dan sama rata, masuklah pkr - parti keadilan rakyat... tapi aku pendam sajalah malas nak kecoh-kecoh. nampak gayanya anak nenas madu dan nenas sarikei tu terpaksalah aku alih ke tempat lain. kata pegawai pertanian tu, nak buat projek tanam jagung pulak, semua peserta akan tanam benih jagung yang sama, selepas habis jagung barulah boleh tanam tanaman kontan yang lain seperti pisang, keledek, ubi kayu, ubi kayu...? kalau makan ubi kayu rebus masa hujan-hujan ni sedap rasanya...hehehe... tak habis-habis dengan makan. ok lah cukup dulu cerita aku kali ni, akan datang mungkin aku cerita pasal tanah sejuring tu ke atau kenduri kahwin ke... tengoklah mana yang aku berkenan nanti. wassalam...daaa...(eh...abby fana dah mula bertugaslah semalam...hahaha...)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan