eh! dah pukul 8.15 dah zul, kata aku kepada zul yang tengah terbaring atas katil bujang asrama lelaki sm teknik kuantan sambil membaca suratkhabar hari ini. zul pun berpaling ke arah aku dan bertanya: tak balik lagi cikgu tadi? tak, jawab aku ringkas. tak kan lama sangat, tadi talipon kata dah beli nasi, ni tak sampai-sampai lagi. sambung aku lagi: budak-budak dah ada yang tidor haa...jom lah keluar cari makan, zul... tak daya lapar gini... pukul sebelas pagi tadi makan... ni dah pukul lapan lebih tak makan lagi, tak boleh jadi.
itu lah antara perbualan aku dengan zul, driver bas 'manorojah' atau pun lebih dikenali dengan nama muthu. aku mula mengenali zul pada tahun 2006, semasa sk kerayong mengadakan program rehat minda untuk murid-murid tahun enam yang akan menghadapi upsr pada tahun tersebut. program diadakan di kawasan pantai berhampiran dengan de rhu beach resort, beserah. aku salah seorang guru pengiring telah menaiki bas yang dipandu oleh zul. maka berkenalanlah aku dengan zul yang agak peramah jugak walau pun kelihatan macam pendiam orangnya. lebih kurang macam aku lah tu. hahaha...
tahun berikutnya 2007, sk bohor baru telah dipilih untuk menjadi tuan rumah karnival sukan prasekolah bagi zon mengkarak. lagi sekali aku dipilih oleh gb untuk membantu cikgu pra menguruskan budak prasekolah. kebetulan pulak aku mengajar pendidikan islam di kelas pra pada tahun itu. oleh kerana sk kerayong ada dua kelas pra, jadi gb telah menyewa sebuah bas sekolah. bas yang jadi pilihan cikgu rahman tak lain tak bukan ialah bas manorojah lagi. dan secara kebetulan pulak pemandunya ialah masih lagi zul yang tahun lepas tu. jadi senanglah aku berurusan dengannya.
selepas dari tahun itu saja, aku tak jumpa dengan si zul ini, walau pun aku dengan tagteam aku iaitu sabri dengan fadzli mengadakan rombongan ke pulau pinang menggunakan bas manorojah tapi pemandunya bukan zul. sebaliknya muthu sendiri yang jadi drivernya. menurut kata muthu, zul ada trip ke kelantan bawa rombongan pengantin yang nak kahwin. aku dengan geng aku tak kesah sangat pasal tu. janji perjalanan selamat pergi dan balik.
pada tahun 2011, entah macam mana aku telah disenaraikan sebagai guru pengiring pasukan hoki daerah bera walau pun tak ada pemain dari sk kemayan yang turut serta. aku pun tak kesah itu semua. dapat jugak aku berjalan-jalan ke kuantan secara percuma. aku pun dah lama tak merasa naik bas ni. dan lebih senang lagi pemandu basnya ialah zul. member lama rupanya. tak lah boring sangat dalam bas, ada lah jugak kawan nak bersembang. pasal cikgu lelaki lain naik kereta. cuma aku dengan guru pengiring perempuan saja yang naik bas.
nak makan kat mana, cikgu, tanya zul sambil menukar kain pelikatnya dan memakai seluar. entah, kita cari lah mana yang dekat, jawab aku pulak. ada gerai yang dekat, jalan kaki pun boleh, tahun lepas masa bawak budak bola, aku makan kat situlah, kata zul pulak.
maka pada malam tu menapaklah aku dengan zul mencari gerai yang dikatakannya itu. keluar dari pagar sekolah tu, kami membelok ke kiri dan melalui hadapan sekolah menengah alor akar dan terus masuk ke kawasan perumahan. agak gelap kawasan tu. kami terus berjalan melalui kawasan perumahan tersebut, masih belum kelihatan gerai yang dikatakan itu. hampir setengah jam berjalan dalam cahaya yang samar tu, kami tiba di jalan yang menghala ke mrsm kuantan. kalau tak silap kat depan tu lah tempatnya, kata zul. lega sikit hati aku bila mendengarnya. jalan punya jalan tak nampak pun kawasan gerai yang dikatakan tu. jalan lagi sampai ke simpang menuju ke jpn pahang yang lama. masih tak ada. terus berjalan, sampai pulak kat pejabat jpj. eh, bila jpj ni pindah? tanya aku bila terlihat kain rentang pemberitahuan. lama dah, kata zul. kami pun sampai di jalan tengku muhammad(kalau tak silap aku).
tak ada pun zul, kata aku pada zul yang berhenti sambil menghadap arah kanan iaitu arah menghala ke telok cempedak. ke... kita nak ke telok cempedak je, kata aku sambil ketawa kecil. badan dah mula basah dek peluh walau pun berjalan di waktu malam. zul pun turut ketawa kecil. antara memilih sama ada nak ke kanan atau ke kiri, kami memilih untuk ke kiri. kerana setidak-tidaknya kalau tak ada gerai nanti, kami akan terus ke restoran padi(?). ye ke namanya tu. aku pun dah tak ingat dah. kami teruskan perjalanan mencari gerai nak makan sebab dah lapar. rasa-rasa aku ada dekat dua jam berjalan kaki tadi. akhirnya kami sampai semula di smk teknik. nak ambik bas pun alang-alang, kata zul. jalan kaki je lah, tambahnya lagi. bukan jauh sangat pun kata aku. tempat yang kami maksudkan ialan restoran padi. lepas pada simpang kuarters polis tu sampailah, kata aku lagi.
dalam menapak tu sempat jugak aku membaca papan iklan atau lebih tepat lagi papan projek untuk membina pangsapuri atau kawasan kediaman di kaki bukit pelindung. nampak pada gambar yang ada dan ayat yang tertera ia adalah projek mewah dan akan diusahakan oleh tunas manja group. dan nama projek tu pun nama orang putih 'amber hill'. aku pernah sebut dalam entry yang lalu.
kat atas tu adalah gambar buktinya. tapi biasalah kan, gambar yang diambil semasa tengah berjalan macam tu lah jadinya. tak kesahlah kan janji ada gambar. kalau nak yang real, pergilah kat jalan tengku muhammad tu. baca sendiri tulisannya. aku pun tengah letih masa tu, malas nak ambil banyak kali.
bila sampai kat restoran yang santai tu, aku dan zul pun menarik nafas lega. nanti dulu, nak rehat hilangkan letih sekejap, kata zul kepada anak muda yang datang nak ambil order. aku hanya gelak bila zul cakap macam tu. apa tak nya, rasa nak tercabut kepala lutut berjalan kaki. nasib baik hari malam, cuaca sejuk. kalau siang tak tau lah. harus boleh perah baju agaknya dek basah oleh peluh. oleh kerana zul yang nak belanja aku ikut saja menu yang dimintanya. lagi pun aku sebenarnya bukan pandai sangat order yang pelik-pelik kat restoran macam ni. habis kuat pun aku minta nasi paprik atau nasi daging masak merah. lain pada tu yang biasa-biasa je macam nasi goreng ayam. air pulak paling canggih pun kopi radix. kadang-kadang tongkat ali yang cap lain punya. maklumlah aku ni bukan biasa makan tempat-tempat cam tu. orang tak banyak duit katakan. habis licin segala apa yang dihidangkan atas meja pada malam tu. tinggal pinggan mangkuk dan sudu garpu serta gelas air saja yang tak larat kami nak telan.
bila dah kenyang tu mulalah berat nak berjalan. tadi laju je sebab perut lapar dan badan masih ringan lagi. tapi tak kan nak tidor kat restoran tu pulak kan. jadi dengan langkah yang lemah gemalai kami pun berjalan pulang dengan tenang dan selamba sambil bercerita pengalaman berjalan-jalan nak cari makan. bila diingatkan kembali kesah tersebut, macam tak percaya saja. menurut zul hampir lima kilometer kami berjalan pada malam tu yang memakan masa hampir dua jam setengah semata-mata nak cari makan. kalau orang lain mungkin jalan-jalan sambil naik kereta atau berkenderaan, tapi bagi aku dan zul jalan-jalan cari makan dengan berjalan kaki saja. baru lah betul namanya jalan-jalan cari makan. demikianlah sedikit kesah dalam perjalanan hidup aku di tahun 2011.
catatan ni dah lama aku tulis, tapi tak siap pun sebab aku yang lemah. senang cerita itu lah alasannya. dah lama tersimpan sebagai draf. sebenarnya aku nak cerita pasal reunion rodong-rodong semasa sekolah rendah, jadi terpaksalah aku siapkan catatan ini dulu sambil tunggu liverpool lawan manchester city pukul 3.40 pagi nanti. itu pun kalau aku mampu bertahan maklumlah siang tadi aku pergi membersihkan tanah sejuring yang dah kana sodok dek backhoe dan sebelah petang sambung lagi dengan membakar perun yang aku buat. besok cuti lagi, jadi boleh lah tidor lewat sikitkan. ok, lah lepas ni aku nak buat catatan tentang reunion tersebut. bolehlah tengok gambar aku yang terkini, yang kat mukabuku tu gambar yang diambil oleh rodong-rodong aku. tapi kat blog ni nanti gambar yang dirakam menggunakan hanset aku sendiri. assalamualaikum...daaa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan