pada pagi ahad itu, aku sekeluarga telah bercadang nak saja-saja berjalan ke seremban. selama ini hanya lalu saja tak singgah kat mana-mana pun. sedang sibuk bersiap tiba-tiba anak sulung aku berkata: umi, tunas manja terbakar! ye, ke? tanya isteri aku. berita itu agak mengejutkan jugaklah aku sekeluarga. walau aku jarang-jarang pergi membeli-belah di pasaraya tunas manja itu, tapi ia adalah antara pasaraya yang terbesar di kerayong atau pun lebih tepat lagi di bera ini. jadi untuk memuaskan hati sebelum ke seremban aku dan keluarga telah ke kerayong dulu.
dari jauh selepas selekoh bukit menteri kelihatan asap yang dah tak berapa banyak berkepul naik ke awan untuk menambah lagi mendung pada pagi itu. aku pun parking di hadapan kedai buku men men dan turun sambil diikuti oleh isteri dan anak-anak aku. sempatlah aku merakamkan gambar dari jauh sahaja. malas aku nak pergi dekat walau ada seorang dua dengan kamera masing-masing yang pergi lebih rapat untuk mengambil gambar. lebih kurang lima belas minit aku pun meninggalkan kawasan itu dan berpatah balik ke triang dan terus ke kemayan dan masuk ke negeri sembilan.
tunas manja sebenarnya banyak cawangannya. di kuantan sahaja kalau tak silap aku ada empat atau lima cawangan. malah ada kebun atau ladang sayurnya sendiri di gambang. sementara itu di kaki bukit pelindung telah terpampang papan projek untuk membina pangsapuri mewah yang akan dibangunkan oleh tunas manja group. kalau tak silap aku nama untuk projek itu ialah "amber hill". bukan 'amber chia' ya, jangan salah sangka pulak. aku terbaca pada papan projek itu ketika aku berjalan mencari gerai makan pada waktu malam semasa menginap di asrama smt kuantan pada bulan april yang lalu. bermakna pemilik atau taukey pasaraya tunas manja ini dah kaya raya. semalam pun kat pasaraya tunas manja temerloh ada jelajah maharaja lawak mega. anak aku ada jugak yang nak cuba mengajak aku ke sana. ayah jom kita pergi tunas manja temerloh, ayah kan minat kumpulan 'hiro', kata abdullah dengan tersengih. pergilah awok, kata aku pula.



masa balik dari seremban terus aku ke kerayong. nak balik rumah pun letrik belum ada lagi. kalau kat lawas tu dipanggil "nadak berkaran bah". itulah yang dialami oleh penduduk di sekitar daerah bera pada hari ahad yang mendung itu. masa aku lalu tu orang makin ramai. malah ramai yang parking kereta dekat dengan tali keselamatan yang berwarna kuning itu. macam pesta pulak gayanya. aku malas dah nak singgah sebab isteri aku pun dah letih berjalan jauh tadi.



itulah sedikit catatan aku tentang tunas manja bera terbakar dan tiada letrik pada hari ahad. semoga dapat dijadikan iktibar. ketika kecil menjadi kawan setelah besar menjadi lawan. nantilah kalau ada gambar-gambar yang lebih menarik tentang kejadian kebakaran itu, aku akan kongsi dengan korang semua. aku pun dah ngantuk ni, insyaAllah kita jumpa lagi nanti. assalamualaikum...daaa...
Ada yang hilang tempat berbelanja
BalasPadamada yang hilang tempat bekerja
http://lamanpahang.blogspot.com/2011/12/kebakaran-tunas-manja-bera-dan-sakan.html
ya...banyak yang hilang, cuma yang tak hilang ialah sejarah dan cerita yang berbagai versi untuk dikongsi.
BalasPadam