assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
sebenarnya tajuk kat atas tu dah lama tersimpan dalam kepala aku ni. cuma masa yang macam biasa sering menghalang. entah kenapa malam ni aku tergerak hati nak menunaikan janji aku tempohari. kononnya nak cerita pasal aku yang sambung belajar semula.
pada tahun 2005 ketika cikgu-cikgu sibuk belajar kat oum, aku pun tompang menyibuk jugak dengan belajar, kalau dia orang ada yang di bawah bpg tapi aku dalam open market. maknanya bukan dengan bpg. setiap semester kena bayar 700-800 ringgit malaysia. belajar pulak pengurusan sumber manusia. hahahaha..... macam bagus je aku belajar subjek tu.
tapi itu dulu, cerita lama dan aku hanya dapat bertahan selama dua semester saja. alasannya tak ada masa nak study dan komitmen terhadap keluarga serta faktor utama ialah masalah kewangan. itu punca kenapa aku berhenti dulu. kalau aku teruskan dah lama aku graduate tapi keadaan tak seperti yang aku mahukan, lalu aku mengalah di semester tiga dengan surat rasmi kepada oum memaklumkan pemberhentian aku. tewaskah aku... gagalkah aku... atau aku kecundang di tengah jalan. atau suam-suam tahi ayam... terpulanglah... aku dah memcuba tapi itu saja keupayaan aku ketika itu.
kini, entah kenapa pada tahun 2012 ini aku teruja dengan penyata gaji yang di umumkan. bukan aku mata duitan. tapi itu keperluan. ditambah lagi makin ramai cikgu-cikgu di sekolah aku yang belajar di bawah program pensiswazahan guru. kalau aku tak belajar, bermakna tiga orang saja iaitu aku, gpk satu dan shuib yang tak akan jadi siswazah. setelah aku congak dan aku kira, kalau lah aku kekal dengan dg 32 sehingga pencen, gaji mati aku hanya hampir empat ribu saja. tapi kalau aku belajar dan sempat mencapai dg 44... kira sajalah berapa bezanya bila aku pencen nanti. aku terpaksa berfikir begitu kerana aku ramai anak, dan mereka masih lagi bersekolah ketika aku bersara nanti. jadi tepuk dada tanya lah kemampuan. ahhh.... panjang pula aku bermukaddimah.
oleh kerana permohonannya secara online, jadi aku memohon secara main-main tak serius pun. beberapa kali mencuba kerana ke'slow'an internet kat kawasan sekolah aku tu. tau-tau dia orang sibuk bertanya dapat belajar kat mana. aku kata tak tahu. laaa... kenapa tak check? dah ada jawapan ke? tanya aku semula. nampak sangat aku ni sambil lewa saja, tak ada kesungguhan langsung. ye ke macam tu?
jadi aku pun semaklah. haahhhh... tahniah... tapiiiii.... luan jauhnya. unisza, kuala terengganu. kalau memandu mau 6-7 jam baru sampai. setelah beberapa orang dapat dan pergi mendaftar untuk belajar, aku masih lagi belum. tarikh sepatutnya ditunda. seorang staff unisza telah menalipon aku memaklumkan penundaan tersebut. tarikh barunya ialah pada 18 februari, pun aku tak pergi sebab aku ke kuantan menziarahi mak aku yang sakit kat rumah kakak aku.
sebenarnya aku tunggu jawapan kepada rayuan aku untuk bertukar tempat belajar. beberapa kali aku menalipon bpg tapi tak dapat. entah macam mana pada suatu hari ketika aku selesai solat zohor di surau sekolah, sambil duduk bertimpuh di atas sejadah aku mendail lagi sekali nombor bpg yang aku dail pada pagi tadi. aikkk.... ada jawapan! aku pun memaklumkan tujuan aku dan jawapannya: buat surat permohonan rasmi faks kan hari ini juga sebab besok pegawai akan bermesyuarat. aku yang dah nak balik tak jadi balik. terpaksalah aku naik semula ke pejabat dan menaip surat. aku minta tukar sama ada kuantan atau di nilai, pasal ustazah kat sekolah aku tu minta tukar jugak dan dapat ke usim, nilai. tak lah jauh sangat dengan rumah aku. jauh tak jauh pun mau 2, 3 jam memandu. itu pun kalau laju. bila surat dah siap aku minta jasa baik si azlin untuk faks kan. sebab ia lebih cekap dari aku dalam bab-bab main faks ni. kalau aku karang, jawabnya sampai besok pun faks tu tak jalan.
beberapa hari jugak aku tunggu jawapan tapi tak ada pun. suatu petang lebih kurang hampir pukul lima handset aku berbunyi. aku tengok nombor yang aku tak kenali. suara seorang perempuan mengenalkan diri dan memaklumkan aku ditawarkan ke usim, nilai dan diminta mendaftar pada hari jumaat 9 mac. aku pun menyatakan 'ya' saja sambil kepala aku mula ligar berfikir beberapa perkara yang perlu aku selesaikan dan tunaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan