Isnin, 2 April 2012
usim : antara kesinambungan ilmu dan tuntutan RM... 2.
setelah dapat panggilan itu aku pun memaklumkan kepada isteri aku. terdapat riak perubahan di air muka perempuan kesanyangan aku tu. abang dah nekad ke nak belajar semula ni, katanya. terpaksalah aku berterus terang dan menjelaskan apa yang telah aku pikirkan beberapa hari yang lalu. kita mana ada duit nak bayar tu semua, katanya lagi. memang aku pun tahu pasal tu. aku yang sering keputusan wang secara logik tak kan mampu nak tanggung anak isteri aku makan minum. tapi aku selalu berserah pada Allah. terpulang lah pada Allah nak bantu aku ke tidak. sebagai hamba, aku hanya mampu berdoa dan berharap saja.
rentetan dari itu aku pun menalipon dan menyatakan nak pinjam duit untuk bayar pendaftaran belajar kat usim. katanya tunggu dulu, nak bincang sebelum buat keputusan. sambil itu aku masih juga berfikir, kot-kot ada lagi lubang-lubang lain yang aku dapat minta bantuan. akhirnya bank rakyat sajalah tempat mengadu. dengan rasa berat hati aku pun melangkah memanjat anak tangga bank rakyat. pot pet pot pet, boleh lepas tapi cikgu perlu bawak slip gaji yang ada pengesahan majikan.
besok aku datang lagi. kira punya kira, tak cukup beberapa persen saja lagi. pegawai tu pun bertanya kot-kot aku ada side income yang lain. jawapan yang jelas dan pasti ialah tiada. bermakna permohonan aku gagal. isteri aku mula sound kat aku. aku buat selamba dan berfikir, kalau aku nak jugak pergi daftar terpaksa guna duit tabung haji anak-anak aku. tak lah banyak pasal aku pun selalu keluarkan bila aku dalam keadaan terdesak. setelah dicampur-campurkan, masih jugak belum mencukupi. terpaksalah aku slow talk dengan isteri aku. berlinang air matanya sambil menghulurkan kepada aku beberapa keping kertas berwarna merah sambil berkata: ini duit nak belanja anak sekolah, abang mesti ganti. aku tak tau nak kata apa ketika itu. rasa amat terharu dan hiba sekali. bukan aku nak mementingkan diri sendiri. tapi untuk mengubah dan berubah kita perlu sedikit pengorbanan. akhirnya cukuplah baget untuk aku isi minyak pergi dan balik serta pendaftaran sambung belajar kat usim.
pada pagi jumaat 9 mac 2012, aku bangun awal dari biasa. setelah bersiap dan solat subuh aku pun bergerak menuju ke nilai, negeri sembilan. sebelum itu aku sempat ke seven eleven triang untuk membeli roti dan air sebagai sarapan aku dalam perjalanan nanti. ketika di persimpangan lampu isyarat triang jam tepat menunjukkan pukul 6.50 pagi. dan dari corong radio ikim fm yang sentiasa menjadi teman aku di kala waktu pagi kedengaran suara dj nya sufian ambrin menyatakan lagu berikutnya ialah 'izin aku pergi' dendangan mirwana. sesuai sangatlah dengan aku yang nak pergi mendaftar belajar ni.
perjalanan aku pada pagi lancar tiada gangguan dari kenderaan berat. mungkin masih terlalu awal agaknya. cuma aku terasa van aku tak laju macam biasa. lama aku berfikir kenapa pulak jadi macam tu. baru aku teringat mungkin tayar tu kurang angin agaknya. aku pun berhenti di stesen minyak petronas kuala pilah 2. sah lah memang anginnya kurang. setelah siap aku melihat jam, hampir pukul lapan dan siaran ikim fm dah tenggelam timbul tak jelas lagi bunyinya. aku pun menukar kepada stesen nombor satu sinar fm. bila pasang saja sinar, apa lagi lagu retrolah jawabnya. terus saja si krill tu menyebut lagu yang akan diperdengarkan ialah 'rindu mu ku bawa pergi' oleh dahlan zainuddin. aik... macam ada sambungan saja dari lagu ketika aku mula-mula nak pergi tadi, kata aku dalam hati.
perjalanan aku teruskan. aku sebenarnya bukan tau sangat pun jalan ke nilai tu. walau pun aku dah pergi beberapa kali, tapi semuanya aku naik kereta orang atau pun naik bas. tapi tak kesahlah pasal papan tanda ada. bila masuk ke kawasan senawang lagi sekali hati aku terusik dengan lagu 'ranjang mawar' dendangan kumpulan wings. tapi lagu ni tak berapa popular pasal yang menyanyikan bukannya awie tapi mael. tau je aku bab-bab lagu ni ye! bukan tau sangat pun sekadar pengetahuan umum saja.
bila masuk ke lebuh raya utara selatan aku dah rasa lega sebab jarak nak sampai ke nilai lebih kurang 30-40 minit saja lagi. aku pun menekan minyak untuk sesuai dengan kadar kelajuan kereta-kereta lain yang macam di kejar pelesit saja rupanya. walau laju tapi masih lagi di bawah had laju yang ditetapkan. tak lah sampai sontok meter tu. hampir pukul 9.30 aku sampai di bandar nilai dan mata aku meliar mencari papan tanda usim. hah...itu pun dia. jadi senanglah sikit aku nak sampai. bila sampai kat bulatan, aku pun terus saja ikut anak panah kat papantanda dan hampir pukul 10 aku sampai ke kawasan usim tapi aku berhenti dulu kat kedai fotostat pasal surat beranak aku belum lagi ada salinannya.
oleh kerana pertama kali datang aku tersilap pintu pagar. tak apa bukan aku sengaja pun. bila kat pintu pagar utama aku terpaksa isi nama kat buku besar dan tinggalkan lesen memandu. sebagai ganti aku diberi pas pelawat. sempat jugaklah aku bertanya arah tempat yang aku nak tuju nanti. setelah mendapat maklumat aku pun beredar dan mengambil parking di sebelah bangunan canselori yang berkubah megah. aku pun masuk dan menuju ke lobi, ke kaunter pertanyaan. belok kiri belok kanan naik lif belok sana belok sini, aku pun jawab terima kasih dan berjalan mengikut apa yang dinyatakan tadi.
pertama sekali aku ke bahagian pendaftaran, kemudian aku diminta ke jabatan bendahari sebelum datang semula ke bahagian pendaftaran. setelah membuat bayaran kat jabatan pendaftaran dan mengisi borang di bahagian pendaftaran aku diminta ke bahagian hal ehwal pelajar untuk mengambil kit pelajar (sebenarnya sebuah beg yang berisi baju t-shirt usim, pen, dan buku nota, kemudian ke bahagian keselamatan untuk membuat kad pelajar seterusnya ke fakulti pagajian bahasa utama untuk mendaftar kursus aku. kat fakulti tu aku di beri beg lagi yang isi kandungannya sama saja macam beg yang pertama. cuma kat situ aku diberi beberapa buah buku modul dan jadual belajar serta borang perjanjian yang aku perlu pos semula dalam tempoh 2 minggu.
sebelum aku keluar, kerani tu sempat berkata: esok mula kuliah ya. haaa... esok kuliah dah, kata aku pulak. ya..., katanya lagi. aku pun membelek jadual. betullah besok 10 mac kuliah yang kedua. esok ustaz kena datang sebab kuliah pertama dulu ustaz tak hadir!!!
aduuuhhh.... aku pun berkedut kening bila mendengar jawapannya dan aku pun mulalah jugak berfikir tentang hari esok. di manakan ku cari baget untuk ke nilai lagi. sekurang-kurang untuk isi minyak, tol dan makan aku. tak kan belajar tak makan kot. aku bukan robot!!.
*maaf siaran tergendala untuk beberapa hari kerana aku terpaksa ke kem tengku puteri, maran. dah tua-tua nak pergi berkhemah lagi. aku nak mandi dulu dan nak tunggu kat ppd. sambungan, insyaAllah... minggu depan jika ada umur lagi. tapi... 7 april ni ada kuliah lagi... kerja semua belum siap lagi... baget lagi.... ini lah yang dikatakan antara kesinambungan ilmu dan tuntutan RM...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan