Selasa, 24 April 2012
nostalgia beg lama...
assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
hari ini aku nak cerita pasal beg maktab aku yang dah berusia hampir 23 tahun(1989-2012). mungkin lebih tua dari para pembaca yang terbaca catatan ini. beg ini diberi kepada setiap guru pelatih yang mendaftar untuk mengikuti kursus perguruan di maktab perguruan kinta, ipoh, perak pada tahun 1989. mestilah ipoh, perak. tak kan ipoh, hong kong ke.... ipoh, jerman ke. langsung tak logik dan tak dapat diterima oleh akal. mulalah aku ni nak melalut. bukan apa... aku tengah sibuk sikit ni tapi saja nak update blog yang dah asyik cerita pasal sambung belajar. macam lah dia sorang je yang belajar.
sebenarnya beg ini dah lama terbiar. tapi walau pun terbiar aku tetap simpan ia dengan baik. mungkin agak lama dalam simpanan jadinya zipnya telah 'jam'. tak boleh nak ditutup lagi. dengan lain perkataan telah tak berfungsi. tapi aku rasalah, kalau aku bubuh minyak pelincir sikit mungkin boleh guna lagi zip tu. kalau nak ditukar kat kedai jahit, mana ada yang sanggup baiki agaknya. mesti akan dikata tak betul orang ni!!! oleh kerana ia satu saja beg berlogo mpki yang aku miliki, jadi sudah semestinya ia menjadi kesayangan aku. macam aku sayang barang-barang aku yang lain tu lah.
dulu pernah anak aku guna bawak pergi sekolah rendah. ada lah beberapa bulan digunakannya. tapi bila zipnya dah tak berfungsi dibiarkannya saja bersepah. aku ambil dan aku simpan. entah kenapa pada tahun ini aku guna semula beg yang rosak zipnya tu. semuanya berpunca apabila laptop aku rosak dan aku tak mampu lagi nak membaikinya. kalau dulu aku usung beg tu tiap-tiap hari sekolah, tapi kini beg maktab pulak yang berkhidmat untuk aku. maka dengan bangganya aku telah beberapa bulan menggunakannya. banggalah pasal orang lain mana ada beg buruk macam aku punya tu. orang lain mesti beg yang mahal, yang dibuat dari kulit original, yang diimport dari luar negara tapi beg aku beg cabuk saja. tak pe lah kan, asal aku bahagia dengan beg aku tu.
kalau orang bertanya adalah modal nak bersembang dan bercerita. bercerita tentang maktab perguruan yang hanya tinggal nama saja lagi. aku fikir lah, kawan-kawan aku yang sama maktab dulu pun dah tak simpan dah beg ini. bukan sekadar tak simpan, mungkin dah tak ada atau tak wujud dah beg itu. kira aku ni orang yang berhati waja lah pasal sanggup dan berani menggunakan beg yang hanya ada nama saja tapi struktur bangunannya telah lama menjadi milik hak orang lain. ok... aku nak balik dulu, nak galas beg kesayangan aku ni yang tak tahu lah sampai bila akan berkhidmat kepada aku. assalamualaikum....daaa....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan