suatu waktu dahulu aku dan enam orang anak telah meredah pekat malam untuk menjemput isteri dan dua orang lagi anak aku yang berada di kelang, bandar diraja selangor. dalam hujan renyai-renyai dan kadang agak lebat aku memandu dengan hati-hati agar selamat sampai ke tempat yang dituju. tapi naluri aku sering saja mendesak agar aku mengambil atau merakam gambar di satu-satu tempat yang aku lalui. konon sebagai kenangan, setidak-tidaknya untuk aku masukkan dalam blog aku ini. gambar di atas tu aku rakam ketika menghampiri hentian rehat genting sempah sebelum memasuki terowong yang memisahkan pahang dan selangor.
memang bahaya mengambil gambar semasa memandu terutama ketika melalui kawasan atau lalulintas yang sibuk. aku sedari itu tetapi kadang kala saat dan detik yang berharga tidak selalu ada, jadi disebarang kesempatan akan aku rakam apa saja yang aku suka dan rasa menarik. antaranya yang terpapar di atas. suasana yang sibuk dan bercahaya di persimpangan menuju ke kawasan rehat serta stesen minyak petronas dan menuju ke genting highlands telah memaksa aku merakamkannya. tapi hasilnya, lihat lah sendiri. aku pun tak tahu apa yang tertera itu. selain dari garisan cahaya yang berwarna warni.
ini pulak pemandangan atau suasana dalam terowong yang merentasi banjaran titiwangsa yang memisahkan antara pahang dan selangor. kalau dulu semasa aku berulang alik dari temerloh ke ipoh, hanya satu lorong saja untuk satu laluan. tapi kini dah ada dua terowong, bermakna satu laluan mempunyai dua lorong. terowong ini merupakan yang pertama dibina di malaysia dengan menggunakan teknologi dari korea selatan.
sebenarnya, jika gambar jadi macam ini bermakna tangan kita bergegar atau bergerak semasa mengambil gambar. macam mana tak bergegar kalau nak cepat dan mengejar masa. tengok sajalah apa yang ada, nak lebih cantik nanti aku ambil di masa akan datang kalau aku lalu lagi di situ.
ini apa pulak ni? kat bombay ke... atau kat madras? entah... aku pun tak tahu. nampak gaya macam kat sana je. sebenarnya ini adalah sebahagian dari jalan little india kat kelang. pertama kali aku lalu dahulu, terkejut jugak tiba-tiba terdengar bunyi gendang dan lagu india yang kuat sepanjang jalan. tapi, pengetahuan am aku pun agak luas jugak, maka aku terus terpikir inilah dia yang dinamakan india kecil atau dalam bahasa antarabangsa little india. gambar maduri dixit tu kecil saja, tapi ada yang lebih besar lagi digantung kat dinding bangunan cuma aku tak sempat nak 'snap' pasal dah terlangsung. tak kan nak undur pulak kot, nanti apa pulak kata pemandu kat belakang sana tu. eh! ye ke maduri dixit tu... entah...! aku hentam saja. kalau salah pun bukan kena saman kan.
kalau kita lalu kat situ, tak boleh laju-laju pasal ramai orang nak melintas jalan. terpaksa berhenti beri laluan kepada pejalan kaki yang tak ada lesen tu. jadi, masa berhenti tu lah dapat ambil gambar mana yang sempat untuk dikongsi bersama di sini.
yang paling banyak sekali ialah kedai kain. bermacam-macam fesyen dan jenis yang ada. agaknya macam mana lah orang yang nak membeli tu agaknya ya. mesti rambang mata punya sebab tak tau nak pilih yang mana satu. semua cantik-cantik belaka. tapi dia orang mana kesah sebab duit banyak. kalau tidak, tak kan lah kedai kain tu sentiasa ada saja orang yang masuk. tak tau lah masuk sekadar cuci mata saja.
alhamdulillah perjalanan aku pada malam itu selamat sampai ke kelang. hujan yang turun pada malam itu bagaikan mengiringi perjalanan. dan lebih mengembirakan apabila dapat berjumpa semula dengan isteri tercinta yang hampir sebulan lebih tak bertemu muka dan bermain mata. jadi, itu lah sedikit pengkisahan dari aku yang dapat diceritakan tapi jangan kemana-mana akan ada lagi kisah lain pulak selepas ini. cisss...macam siaran radio lah pulak aku ni kan. sekian. wassalam.....daaa....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan