Sabtu, 27 November 2010

kembara ziarah 1.....



perjalanan berjala lancar. suara anak-anak aku berselang seli dengan suara dj radio ikim yang kebiasaannya menemani perjalanan aku ke sekolah pada setiap pagi. sedar tak sedar hampir pukul 10 malam aku pun membelok ke hentian rehat rawang untuk makan malam. aku terpaksa melayan kerenah anak-anak di tempat awam, maklumlah anak aku ramai lelaki dan masing-masing tengah nak membesar. terpaksa banyak bersabar dan bertimbang rasa dengan mereka.


11.30 malam aku memulakan semula perjalanan menuju ke utara. anak-anak aku masih lagi ceria dan masing-masing bercerita tentang kisah lama, kisah pada tahun 2004 ketika kembara ziarah menggunakan kereta nissan sunny. disamping mengunjungi bapa saudara isteri aku, kami juga memenuhi undangan dari ngah melah(kakak isteri aku yang satu ayah). aku tetap lagi boleh bertahan dan belum mengantuk.

tetapi tak lama, kemudian pukul 12 lebih aku mula berasa lenguh dan terpaksa membelok untuk masuk ke kawasan rehat tapah. aku pun merebahkan kusyen dan bercadang untuk lelap seketika. namun, anak-anak aku yang masih cerah mata mereka kerana telah puas tidur pada sebelah siang tadi sering menganggu aku. tak kala aku nak terlelap, ada saja suara yang terjerit atau ketawa memecah sepi. akhirnya aku terpaksa bangun dan memulakan semula perjalanan pada pukul 2 pagi.

setelah mengisi minyak di stesen petronas yang berhampiran, aku pun memecut menuju ke utara. setelah letih bercerita dan bersembang berbagai perkara, anak-anak aku mulai senyap dan akhirnya sepi. tinggallah aku bersendirian meneruskan pemanduan. bila aku jeling kepada isteri aku disebelah, rupanya ia masih belum tidur dan adalah teman aku untuk berjaga.

sedar tak sedar kami telah sampai ke ipoh dan aku dapati ada perubahan laluan dan lorong yang telah berlaku. berbeza sedikit ketika aku melaluinya dahulu. dan bermulalah proses pendakian di kawasan jelapang yang sepi, hanya sekali sekala kereta yang laju memintas van aku. dan bosan pun melanda kerana gelombang sinar fm telah hilang. isteri di sebelah aku lihat mulai terlentok ke kiri. tak boleh jadi, aku pun menekan punat untuk mencari siaran radio sambil menumpukan pemanduan menuruni laluan yang basah selepas hujan. tak tahu siaran apa yang jelas, aku pun menguatkan volume dan kedengaran lagu cina: mungkin sally yeh agaknya, kata aku dalam hati. aku pun membiarkan saja dan tak menukar ke siaran lain. lagu bertukar lagu aku masih juga terus memandu melintasi sungai perak memasuki kawasan kuala kangsar hingga ke taiping.

ok jugak, malam-malam dini hari dengar lagu cinta cina walau tak faham sepatah pun. sedang aku asyik melayan lagu cina, tiba-tiba isteri aku berkata: lagu apa tu bang? lagu sally yeh, kata aku penuh konfiden sambil ketawa kecil. ye lah tu, katanya lagi. iya, kata aku menyakinkannya. rupanya lagu cina yang mendayu-dayu itu telah mengejutkan isteri aku. tukarlah, katanya lagi. buat apa pulak, biar sajalah, siaran lain bukannya dapat, kata aku pula. ia terdiam. sebenarnya aku malas nak cari siaran lain kerana ia akan menganggu penumpuan aku semasa memandu.

walau badan masih terasa ok dan mata pun belum letih, cuma dua tiga kali jugak aku menguap. lalu aku mengambil keputusan untuk berehat di hentian sebelah alor pongsu yang sunyi sepi dan agak gelap. ada beberapa buah kereta dan lori yang turut sama berehat. di atas bangku di bawah pondok beberapa meter dari van aku terdapat seorang lelaki sedang lena diulit mimpi berselimutkan jaketnya. berhampirannya ada sebuah motor, mungkin milik pemuda itu agaknya. sedang aku terkelip-kelip, isteri aku bersuara memecah sunyi. di mana ni, bang, tanyanya. alor pongsu, jawab aku ringkas. abang ngantuk ke?, tanyanya lagi. tak, cuma nak rehat sekejap, dah tiga jam lebih derebor(memandu), jawab aku memberi sebab kenapa aku berhenti. jalan sajalah, sunyi jek ni, nyamuk pun banyak, katanya lagi. sekejap jek, kata aku. jalanlah, bimbang ada apa-apa karang, katanya mendesak aku supaya meneruskan perjalanan. ye lah, ye lah, kata aku pula agak kuat kerana terpaksa menghidupkan kembali enjin van dan meneruskan perjalanan dengan hati yang berat.

untuk menghilangkan bosan, aku pun mencari siaran lain kerana siaran lagu cina tadi telah tak sesuai, jam telah menunjukkan pukul lima lebih. aku tak tahu siaran apa dan membiarkan saja ia berbunyi. tahu-tahu aku dah pun hampir ke persimpangan jambatan pulau pinang. suasana jalanraya lengang. tapi destinasi aku masih jauh iaitu sungai petani. cuma aku mulai cemas dan ragu, sama ada sungai petani selatan atau utara yang aku harus ambil untuk keluar dari lebuhraya ini. tanya kepada isteri pun ia tak ingat. fikir punya fikir aku ambil keputusan untuk keluar di persimpangan sungai petani selatan. sebab kalau silap pun, aku masih boleh terus ke utara. jika keluar di utara pulak, bermakna aku terpaksa berpatah balik ke belakang. untuk mendapat kepastian aku bertanya kepada jurutol yang bertugas. menurutnya jalan ini boleh terus ke merbok dan tanjung dawai.

aku berasa lega dan lapang kerana tak lama lagi akan sampai ke tempat yang di tuju. jalan punya jalan masih belun sampai. subuh pun telah lama masuk waktunya. aku pun mulai suspen kembali. pada tahun 2004 dahulu, abang ipar aku ombong kasim yang tunggu di persimpangan. tapi tahun ini ia ke mekah menunaikan haji. jadi aku tawakkal sajalah. sambil memandu sambil mata aku liar mencari masjid atau surau tapi langsung tak kelihatan bayangnya apatah lagi papan tanda yang menunjukkan terdapat masjid atau surau. kena bagi tahu ustaz azizan ni, kata aku. sape ustaz azizan?, tanya isteri aku. menteri besorlah, kata aku sambil tersengih.

dalam rasa cemas tapi yakin akan tetap sampai akhirnya terlihatlah papantanda menunjukkan ke arah muzium arkeologi lembah bujang. hah, jumpa pun, kata aku gembira dan isteri aku pun mulalah berkata dulu tak macam ni, tapi sekarang dah banyak berubah. tak sampai setengah jam kami pun melintas di hadapan sebuah kilang papan yang jelas mengingatkan kembali ingatan aku tentang jalan tersebut dan menunjukkan kami telah pun berada hampir dengan simpang ke rumah pakcik shap(shafei). tapi aku bercadang nak ke rumah pakteh mod(mahmod) dulu. namun aku mesti cari masjid dulu kerana jam dah pun menunjukkan hampir pukul enam setengah pagi dan aku sekeluarga belum bersembahyang subuh lagi.

beberapa meter di hadapan terdapat sebuah masjid, tetapi aku terlangsung dan terpaksa membuat pusingan u serta membelok masuk ke kawasan masjid al-u'ula atau al-aula, kalau tak silap aku. kedengaran beberapa suara sedang membaca al-quran. aku pun masuk dan bertanya setelah bersalaman dengan seorang lelaki yang hampir sebaya dengan pakteh mod. alhamdulillah, lelaki tersebut memang mengenali pakteh mod dan menyatakan rumahnya tak jauh, tak sampai setengah kilometer dari masjid.

setelah mengucapkan terimakasih dan membetulkan parking van, aku mengarahka anak-anak aku mandi dan sembahyang subuh. aku pun turut sama mandi dan menunaikan fardu subuh walau terlewat dah habis waktu subuh. selesai semua urusan membersihkan diri dan solat subuh, kami sekali lagi meneruskan perjalanan menuju ke rumaj pakteh mod yang terletak di singkiak darat(sebenarnya singkir darat) dan berhampiran dengan kaki banjaran gunung jerai. sebelum masuk simpang rumahnya, isteri aku mencadangkan kami membeli makanan untuk sarapan di rumah pakteh mod nanti.

aku bersetuju saja dan terus ke kawasan gerai yang terdapat di persimpangan menuju ke pendang. dahulu kawasan gerai itu belum ada lagi. aku membeli enam belas bungkus nasi lemak yang berharga sebungkus cuma enam puluh sen sahaja. kami tiba di rumah pak teh mod dalam gerimis yang nyaman dan disambut oleh pemandangan sawah padi yang sedang menghijau tapi mendamaikan. terasa segar badan disapa bayu lembut yang membelai wajah-wajah ceria. isteri dan anak-anak aku bersahut-sahutan memberi salam kepada tuan rumah. dan aku memgambil peluang untuk merakam beberapa gambar sebagai kenangan kembara ziarah pada kali ini.
*eh,eh, bersambung lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan