aku bangun awal pasal aku belum solat isyak lagi. lepas solat maghrib semalam, aku rasa terlalu mengantuk. mulanya aku bercadang nak baring je atas sejadah, sementara tunggu waktu isyak. tapi isteri aku mula berkata-kata: kalau nak tidor, tidor betul-betul, jangan baring atas sejadah. oleh kerana aku ni jenis yang prihatin dengan isteri, apa lagi... dan tak sampai sepuluh minit aku dah lelap.
memang aku nak tidor awal, sebab besok aku nak ke nilai lagi, ada kelas kat usim. la ni aku tengah menulis kat usim lah. pensyarah tu tak dapat datang, jadi sekarang ni masa free. aku pulak tersilap tengok jadual, lupa yang kelas hari ini mula lewat. punyalah 'rush hour' tadi bimbang lambat lagi.
lepas solat subuh kat masjid kemayan, aku pun tak membuang masa terus memecut menuju ke negeri sembilan. target aku, pukul tujuh mesti sampai kuala pilah. setelah berhempas pulas, berjaya jugak aku mencapai sasaran aku sampai pada waktu yang telah aku tetapkan. cuma nak menyampaikan ke ulu bendul saja kereta dah berderet. ketika melaui jalan kampung yang banyak selekoh, terkadang aku potong jugak di kawasan yang merbahaya, kalau tak buat cam tu maknanya lambatlah lagi aku sampai.
sekarang masa dah hampir 9.30, pukul 10 nanti baru kelas kedua. masa ini masa rehat. aku bangun keluar sebentar tadi, tak tahan sejuk. kuat betul aircond dalam bilik ini. tercegat aku kat luar tadi memerhati sebahagian peserta seminar halal antarabangsa menjamu selera.
aku berhenti dulu sebab pensyarah sudah ada kat depan kelas. 9.50 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan