assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh....
hari ini aku nak paparkan catatan aku semasa bermusafir atau berkelana di nilai selama tiga hari dua malam semata-mata nak menduduki peperiksaan semester dua di usim. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. keputusannya pun aku dah ketahui. korang bacalah sendiri ya.... aku tak sempat nak taip semula. kalau aku taip semula pun, entah bila boleh siapnya. kalau macam ni kan senang. korang pun boleh berkenalan dengan tulisan cakar gajah aku yang penuh nilai estetika bertaraf internasional ini. untuk makluman korang semua, istilah cakar gajah itu diperkenalkan oleh cikgu jemi [azmi] pada tahun 1986 yang mengajar bahasa melayu semasa aku di tingkatan enam sekolah tinggi ugama sultan abu bakar, pekan atau lebih dikenali dengan nama glamournya 'kuliah pekan'.
panjanglah pulak mukaddimah aku ni.... ok... korang bacalah sendiri ya... kalau tak faham nanti, padah arah aku, aku akan translate kan ke bahasa kedayan pulak. tak pun bahasa sanskrit yang telah di maklumi oleh khalayak umum sebagai bahasa yang paling senang difahami. heheheeh.... apa ni merapu pagi-pagi ni.... saja nak ambil feel, sat lagi nak jadi hakim deklamasi sajak sempena minggu anti dadah peringkat sekolah. tapi dalam kepala risau peta minda untuk topik 5,6, dan 7 subjek ekspresi kreativiti kanak-kanak belum siap lagi. besok ada kelas kat usim. eh....! korang bacalah ya.....
haah..... kan dah habis. sekejap saja. lagi pun ia menggunakan laras bahasa yang telah diiktiraf oleh sirim sebagai bahasa ibunda orang melayu yang menetap di alam buana melayu. apa yang nak di hairankan.
maaf lah kerana terdapat beberapa istilah atau perkataan yang tak berapa sedap didengar seperti 'korang'. mungkin ia tak cukup rencahnya, agaknya.
sekian, salam rindu di angin lalu....hehehe... wassalam....daaaaaaaaaaa.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan