Jumaat, 16 Mei 2014

pada tanggal ini, 16 mei...


pada tanggal ini 
16 mei bukanlah 13 mei
semua warga menyambutnya
tanpa mengira bangsa 
mau pun warna,
hati...merelakan segala diajarnya
di bawah lembayung makna
kita bersedia menerima.

pada tanggal ini
ada derita yang ketawa
ada luka yang gembira
ada gelita yang berpelita
ada mana yang bertanya.

pada tanggal ini jua
mentari ceria menawar bahagia
dalam aspirasi dan agenda bersama
selangkah sederap satu citra.

pada tanggal ini
relalah kita menabur jasa
pada bangsa negara merdeka
usah goyah menatang resah
kita warga pendidik gagah.

b.tan.
8.52am.
kemayan.
16.05.2013.



* puisi atau sajak di atas aku tulis semasa sambutan hari guru pada tahun 2013 yang lalu dan tak sempat nak dikongsikan di danau kalbu ku ini. Jadi pada tahun ini aku telah pun bersiap awal-awal agar aku tak terlupa lagi. ilham untuk menulis puisi ini datang ketika guru besar sedang berucap merasmikan program hari guru. sambil duduk aku telah berfikir dan terbitlah apa yang telah korang baca sebentar tadi. simple dan menggunakan laras bahasa yang mudah-mudah saja. tak perlu pening kepala untuk memahaminya.

* untuk tahun ini belum ada idea lagi. tak tahulah besok tetiba ada ilham datang menjelma dan menghadirkan sebuah puisi...mana tahukan. orait jugak...! pamplet untuk besok telah diedarkan sebentar tadi dalam tiga warna: merah, kuning dan pink. aku dapat yang kuning...kira ok lah tu.. 

* sebenarnya aku nak tulis panjang lagi... tapi mood tak berapa mengizinkan. banyak yang menganggu fikiran aku karang ni. tak pelah... anggap itu sebagai cabaran dalam hidup ini. hidup mana yang sentiasa indah dan muluk-muluk belaka kan. mesti ada pahit dan maungnya, barulah dinamakan kehidupan. aku tahu itu semua. in sya Allah aku akan lebih tabah hadapi dugaan dan ujian ini. kerana orang beriman sentiasa diuji oleh Tuhannya.

Wassalam.... jumpa lagi next year....hahahah... lawak yang disengajakan supaya tidak berapa lawak....

* walau pun terbit pada 16 mei...tapi nota tu aku tulis pada 15 mei...(semalam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan