Sabtu, 21 Jun 2014

catatan persis Buat Seorang Kekasih...Allah Cinta Agung Ku...



sebenarnya aku tak tahu apa sebenarnya tujuan aku memasukkan video ini ke dalam danau kalbu ku. sebentar tadi ketika aku cuba mendengar lagu dari cd lama iaitu koleksi lagu rock dulu-dulu, terdengarlah lagu ini dan agak tersentuh juga emosi aku dan teringat kisah lama. kisah lama yang sangat lama pun. dah mencecah puluhan tahun. tapi itu lah antara kelemahan aku yang pernah aku nyatakan pada isteri aku yaitu sukar untuk melupakan kisah dan kenangan lama. tapi demi Allah bukan tujuan aku untuk mengingat atau mengenang semula cerita lama itu, hanya sekadar berkongsi lagu sahaja. tidak lebih dan tidak kurang. kalau ada kekurangan, memang itu kelemahan aku sendiri.

ok... habis pasal lagu kumpulan slam tu. lagu-lagu yang lain, terpulanglah pada korang nak dengar ke tak. aku tak reti nak masukkan satu lagu saja. kemahiran aku dalam bab-bab itu memang kurang. sebenarnya aku cuba mengisi ruang dan waktu aku ini. setelah lama tak mengadap pc dalam bilik aku yang berhabuk dan berdebu kerana hampir seminggu aku ke nilai untuk exam bagi semester lima. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. cuma pada hari terakhir saja aku diuji oleh Allah. syukur alhamdulillah kerana aku dapat menghadapinya. nak tahu ceritanya... nantilah dulu.... ikut turn lah bak kata orang puteh. sebab aku nak papar kan dulu catatan aku semasa kat sana tempohari. alaa...catatan biasa je macam yang dulu-dulu tu. nak taip semula aku tak rajin. jadi yang senangnya 'scan ' kemudian upload, habis cerita, boleh semua baca. cerita yang entah apa-apa tu. hahah...

hari ini sekolah ganti bagi cuti hari raya puasa nanti. bermakna dah tak lama nak puasa. tinggal lebih kurang seminggu lagi ramadan kareem akan tiba. bagaimana agak nya amalan aku pada tahun ini di bulan puasa? apakah masih seperti tahun-tahun yang lepas? makin kurang amalan dan bertambah pula perkara lalai. atau aku berjaya meningkatkan kualiti serta kuantitinya. semoga Allah terus-terusan memberikan aku hidayah dan petunjuk-Nya buat aku meneruskan kehidupan bersama keluarga aku yang tercinta. dan semoga keluarga aku juga akan mendapat rahmat, maghfirah dan kebebasan dari azab neraka sempena menjalani ibadah puasa nanti. bukan sekadar keluarga aku sajalah, tetapi keluarga dia dan dia juga aku harap dan mohon kepada Ilahi akan diberi kerahmatan yang meluas, keampunan yang berkekalan serta dibebaskan dari azab neraka buat selamanya semoga kehidupan di dunia dan akhirat cemerlang sebagai keluarga muslim mukmin yang sejati hendak-Nya. Amiiin...

begitulah sedikit curahan rasa dari aku pada hari sabtu ini. semoga kita semua terus tabah dan cekal hadapi hari-hari yang mendatang dalam menyusuri sungai kehidupan yang sementara sifatnya. namun seperti yang pernah aku kata dulu, dalam kesementaraan itu usahlah kita berleka dengan perkara yang sia-sia langsung melakukan kesilapan demi kesilapan dan terlupa untuk bekalan di hari kemudian. aku ni macam bagus je nak nasihatkan orang lain, sedangkan aku juga banyak buat silap dan salah. pada orang lain juga pada diri sendiri pada Allah lebih-lebih lah lagi. banyak larangan Nya yang aku langgar dan engkar. tak terkira rasanya. Semoga Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang akan mengampunkan dosa aku yang bagai butiran pasir di tepian pantai. astaghfirullahal'azim allazi lailahaillahuwal haiyulqoiyum wa atubu ilaih.... wassalam.....
jumpa lagi nanti di lain siaran....daaaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan