Rabu, 25 Jun 2025

Hadiah Hari Guru 2025...

Assalamualaikum... salam penghujung zulhijjah... sehari dua lagi berakhirlah tahun 1446 hijrah dan akan bermulalah tahun baru 1447 pula. Pejam celik pejam celik makin bertambah usia kita. dan semakin hampir kita dengan kematian...

ok lah, kali ini aku nak kongsi sedikit sebanyak gambar hadiah yang aku dapat sempena hari guru pada tahun ini. terkadang aku serba salah dan terharu dengan susah payah ibubapa atau penjaga yang membeli dan menyediakan hadiah untuk anak-anak mereka beri kepada guru-guru sempena hari guru setiap tahun.

bukan aku tak sudi menerimanya... tapi aku selalu terfikir apakah aku betul-betul telah mengajar anak murid aku sehingga mereka pandai dan berjaya. memanglah ia sesuatu yang subjektif untuk dipastikan kejayaan seseorang murid hasil dari pengajaran seseorang guru. apa tah lagi di era tiada upsr sekarang ini.

ehhh... panjang pulak mukaddimah aku pada kali ini... heheheh... kata nak tayangkan gambar hadiah tapi ia banyak pulak  punya songehnya...

maaf ya... sengaja aku melalut tu... nak hilangkan boring... kerja belum siap... tapi sebelum tidur ni aku cadang nak buat posting kat danau ini...


 






















hadiah atau anugerah dari Kelab Guru... kerana aku dah lebih 10 tahun mengajar di SK Mengkuang ini... dah sebelas tahun... sekolah kedua lama aku mengajar... sekolah yang paling lama di SK Kerayong... selama 13 tahun... sekolah aku sendiri... 

antara deretan hadiah yang akan bertukar tangan...

 

banner yang recycle... guna yang tahun lepas... jangan nak membazir... kita bukan orang senang...
 

ucapan dari wakil murid... Nur Safiya binti Suzaimi... thebudakbola...

 

tuan guru besar... En. Syed Ahmad Tajudin sedang membaca perutusan hari guru... 
 

gambar banner dari jarak dekat... 


kad ucapan selamat hari guru gergasi... 
pemenang tempat pertama dalam pertandingan merekacipta kad ucapan hari guru...
 
  

demikianlah tadi pameran atau pertunjukan hadiah hari guru tahun 2025 yang aku dapat pada tahun ini. agak banyak sebab murid yang aku ajar pada tahun paling ramai dalam sekolah aku... nak tahu berapa orang... ramai... ada enam... bukan enam puluh lah... enam belas sahaja...

namun aku sangat berterima kasih kepada semua anak murid SK Mengkuang yang telah bersusah payah dan menyusah payahkan emak ayah dia orang untuk membeli dan membungkus hadiah-hadiah tersebut.

ok, lah... jam pun dah menunjukkan ke angka 2.03 pagi... aku berhenti di sini dahulu... jumpa lagi di lain siaran...  

Rabu, 14 Mei 2025

catatan tanpa tajuk - 2

assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh... posting kedua untuk tahun ini... 
bacalah ya... kalau tak boleh nak baca sebab tulisan tu... itu normal... sebab mana ada orang yang boleh baca tulisan doktor... kalau ada pun mungkin satu dalam sejuta agaknya...
 

apa...? ooo... minta di terjemahkan... ok, boleh je... aku kan baik hati orangnya... berikut inilah terjemahannya...

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh... seperti biasa... apa khabar... kaifa haluka...? tentulah sehatkan... kalau tidak manalah dapat baca catatan kali ini... Aku nak cerita apa ya...?

Oh, ya!... minggu ini (21hb-25hb 4) adalah minggu yang sebok dan sibuk. Sibuk dengan gotong royong, trip ke Pulau Perhentian, mesyuarat olahraga zon, dan  perkhemahan Pandu Puteri peringkat Negeri di Pusat Kokurikulum Daerah Bera, dan jangan lupa....sibuk dengan jemputan kenduri kawin....hahaha.

Ok lah, kita mulakan dengan 21hb April, aku dan cikgu Amni telah mewakili sekolah aku untuk mengikuti program gotong royong di Pusat Kokurikulum Daerah Bera bersebelahan dengan SK Triang 2. Ia sebagai persediaan Perkhemahan Pandu Puteri Remaja dan Ranjer peringkat Negeri. Tugasan untuk SK Mengkuang dan SK Iskandar senang sahaja, iaitu membersihkan kawasan pintu pagar utama dan sepanjang pagar dari pokok-pokok kecil, rumput serta pokok-pokok yang menjalar pada pagar.

Aku sampai agak awal, sebab pada perkiraan aku, cepat mula cepatlah siap dan boleh balik awal. Sebab petang itu aku akan ke Terengganu bersama GPK Ko yang lain.  

 
Ketika sampai aku dapati sudah ada 6-7 buah kereta cikgu-cikgu yang lebih awal dari aku. Aku tak kesah pun sebab masing-masing dah diberi tugas, pandai-pandailah dan settlekan tugas masing-masing. Aku pun mengeluarkan cangkul dan parang lalu menuju ke pintu pagar utama sambil memerhati team yang sedang membersihkan kawasan tempat memasak dan sekitarnya.
 
Dengan bismillah aku pun memulakan kerja aku berseorangan. Pun aku tak kesah, bukan semak sangat pun kawasannya. Tak lah mencabar tenaga aku yang memang tak kuat disebabkan faktor usia. Maklumlah dah nak mengjangkau 59 tahun.
 
 Hampir 15 minit aku memotong dahan pokok dan pokok ulam yang menjalar dan merimbuni pagar kawasan Pusat Ko barulah team dari SK Iskandar sampai yang diketuai oleh cikgu Faisal GPK Ko bersama 2 orang lagi guru elaki. Aik... kata nak datang berdua je, ini 3 orang pulak. Tak kesahlah... 2 ke, 3 ke janji tugas mesti dibereskan.
 
Alhamdulillah.... akhirnya cikgu Amni pun dah sampai dan membantu agar ia cepat
 
 

siap dan boleh rehat.... hehehe... itu je yang dia tahu, rehat... rehat.... rehat... Ye lah dah kerja penat-penat... mestilah kena rehat. Bukan dibayar upah pun. Cuma dapatlah sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap yang sedap. Yang sedap? Ya, sebab jarang aku rasa air sirap yang sedap macam kat Pusat Ko tempohari. Siapa yang terror membancuh air tu agaknya. Mesti dia pernah mengikuti kursus membancuh air peringkat Kebangsaan agaknya.
 
Dan kerja aku berlima makin mudah apabila hampir jam 10 pagi ada backhoe yang masuk untuk kerja di kawasan tapak perkhemahan. Aku apa lagi terus menahan dan meminta ia menolak semak-semak yang ada disebelah kiri pintu pagar Pusat Ko. Tak sampai 10 minit clear kawasan itu. Maka kami pun menyambung di sebelah dalam bersebelahan dengan kawasan memasak. Dan sempatlah bergambar berhampiran dengan sebatang pokok sawit sambil menarik nafas panjang.
 
  aku and the gang memberikan pose yang istimewa sambil menarik nafas panjang....
 
 
Maka tepat jam 10.30 pagi kami pun berehat setelah aku menerima panggilan dari Pembantu Tadbir sekolah aku yang meminta aku ke sekolah untuk menandatangani beberapa dokumen berkaitan akaun sekolah. Begitulah sedikit catatan pada 21hb 4 nak aku kongsikan. Daaaaa... sehingga ketemu lagi.
 
 
* catatan ini aku tulis pada malam pertama aku di pulau Perhentian. Ketika rakan sebilik aku sedang nyenyak melayan tidurnya... aku ambil kesempatan di dalam keriuhan dengkurannya membuat catatan, kononnya nanti bolehlah dishare dalam status wasap.. tapi... entahlah tengoklah nanti kalau aku rajin... hahaha... ok, jom solat zohor dulu... karang nak bermeeting agung PIBG pulak...
 
wassalam.. moga berjumpa lagi dilain siaran... daaaa....
                                                                       

Jumaat, 9 Mei 2025

catatan tanpa tajuk 1...

 
 
 Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh... Apa khabar semua? Diucapkan semoga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dan terus tabah jalani kehidupan ini dengan tenang sehingga ke penghujungnya.
 
Memang telah terlalu lama aku tak membuat catatan atau posting di danau ini. Kali terakhir pada tahun 2020 yang lalu. Setelah itu ia bersawang dan berhabuk selama hampir 5 tahun. Entah kenapa aku pun tak tahu, dan aku pun tak bercadang untuk menyiasat mencari puncanya.. Lebih baik aku cari idea untuk memeriahkan dan memakmurkannya semula seperti dulu-dulunya.
 
Kalau tak silap aku ada 2 atau 3 catatan aku tersimpan sebagai draf sahaja kerana terhenti disebabkan gangguan dari beberapa aspek, langsung terhenti dan tidak disambung lagi.
 
Tapi kali ini aku dah bertekad untuk menyambung semula aktiviti menulis aku seperti dulu-dulu. Biarlah tak panjang posting itu asalkan ia tak sunyi dan bisu sahaja. Bolehkan...? Tentulah boleh sebab aku yang tanya dan aku juga yang jawab.
 
ok, cukup dahulu..... daaaa.....