Isnin, 25 Ogos 2025

Ingin terbang bersama mu buat menggapai bintang di langit...

 assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh... apa khabar semua... tentu sehatkan... semoga dikurniakan kesihatan oleh Allah dalam meneruskan kehidupan ini. seperti biasa aku nak update posting aku di danau ini... dulu janjinya nak selalu buat posting tapi lain pulak jadinya. macam cakap tak serupa bikin pulak kan...

lupakan bulan Julai yang berlalu tanpa apa-apa update dari aku kecuali di https://mohdborhanbinjamaluddin.blogspot.com/kaki langit yang agak meriah dari dulu lagi. untuk kali ini aku nak kongsi satu catatan yang aku buat untuk aku baca semasa satu majlis berbuka puasa bagi meraikan pertukaran setiausaha kokurikulum di sekolah yang aku mengajar sekarang. catatannya simple je... tak ada apa yang sukar untuk difahami dan menggunakan laras bahasa yang mudah-mudah je. sila lah baca ya...  

 









itulah catatan yang aku buat sebagai penghargaan kepada seorang guru yang banyak membantu aku dalam pengurusan kokurikulum bermula tahun 2022 selepas pkp selama setahun lebih. mungkin aku agak keterlaluan tapi aku tak kesah pun aku hanya meluahkan apa yang ada dalam minda dan hati aku sahaja. aku tak kacau orang lain pun.

catatan tu  aku tulis beberapa hari sebelum majlis berbuka puasa tersebut yang diadakan di restoren kambing legacy. sudah tentulah terdapat beberapa penambahan terutama nak sesuaikan dengan suasana ketika itu dah masuk mood hari raya idil fitri. sempatlah jugak aku sampaikan hadiah atau cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan semoaga dapat dimanfaatkan oleh sipenerima.

andai ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, andai ada umur yang panjang, boleh lah kita berjumpa lagi. sambungan kepada pantun yang tak lengkap dalam catatan di atas.... hehehe... akhirnya siap jugak posting yang aku mulakan pada 20hb 8 yang lalu... makan masa jugak ya nak menyiapkannya... 

ok, lah... jumpa lagi dilain masa dan ketika sambutlah salam mesra di angin lalu dari aku... daaaaaa...

*posting akan datang... kenangan di Pulau Perhentian... (gambornya dah berbulan aku upload dalam draft... tapi nak menceritakannya tu yang makan masa....hahahah...) 

 

    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan