assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
apa khabar? harap-harap sehat lah ya...pasal hari/kali ini aku nak bawak korang semua jalan-jalan. tapi bukan jalan-jalan cari makan ya. harap maklum pasal itu. walau makan itu satu keperluan dalam diari hidup kita seharian. sebenarnya aku nak ajak korang ikut aku pergi kampung guai. kampung tok ki aku sebelah ayah aku. aku ada cerita sikit dulu dalam entry aku yang bertajuk 'surau tua'. surau tu kini makin diseliputi oleh pokok ulam yang menjalar dan dikelilingi oleh semak. aku tak nak cerita pasal surau, aku nak cerita pasal jalan. ya... pasal jalan yang menuju ke kampung guai. sebuah kampung tradisional yang terletak di tepi sungai pahang.
jalan ini sebenarnya bermula dari seberang temerloh dan melalui kampung tanjung batu, seterusnya menempuhi kampung lebak seberang(bahagian luar), dan kawasan kebun serta semak yang terbiar walau ada tuannya. sebelum memasuki simpang kat bawah tu, terdapat beberapa buah rumah orang asli yang menurut kata tok batinnya itu ialah kampung paya berangan. alaaa...kalau korang perasan aku selalu jugak labelkan gambar kat 'kaki langit" dengan nama jalan paya berangan. mungkin aku kuat berangan kot!!!
hampir dua ratus meter dari penempatan itu terdapat simpang sebagai sambungan kepada hujung jalan mati yang akan menghala pula ke kampung seberang jelam dan seberang durian tawar. cuma nama khususnya aku tak tahu pasal aku tak pernah bertanya. jadi gambar kat atas ialah permulaan 'jalan danzi' yang aku maksudkan. dahulu permulaannya sempit, tapi kini dah dilebarkan. aku ingat nak dilebar sampai kampung guai, tapi hanya beberapa meter saja. macam nak masuk dalam hutan saja gayanya ni.
jalan itu memang bengkang bengkok dan melalui beberapa buah kebun getah. betul ke penjodoh bilangan untuk kebun 'buah'? entah lah...aku pun tak tahu walau kini aku diamanahkan mengajar bahasa malaysia tahun dua. kira-kira betul lah ya...
ini pulak sepasang kubur yang terdapat kat satu selekoh. mula-mula dulu satu saja - yang sebelah kiri tu. kubur orang lelaki pasal batu nesannya bulat. tahun lepas (2011), dikebumikan pulak satu lagi jenazah kat situ. aku agak mungkin isterinya. pasal takkan lah tiba-tiba dimakamkan kat situ. jadi hilanglah kesunyian yang menyelubungi jenazah lelaki pasal dah ada yang sudi menemaninya. kadang-kadang seram jugak lalu kat situ terutama waktu hari dah nak gelap atau cuaca yang mendung tanda hari nak hujan. dalam tempoh aku melalui jalan itu baru dua kali pada waktu malam. nak kata takut, tak jugak tapi seram lah sikit. bukannya cakap besar tapi.... hehehehhehe.....tau-tau sendiri lah.
selepas melalui sepasang kubur tu, aku terpaksa melalui jalan yang belum di'pet' ni. eh! di'pet' pulak....belum ditar lah...sori tersasul.. tapi kini dah diturap dengan tar , dah tak ada jalan berbatu macam tu lagi....
sewaktu aku melaluinya kerja-kerja membaiki lerengnya sedang dijalankan kerana ada tanah runtuh. kat kiri dan kanan tu(tiada dalam gambar) adalah anak sungai pahang. agak dalam jugak tapi tak lah luas sangat.
inilah sebahagian dari rumah yang terdapat kat kawasan tu. sebenarnya hanya ada empat buah rumah yang berdekatan. dua buah lagi tu agak jauh antara satu sama lain. dan ada sebuah tu banyak pulak memelihara anjing bagi mengawal sekitar rumahnya yang dah sedia berpagar.
dulu kawasan ini semak. tapi telah ditebas dan tebang oleh tuannya. agaknya nak tanam sawit atau pun pokok getah. kelihatan air sungai pahang yang mengalir lesu menuju ke pekan bandar diraja pahang.
ini pulak satu selekoh tajam yang berbentuk huruf 's'. anak-anak aku memanggilnya 'rollercoaster' kerana bukan saja mempunyai corner maut tetapi ada sedikit bukit yang tak lah tinggi pun tapi perlu berhati-hati bila melaluinya.
di kawasan ini agak bergelombang permukaannya. beberapa kali bahagian bawah van aku bergesel dengan jalan tersebut kerana melambung dan apa lagi seperti ia mengesel perasaan aku yang terkilan kerana terjadinya pergeseran itu. eh...korang faham ke apa yang aku maksudkan ini. buat-buat faham sudah lah ya.
kemudian menempuhi satu lagi kawasan yang belum ditar. kalau dulu punya lah seksa nak lalu kat sini. apa taknya sana sini lubang. nak ke kiri lubang, nak ke kanan pun lubang. tapi kini amat selesa malah boleh memecut lagi macam 'randy mamola'. kalau tak kenal itu tandanya korang bukan mat motor....
gambar ini aku rakamkan kerana diseberang sana sungai ialah jalan temerloh-triang yang melalui kampung durian tawar. cuma tak nampak saja kereta kerana terlindung dek dedaunan yang hijau merimbun.
sebahagian jalan yang agak lurus. tapi tak lah panjang sangat sebab lepas tu ada coener maut lagi. tak percaya tengok gambar kat bawah tu...
ini bukan gambar terbalik ya....ini lah akibatnya kalau bawak laju nak kejar masa... gambar pun jadi senget nasib baik orangnya tak sengetkan...
ada masa aku suspen nak laju kat sini kerana bimbang tergesel dengan pokok langsat tu....nak je aku tebang....pasal dah hampir empat tahun aku lalu kat tepinya...tak pernah nak berbuah...tak tahulah kot ia malu dengan aku agaknya.
lagi satu laluan yang agak lurus tapi kat depan tu ada corner, memang best lalu kat area ni sebab jalannya tak ada lubang dan rata...
dan melalui satu kebun getah yang agak luas dan terang...cuma ada sedikit semak...kadang-kadang aku menjeling jugak kat sebelah kiri tu....bimbang-bimbang ada binatang buas....kat sebelah kanan tu tak bimbang pasal ada sungai....
dan lagi satu kawasan yang sedap nak memecut...tapi mesti hati-hati dan waspada kalau-kalau ada kereta atau motor dari depan... bimbang tak sempat nak brek atau mengelak...
jalannya lurus dan saujana mata memandang...100 km/sejam pun boleh kalau nak lalu kat sini...alaaaa..... macam rally monte carlo tu je....
tengok sambungan jalannya ni kalau tak percaya...kan lurus saja tu... apa lagi tekan minyaklah macam orang naik minyak...
tapi... kalau tak sempat atau kalau tak hati-hati ada yang berlaga dengan pokok manggis tu karang.... masa tu jangan nak salah kan aku pulak.... sapa yang suruh bawak laju.... aku hanya cerita saja ya.... tengok kat depan tu ada corner yang best.......
selepas corner tu ada lagi jalan yang sengaja diluruskan sebagai tempat untuk menguji daya pecutan masing-masing. walau ada sedikit bengkok tu, tapi ia amat menghiburkan apabila dapat melaluinya....
permukaannya memang cantik dan licin serta boleh berselisih.... cuma apabila dah naik semak samun agak payah masing-masing nak ke tepi bimbang keretanya bersagat dengan bahu jalan....
baru nak cakap....nampak tu ada pakcik yang naik motor baru balik dari solat jumaat kat masjid kampung guai agaknya....sebagai pemandu yang berhemah tinggi aku telah memberi laluan yang luas kepada pakcik tu agar ia berasa selesa dengan pemanduannya dan selamat sampai ke rumahnya...
untuk makluman korang lah...di sepanjang jalan ni tiada yang tidak berpokok melainkan dipenuhi dengan tumbuhan ciptaan Tuhan... indahnya bumi Tuhan kan...
oh, ya... kat sinilah aku terpaksa berhenti pada suatu malam yang gelap kerana memberi laluan kepada seekor ular sawa melintas jalan.... aku tak ada cerita kan....pasal aku tak sambung cerita 'selingkar kisah' yang tersiar pada bulan oktober 2011... nanti lah kalau rajin aku ceritakan.... asyik nanti saja.... entah bila agaknya tak payah nak nanti....aku ada ambil gambar ular itu...tapi tau je lah waktu malam mana nak nampak...
tapi sebelum aku memberi laluan kepada ular sawa tersebut.... di kawasan tulisan BERA yang besar tu aku telah terlanggar hujung ekor seekor ular sawa jugak.... tapi bila ku undur nak tengok ia dah tak ada.....
bermakna malam tu dua ekor ular sawa yang aku jumpa.....
selepas tulisan besar BERA itu bermakna dah hampir dengan kampung guai... aku melalui kawasan kebun getah yang luas dan masih muda lagi...tapi dah bertoreh walau ada pokoknya yang tak berapa layak untuk ditoreh...
jalannya masih lagi agak lurus tapi tetap berliku serta mencabar daya pemanduan seseorang pemandu...
dan inilah papan tanda selamat datang ke kampung guai...kalau korang boleh baca tulisan kat dalam gambar tu...kira mata korang memang terror lah.... kalah mata six million dollar man....
aku macam biasa akan cuba melajukan daya pecutan agar cepat sampai dan boleh cepat balik.... walau jalannya ada lubang tapi tak lah begitu membahayakan...
kat kawasan ini agak selesa jugak memandu kerana laluannya lurus cuma ada turun naik disebabkan tanah yang tinggi rendah... bak kata pepatah kalau tak tau menari jangan disalahkan tanah yang tak rata....
jalannya memang lah agak sempit tapi masih lagi boleh berselisih....
cuma pada hari itu terdapat jerangkap samar yang tak diingini sengaja diletakkan oleh segerombolan angkatan perang yang telah kembali ke kem masing-masing...
sebahagian lagi jerangkap samar atau pun lebih dikenali dengan 'dodol lembu'... mentang-mentanglah tak lama lagi nak raya korban...korang buat tunjuk perasaan kat jalan ni ya...
inilah sebahagian lagi jalan yang terdapat di kampung guai. nampak tak plastik hitam tu... disebalik tumbuhan yang menjalar itu lah terselindungnya surau tua yang pernah aku ceritakan dahulu.
jalan di kampung ini lurus saja tak ada lagi selekoh yang tajam macam tadi. maklumlah dalam kampung. cuma kampung ini agak sunyi kerana ramai yang telah berhijrah ke felda atau tanah rancangan... dan anak-anak muda pula ramai yang mencari rezeki atau bekerja di bandar-bandar besar yang terdapat di semenanjung. kalau tiba musim cuti khususnya musim perayaan seperti cuti hari raya idil fitri atau idil adha barulah meriah semula kampung yang sunyi itu.
inilah bangunan sk guai yang baru. jika dulu bangunan lamanya agak usang kini telah berubah wajah. muridnya tak ramai. tak tau pulak aku berapa jumlahnya. tapi kalau tak silap aku ia termasuk dalam kategori 'skm' - sekolah kurang murid.
sebahagian lagi tinggalan lembu-lembu yang menunjuk perasaan kerana tak mahu disembelih sempena hari raya korban. pernah suatu hari semasa nak ke sekolah anak aku... lembu-lembu tersebut memenuhi jalan... apabila van aku melintas berhampiran dengan lembu tersebut sempatlah aku menepuk belakang seekor daripadanya. anak aku yang kecil melihat suka sangat kerana lembu itu melompat dek terkejut kerana 'dibelai dengan manjanya' oleh aku.
jalan kat depan tu pecah-pecah kerana projek membina bangunan baru sekolah.... janji kontraktornya nak dibaiki bila bangunan dah siap.... tapi hanya tinggal janji kosong je lah jawabnya. kelmarin (rabu-30.5.2012) ketika nak menjemput anak aku yang nombor dua kerana ada kelas tambahan untuk peperiksaan sma.... dah ada kerja-kerja membaikinya. jadi tak adalah nanti air yang bertakung dalam lopak atau lubang.
haaa.....! inilah rumah kedai yang dimiliki oleh 'mat'....mungkin adik beradik atau anak 'omar gemuk' agaknya kerana mukanya yang hampir sama. kadang-kadang atau selalu jugak aku akan berhenti untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh anak aku seperti sabun mandi atau basuh, biskut atau pun nak beli air kerana dahaga. kereta kancil tu pulak milik arwah ayah cu jantan.... kan raya tak lama lagi.... jadi anak lelakinya ada balik...dapat lah pergi barang untuk persiapan menyambut raya....
sengaja aku berhenti untuk mengambil gambar sungai pahang di celah-celah pokok buluh. kononnya kreatif lah tu.... hahahah...
satu lagi lubang yang terdapat kat jalan tu.... berhampiran dengan rumah ustazah norhayati yang mengajar di smk seri bera.... bukan orang lain jugak tu.... 'worih den'.... bak kata orang negeri sembilan....
inilah dia sungai pahang ku.... tenang saja alirannya... di dadanya terakam beribu kenangan atau sejarah silam dalam mengharung liku-liku perjalanan sebuah kehidupan anak bangsanya....
tapi...apa pulak tu yang berenang-renang....buaya ke?... tak pun ikan kot....
aku pun berhenti untuk mengamatinya dengan lebih jelas sambil bersedia dengan handset untuk merakam gambarnya.... oh! ya....baru-baru ni kawasan tebingan ini telah runtuh dek hakisan.... dah dibaiki dan tiada semak samun lagi... tapi apa ya... yang berenang tu....
oooooo..... memerang rupanya yang berlumba berenang...ingat kan apa tadi....mana lah tau...kot-kot cucu naga tasik cini yang tersesat kat guai ni....
tapi bila dia perasan aku ada sedang memerhatikannya....makhluk itu pun tak jadi nak ke tepian...sebaliknya terus saja ke tengah semula dan menyambung semula acara renang tadi...
ini lah bahagian hadapan atau halaman masjid kampung guai.... kelihatan garajnya.... tapi kini ruangnya tu dah tinggal satu...kerana bahagian tepi sebelah dengan tembok tu dah ada parking van jenazah sumbangan bank rakyat untuk kegunaan orang kampung dan kawasan yang sekitar dengannya.... kelhatan jugak tempat lepak dan tangga untuk ke tebingan sungai sehingga ke air... alaaaa....lebih kurang macam jeti lah.....
ini pulak tinggalan sejarah.... suatu ketika dulu ia meriah kerana masih ramai lagi penghuni kampung ini...tapi kini ia terbiar sepi.... sesepi hati penduduknya yang masih setia menanti anak-anak balik bercuti... dan simpang ke kiri itulah jalan menuju ke sekolah anak aku... maknanya dah nak sampai lah ni....
tapi apa pulak kat depan tu.... macam ada tunggul-tunggul gerigis saja.... kalau nak tau itu ialah.....
kubur.... di tanah perkuburan ini lah bersemadinya jasad tok ki aku...ayah kepada ayah aku.... arwah ayah cu jantan (adik ayah aku) pun dikebumikan di sebelah kubur tok ki aku.... pernah di suatu petang ketika nak hantar duit belanja untuk anak aku.... aku telah berhenti dan pergi menziarahi kubur mereka berdua....disamping menghadiahkan bacan al-fatihah untuk mereka.... aku jugak telah mengambil gambar tulisan yang tertera kat batu nesan mereka.... tapi sayang gambar tu telah rosak bersama dengan memori kad handset aku yang dulu.... kalau tak silap aku....tarikh kematian tok ki aku ialah pada bulan 11 tahun 1990....ketika itu musim cuti....dan aku baru semester satu di maktab perguruan.... cuma haribulannya saja dah tak jelas kerana dimakan hari...
ini pulak simpang ke klinik desa yang jugak simpang ke rumah mak cu.... isteri arwah ayah cu jantan.... beberapa kali aku singgah terutama ketika menghantar anak aku selepas cuti hari raya.....
cuba korang teka ini kawasan apa.... uhh...! salah langsung.... ada ke patut kandang kambing katanya....ini lah kawasan pekan sari...alaaa....kalau kat lawas tu dipanggil 'tamu'.... kat sini pada hari sabtu jugak cuma sekejap saja.... dari pukul 7.30 pagi dan habis dalam pukul 9 pagi.... dalam tempoh 4 tahun aku berulang alik ke kampung guai ini...tak pernah pun sempat nak ke pekan sari ni....kalau datang tu dapat tengok kesannya saja.... longgokan sampah dan sisa-sisa jualan seperti kulit bawang dan kotak yang ditinggalkan....
haaa...ini pun simpang ke sekolah anak aku tu... jom lah masuk kat simpang sebelah kanan tu....
tu dia punya pintu pagar....yang beratap hijau tu surau dan di sebelahnya yang beratap merah tu pondok pengawal keselamatan...
zon larangan merokok... mana-mana sekolah pun adalah zon atau kawasan larangan merokok....cuma ada jugak yang sengaja buat tak reti bahasa....selamba saja menyedut dan menghembuskan asap yang bernakotin tu.... yang nampak atap tu ialah asrama pelajar lelaki... simple saja asramanya....
itu lah bangunan pentadbirannya....telah banyak kali diubahsuai bagi memenuhi kehendak semasa....maklumlah sekolah agama....selalu saja sikit dia punya peruntukan....
bangunan surau yang aku maksudkan tadi... kelihatan kerusi roda milik mohd najib berhampiran dengan tangga... sama baya dengan ahmad kamal abdullah dan pernah aku mengajarnya semasa di sk kerayong dulu.... sebahagian dari ruang surau tu telah dijadikan asrama untuk pelajar lelaki kerana asrama yang sedia ada tak cukup untuk menampung bilangan jumlah pelajar lelaki yang makin bertambah... katanya nak dibuat bangunan baru yang lebih selesa...tapi tak tahulah bila akan jadi kenyataan.....
jauh bezanya dengan asrama perempuan yang kelihatan selesa dan memuaskan... kalau malas lagi nak belajar tak tau lah nak kata apa....
ini dia asrama lelaki... yang nampak atap dan berdinding serta berlantai papan... terdapat lubang-lubang kat lantainya...walau tak merbahaya tapi mencacatkan pemandangan... ini lah nasib pelajar sekolah agama di bawah kepimpinan kerajaan negeri pahang..... selalu saja alasannya tak ada baget.... tapi kalau nak buat benda lain tu ada pulak..... tak kelihatan ialah bangunan asrama yang agak selesa....aku kata agak selesa kerana dibina dari batu bata tapi agak sempit ruangnya.... tak cukup untuk menampung bilangan pelajar yang makin bertambah saban tahun....
itulah dia cerita aku kali ini....kalau boring kerana mengikut aku jalan-jalan kat kampung guai ni....minta maaf lah ya....kalau tak nak boring pergi lah jalan kat georgetown ke..... tak pun ke old town......hahahah.... sekian dulu untuk kali ni....kalau korang nak tau, cerita ni dah empat kali bersambung baru tamat..... sebab tu lah aku tak cerita bab lain pasal nak habiskan cerita ni dulu..... semoga cerita aku kali ini dapat memberi sedikit informasi tentang kampung guai, terletak dalam daerah bera tapi kalau nak pergi kena ikut temerloh dulu.... nak dekat naik saja bot menyemberang sungai pahang dari jeti kampung tok langit macam aku cerita dalam entry 'surau tua' dulu....tapi bukan semua orang ada bot kan..... ok lah........wassalam.....daaaa......
salam.
BalasPadamPerkongsian info yang sangat menarik dan menggamit memori. Saya pulak hanya 2 tahun sekali ke kampung Guai, insyaAllah raya tahun ni 2012 akan berjalan ke Guai. Masih ada aki sedara yang masih hidup. Dulu-dulu dari tingkatan peralihan hingga lah ke tingkatan 3, 89-93 , saya bersekolah di SMA Guai. Zaman tu penghuni asrama lelaki menetap di asrama pondok kayu. Satu pondok untuk 2 orang.