Sabtu, 30 Jun 2012

main air kat pedas...

assalamualaikum..... semalam cerita pasal nilai.... kali ini nak cerita pasal main air kat pedas, negeri sembilan. dua-dua tempat tu dalam negeri yang sama. semasa nak balik dari kelang setelah selesai urusan pendaftaran dan kemasukan anak sulong aku ke pusat asasi uia di petaling jaya, pada keesokan harinya iaitu hari isnin, aku sekeluarga pun bertolak balik ke pahang. macam biasa ikut senawang, kuala pilah, batu kikir, air hitam, kemayan dan terus ke triang. cuaca amat baik sekali dan lalulintas pun berjalan lancar. dari kelang pukul sembilan lebih, hampir pukul sepuluh setengah dah sampai kat kawasan seremban.

tiba-tiba isteri aku berkata: abang, jom pergi kolam air panas pedas, kita tak pernah pergi lagikan? tak, jawapan ringkas dari aku yang sedang memberi tumpuan kepada pemanduan. jom kita pergi, katanya lagi. apabila didengari oleh anak-anak aku, apa lagi riuh lah suara yang mendesak aku ke sana. apa tah lagi mereka pernah membacanya dalam majalah kuntum. 

selelepas tol seremban aku pun berhenti di stesen petrol shell, seremban. bukan nak isi minyak tapi nak study, nak baca buku peta dulu. buku peta memang selalu ada dalam van aku... sebagai rujukan apabila memerlukannya. setelah siap study..aku ambil keputusan untuk masuk highway utara selatan semula sebab ada persimpangan keluar ke pedas. dan dekat ke kawasan air panas tu... lebih kurang setengah jam aku dan keluarga aku dah sampai kat situ....


tak percaya ke.... tu kat atas tu buktinya.... zaman sekarang senang, papan tanda banyak sebagai penunjuk arah kalau nak ke sesuatu tempat. pemandandan dari jarak jauh kawasan hadapan kolam air panas tu.


ini dia pandangan jarak dekat pulak. pintu masuk ke kolam air panas. kena bayar tiket dulu baru boleh masuk. 


tu dia... sempat lagi berposing dalam alur atau parit besar yang mengelilingi kawasan kolam.


bukan main seronok lagi siti nur aisyah bila dapat main air.


aku pada mulanya hanya sebagai pemerhati saja. memerhati gelagat anak aku untuk menjaga keselamatan mereka. bimbang jugak dalam keseronokan bermain air ada bahayanya. malang tak berbaukan.


tapi bila melihatkan siti nur aisyah tidak ada siapa yang nak melayannya, aku pun ubah fikiran. nak harapkan abang-abangnya tah kemana lesap dicelah orang yang ramai tu.


aku pun dengan selamba mengeluarkan segala khazanah dalam poket seluar aku dan menyerahkannya kepada isteri aku untuk disimpan dalam beg tangannya. 


tanpa menukar baju atau seluar aku pun masuk ke dalam kolam yang besar untuk bergurau dan bermain air bersama siti nur aisyah. berkedut kening aku menunggu anak aku mengambil gambar.


kenapa pulak dengan si ali ini? tak sah agaknya kalau tak ada yang menyakat. apa lagi mulalah ada yang menangis.


puteri kedua aku, siti nur amni bakal menduduki spm pada tahun hadapan. ramai mengatakan hanya ia seorang saja anak aku yang mukanya mirip muka aku turut sama bermain air bersama adik-adiknya. 


pandangan dari arah belakang. akhirnya isteri aku pun turut sama 'join' setelah diajak oleh aku.


berjaya jugak anak-anak aku memujuk uminya untuk menyewa bot pelampong yang besar tu untuk bermain di tengah kolam.


suasana di dalam kolam memang ramai walaupun pada hari isnin. aku agak yang datang tu semua keluarga cikgu-cikgu, pasal musim cuti sekolah. kalau hari minggu lagi lah padatnya dengan manusia.


anak-anak aku, kelihatan ahmad abdullah azzam menarik bot pelampong sambil ahmad ali abdullah cuba untuk naik ke atasnya bersama ahmad kamal abdullah.


gambar aku yang sekerat. hasil kerja ahmad ali abdullah yang teringin sangat nak mengambil gambar aku yang basah kuyup sebelum menukar pakaian. 


inilah gambaran sekitar kawasan kolam yang berpagarkan tembok. gambar ini aku rakam dari atas jambatan untuk memasuki kawasan mandi manda. terdapat satu kolam utama yang besar dan dua kolam yang agak kecil. tapi airnya dah tak berapa panas. kalau nak yang betul-betul panas memang ada. tapi tak lah macam panas air yang mendidih. kolam tersebut berhampiran pintu masuk bersebelahan dengan bilik persalinan. sebelum menukar baju, sempatlah aku merendam kaki aku dalam kolam tu. pada mula memang terasa panas, lama kelamaan badan kita akan dapat menyerap rasa panas itu dan mulai merasa akan nikmatnya berendam dalam air panas yang berkhasiat itu. 

hampir tiga jam jugak aku dan keluarga aku berada di situ sebelum beredar ketika jam menunjukkan hampir pukul 2.30 petang. perut dah lapar, badan pulak letih maka masa makan dah tiba. makan tengahari itu cuma ala kadar saja sebagai mengisi perut, pasal kat situ tak ada gerai yang jual nasi. yang ada cuma makanan segera saja seperti burger dan nuget goreng. sekian lah saja kisah bermain air kat pedas yang airnya tak pedas. nanti aku cerita pulak kisah bermalam di melaka bandaraya bersejarah. wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan