salam idil fitri dari aku buat semua yang membaca dan terbaca entry di danau kalbu ku ini. kali ini macam biasa kita bercerita pasal raya lah pulakkan. puasa dah berlalu meninggalkan kita semua. entah sempat atau tidak untuk bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun hadapan. semoga kita semua diberi lagi peluang dan ruang kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk menjalani ibadah puasa di bulan yang terkandung seribu kerahmatan dan kemuliaan, juga untuk terus istiqomah melaksanakan amalan di bulan ramadhan, di bulan yang lain pula. dah habis puasa sunat syawal ke? kalau belum, cepat-cepatlah tunaikan. jangan asyik sibuk dengan rumah terbuka saja. aku pun sama.... mengata dulang paku serpih...!!!
inilah gambar aku di pagi 1 syawal bersama anak bujang aku yang seramai lima orang. masing-masing berbaju melayu serba kuning dan aku pula berwarna hijau. jangan tak tau baju kuning tu baju tahun lepas punya dan aku pulak baju melayu tahun 2008...!!!! kainnya hadiah kak siti kantin sekolah sk kerayong sempena hari guru tahun tersebut...
aiikkk... ada yang perempuan pulak... siti nur aisyah, belum sempat mandi dah di dukung oleh oleh ahmad kamal abdullah. anak perempuan yang lain dan umi nya sedang sibuk didapur untuk menyediakan apa yang patut pada pagi 1 syawal 1433 hijrah.
terlentok ahmad abdullah abbas dalam pelukan aku. sementara itu macam biasa ahmad bilal abdullah akan mengusik untuk menimbulkan suasana riuh rendah....
ahmad ali abdullah... paling berisi tubuhnya antara anak lelaki aku.
ahmad abdullah azzam.... puas dipujuk baru nak bergambar... penyegan sikit orangnya...
ahmad kamal abdullah... dah nak sama tinggi dengan aku. baru tingkatan dua... kalau tingkatan lima nanti agaknya lebih tinggi dari aku.
seorang lagi jejaka pemalu... ahmad bilal abdullah. walau pun suka mengusik adik-adiknya, tetapi kalau ajak bergambar payah.....
gambar aku yang agak kabur... mungkin tangan cameraman bergerak... itu gambar yang jadi macam tu.... samping hijau itu aku beli kat pasar payang, kuala terengganu semasa mengikuti kursus pendidikan islam prasekolah di institut perguruan batu rakit pada tahun 2006 yang lalu.
selepas bergambar dan meminum sedikit serta menjamah apa yang ada, aku dan anak lelaki aku ke masjid jamek, bandar triang. orang ramai telah memenuhi ruang dalam masjid, jadi terpaksalah aku anak beranak mengisi ruang bahagian belakang saja. tapi.... dalam pemerhatian aku makmum yang ramai tersebut terdiri dari para pekerja dari luar negara!!! sebenarnya mereka terdiri dari warga indonesia, bangladesh, pakistan dan nepal. orang tempatan masih belum ramai lagi yang hadir ketika itu. menghampiri pukul 8.15 pagi barulah kelihatan penduduk tempatan dari sekitar taman perumahan berhampiran bandar triang. gambar di atas adalah penerangan oleh imam yang bertugas tentang kaifiat solat sunat idil fitri.
ini pulak suasana ketika ketua kampung atau lebih mesra dengan panggilan tok empat sedang menyampaikan sepatah dua kata dan ucapan selamat hari raya idil fitri atas permintaan imam yang bertugas.
setelah selesai mendengar khutbah solat sunat idil fitri, aku dan anak-anak balik untuk menjemput isteri dan anak perempuan aku untuk ke rumah mak mertua aku pula. jadi inilah gambar raya aku sekeluarga untuk tahun ini. yang lelaki temanya hijau dan kuning, perempuan pula hitam putih. untuk tahun depan tak tahu lagi. tapi aku mungkin akan pakai baju melayu tahun 2007 pulak agaknya. sebenarnya dah empat tahun aku tak beli baju raya...!!!! tapi hati aku puas sebab semua anak dan isteri aku setiap tahun ada baju raya baru...!!!
suasana ketika nak bergambar beramai ramai. keluarga yang berwarna biru adalah keluarga abang ngah zakri yang tinggal di felda cini. abang ipar aku yang jugak mempunyai anak yang ramai tapi cuma tujuh orang sahaja. menang lagi aku...
katanya tahun ini giliran beraya di triang, sebab tahun lepas kat jengka dua rumah mak mertuanya.
masing-masing cuba memberi pose yang teristimewa dan menarik...
dengan gaya bebas pulak... kononnya macam candid camera lah katakan. tapi ahmad bilal abdullah tetap kat sudut ruang tamu rumah mak mertua aku ni.
giliran aku pulak duduk, sebab nak bagi ruang kat adik ipar perempuan aku dan suaminya. tahun ini dia dan suaminya cuti lama. cuma adik ipar aku yang kat johor bahru saja tak dapat cuti.
tamat sessi bergambar aku dan keluarga pulang ke rumah mak dan ayah aku di kerayong pula untuk memohon ampun dan maaf dari mereka serta berjumpa dengan adik beradik aku... bila perut dah berisi aku ajak isteri dan anak aku ke rumah tok chu iaitu adik kepada almarhum atuk aku. tak jauh pun... lima minit jalan kaki... sampai lah. di sebelah petang pulak selepas solat zohor aku dan keluarga ke kampung jeram ular- rumah adik ayah aku. tapi tiada berorang, mungkin pergi beraya agaknya.
gambar kat atas ialah ahmad abdullah azzam yang sedang bergaya di hadapan rumah ayah de jalil- adik emak aku yang tinggal di felda mayam. begitulah serba sedikit sambutan hari raya idil fitri bagi aku dan keluarga aku pada tahun ini. sederhana tapi meriah... semoga ikatan kekeluargaan akan bertambah kukuh dan berkekalan hendaknya.
wassalam... daaaa....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan