Sabtu, 22 September 2012

jagung...

aku tak tau korang suka ke tak makan jagung.... tapi aku dari kecil sampai lah sekarang masih lagi suka. bukan setakat suka makan saja tapi suka tanam sekali. bila sebut pasal jagung ni.... aku teringat semasa aku masih kecil dulu, ayah aku pernah tanam jagung kat tebing, suatu kawasan di tepi sungai triang. ketika itu aku masih lagi belum bersunat. eh... apa pulak kaitan cerita jagung dengan bersunat ni? hehehe... tersasul pulak cerita aku ni.

 sebenarnya ketika itu aku dalam darjah dua lebih kurang. nak tahu tahun berapa. 1975. mungkin ketika itu korang masih lagi di alam roh agaknya. hasilnya ayah aku jual kat tepi jalan berhampiran dengan rumahnya. siap rebus/masak jagung tu kat situ lagi. aku masih ingat, ia rebus atau masak dalam tin minyak masak empat segi. aku rasa tin tu dah tak ada dah masa ini. pasal dah lama aku tak nampak. tak tahu lah kalau mata aku ni dah makin kelabu. 

ramai jugak yang berhenti untuk membeli, termasuk kaum tionghua yang tinggal di kerayong. tapi masa itu jalan tak lah sesibuk sekarang. sekarang ni jalan kat tepi rumah mak dan ayah aku seumpama lebuhraya maut. silap pertimbangan maka ajal pun tiba. seperti juga jalan triang-kemayan yang aku gelar sungai maut kerana boleh dikatakan tiap-tiap minggu mesti ada kemalangan. tak kemalangan maut, lori yang berlebihan muatan pulak terbalik sendiri. itu lah serba ringkas mukaddimah bicara aku pasal jagung. boleh tahan juga ya, panjangnya.

tapi kini aku pulak seakan mengulangi aktiviti ayah aku semasa zaman ia masih muda dulu. tanah sejuring yang aku tanam pisang dulu tengah berbuah, tapi terpaksa ditolak kerana nak memberi laluan kepada projek tanaman jagung. aku pada mulanya enggan kerana masih sayang pada pisang yang tengah berbuah tu. kalau tak silap aku ada lapan atau sembilan tandan pisang yang sedang menunggu masa nak matang untuk ditebang. oleh kerana aku seorang saja yang tak nak tolak, dia orang semacam mengugut, kalau tak tolak, tanah itu akan diambil balik dari aku dan akan diserah kepada orang lain yang nak ikut serta dalam projek tanaman jagung.       

akhirnya terpaksalah aku mengalah, ketika aku sedang mengikuti kuliah di usim, nilai, ketika itulah mereka membaham pokok pisang aku dengan backhoe setelah aku terpaksa memberi kebenaran. pagi esoknya aku tengok kawasan tu telah menjadi padang jarak padang tekukur. tapi aku telah bertekad di dalam hati. jika dulu ia penuh dengan semak dan samun, aku berjaya juga menerangkannya. kini aku akan buktikan lagi, jika trip pertama dulu jagung tanaman aku tak berapa menjadi kerana kesibukan aku nak menguruskannya, insyaAllah kali ini ia akan membuktikan aku juga boleh bercucuk tanam seperti mereka yang seakan menyindir aku. tapi, tak perlulah aku cerita bab itu. ia adalah pengajaran buat diri aku sendiri.  

seorang penanam jagung yang gigih sedang menyiram tanamannya.
woooi... itu isteri akulah!

 oleh kerana aku lambat seminggu dari dia orang ketika proses menugal dulu, jadi jagung tanaman aku dan isteri aku juga agak lambat tumbuh kerana tidak mendapat air yang cukup. dia orang tanam, selang sehari hujan pun turun. tapi aku tanam, tak hujan-hujan sehingga aku terpaksa menggunakan air dari kolam yang berhampiran untuk menyiram. kesihan aku tengok isteri aku terpaksa angkut air dari kolam tu, maka aku pun membeli sebuah enjin pam air yang murah. jadi ringanlah kerja aku dan isteri aku. cuma isi minyak dan tarik untuk menghidupkan enjinnya. lepas tu semburlah semahunya. tak ada siapa yang nak marah. 

kelihatan pokok jagung yang tumbuh tak sekata kerana lambat merasa siraman air.

setelah berhempas pulas menyiram dan menyiram. kadang-kadang pukul empat petang aku dah start menyiram, terutama bulan puasa tahun ini agak panas dan kurang hujan, jadi terpaksalah berusaha lebih sikit dari biasa. akhirnya, berhasil jugak aku menjayakan projek tanaman jagung itu. memang puas rasa hati aku. nak jual? aku jual lah jugak. tapi tak lah macam dia orang yang setiap pagi dan petang berjual di tepi jalan dekat kawasan tanaman masing-masing. aku mana ada masa nak jual macam tu. pagi dah pergi sekolah, petang karang baru pergi menebang jagung. tak sempat nak jual hari dah nak senja. jadi ikutlah cara mana asalkan ada pulangannya. nak kata untung banyak tak lah, bagi aku dapat separuh dari harga enjin pam tu pun dah mencukupi. nanti usaha lebih lagi kalau nak dapat balik modal tu.



gambar kat atas tu adalah gotong-royong semasa menugal/menanam jagung untuk trip yang pertama dulu. bulan tiga yang lalu. tugas aku ialah tarik tali rapia untuk memudahkan mereka membuat lubang agar kelihatan lurus dan cantik apabila dah tumbuh nanti. 


tapi aku hanya sempat menolong sehari sahaja kerana keesokannya aku terpaksa ke kuantan untuk melawat mak aku yang diserang stroke. tapi aku dah siap rentang tali tu sampai hujung, jadi tak lah dia orang bising. pasal kerja aku dah beres. cuma kerja dia orang saja lagi yang belum selesai.

kaum lelaki membuat lubang dan yang perempuan pula memasukkan biji benih ke dalam lubang. sambil tu biasalah, riuh rendah dengan gelak ketawa dan gurau senda. aku hanya mendengar saja dan tersenyum jika ia agak melucukan. bukan tak nak ikut sama bergurau, tapi aku lebih suka menjadi aku yang biasa-biasa saja.

begitulah serba sedikit tentang jagung yang aku tanam dan usahakan dengan kerjasama yang erat isteri aku. kalau nak harapkan aku sorang memang tak terbuat. tapi dengan bantuan isteri ini, jadi bersemangat dan bertambag berkobar perasaan itu. ok lah nanti aku tunjuk pulak gambar aku main hujan. best main hujan ni kalau nak tau. hahhah.... apalah.... macam budak-budak pulak main hujan.
jumpa lagi di lain episod. wassalam.... daaaa....... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan