Sabtu, 17 November 2012

hari kecemerlangan pendidikan sk kemayan 2012.

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh.....
pada 8 november yang lalu sekolah aku telah mengadakan hari penyampaian hadiah bagi tahun 2012. pada mulanya aku nak buat pada 7 november, tapi gb kata buat pada 8, aku ikut sajalah buat pada 8 haribulan iaitu pada hari khamis. aku pada mulanya malas jugak nak merakamkan gambar majlis tersebut. tapi oleh kerana aku tak duduk kat kerusi vip itu, sebab aku nak jugak merasa merayau ke sana dan ke sini, konon-konon macam orang sibuklah katakan. maka adalah beberapa keping gambar kat bawah ni yang aku nak kongsi tengok dengan para pembaca atau pengunjung sekalian.

marilah tengok dan saksikan akan kemeriahannya:


gambar pertama mestilah gambar 'backdrop'nya kan. walau pun gambar ini yang paling akhir sekali aku snap. simple saja tapi tetap cantik dan menarik. itu yang pentingkan!!! ini adalah hasil kerja cikgu syahida dan krewnya yang kreatif. 


ini bukanlah ikon atau maskot bagi sekolah aku. tapi beliau adalah pakcik salim. orang yang bertanggungjawab penuh terhadap kebun sawit milik pibg sekolah aku ni. pasal tu dia marah-marah bila abang rerah tebang sebatang pokok sawit atas arahan aku bagi mencantikkan kawasan tapak perkhemahan ketika nak buat perkhemahan tempoh hari. gambarnya? nanti lah dulu. gambar ni pun belum habis tengok lagi. tapi aku kena utamakan assignment aku dulu lah ya. ada empat lagi tu yang dalam proses nak mencari bahan. tak tau lah sempat siap ke tidak.


ok....ni gambar kedua yang aku sanap pada hari itu. orang kuat kelab guru sekolah aku. yang tersenyum nipis tu cikgu syahida yang aku kata kat atas tadi. pandai melukis dan setiausaha kelab guru. yang macam nak menjerit dan gelak tu cikgu asnira, orang pendidikan jasmani selaku bendahari kelab guru. pantang jumpa cikgu2, mesti mintak bayar yuran punya. dua-dua minta balik kampung (kelantan), tapi hampa... khidmat anda masih diperlukan lagi kat sekolah ini.



masing-masing serius saja bila aku nak ambil gambar. bertongkat dagu cikgu zulkifli juga orang kuat pendidikan jasmani, baju merah wak fadil, jauh di belakang ustaz jusairi dan yang paling hadapan cikgu razak guru data di sekolah aku.



sebahagian dari kaum ibu yang hadir pada hari itu.


sebahagian dari murid tahun enam yang tertunggu-tunggu keputusan upsr.



nisanthy dan kawannya.



sekolah aku ada lapan orang murid india. yang ini bernama uyendran.



lagi gambar sebahagian dari kaum ibu. kerusi yang kosong tu tempat duduk murid yang pergi berbaris nak buat persembahan.



sebahagian dari murid lelaki tahun lima dan tiga.



eh...! eh...! nak ke mana pulak cikgu latipah ni... tau lah dapat tukar pindah melaka... tak kan nak balik dah...!!!



ustaz shahrul adha... wakil tuan pegawai pelajaran daerah bera...


dengan penuh perasaan beliau menyampaikan ucapan...



apalah agaknya yang diperkatakan oleh cikgu rosnah(guru pra) selaku penyelia penerima hadiah kepada cikgu habil yang menjagi pengacara majlis buat kali terakhir kat sekolah aku kerana dapat tukar balik ganu. aku gembira campur sedih atas pertukaran cikgu habil ini. gembira kerana ia dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah dengan lebih sempurna. tak perlu lagi balik ke terengganu setiap dua minggu sekali kerana isterinya bekerja di sana. orang besut tu...



sedih sebab aku kehilangan orang kuat kokurikulum dan sukan.... setiausaha kokurikulum dan sukan juga jurulatih pusat kokurikulum. satu kehilangan besar bagi aku... jutaan terima kasih aku ucapkan atas khidmat bakti yang telah beliau curahkan dalam tempoh perkhidmatan beliau di sekolah ini... namun patah tumbuh hilang berganti.... kini aku berharap cikgu zulkifli dan cikgu asnira dapat mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh beliau. juga tak ketinggalan khidmat cikgu khairul yang telah mula menunjukkan jasanya...
tapi kenapa cikgu rosmawati kat sebelah tu macam sedih jer... tak kan baru habis pantang sedih lagi.... 



sebahagian lagi para hadirin dan murid....



sepatutnya aku 'snap' dari arah depan barulah gambar ni betul-betul cantik... 



nasihat dari penolong pegawai pelajaran daerah bera...



persembahan pertama dari murid tahun satu.




persembahan kedua dari gabungan murid tahun dua dan prasekolah.... tarian lagu hindustan.....!!!



barisan vip pada majlis tersebut: cikgu leong (pk 1), penolong ppd bera, cikgu shuhaimi (gb) dan 
en. mahassan (pengerusi jkkk).



persembahan ketiga dari murid tahun tiga.



laptop cikgu latipah... yang menguruskan bahagian persembahan...



lagu kedua dari murid tahun tiga.


begitu asyik murid menyaksikan persembahan hingga hampir dengan pentas.



kalau pasal pesembahan semuanya minat dan suka...



murid tahun empat dan lima yang menganggotai kumpulan kalam jamaie.



persembahan keempat dari gabungan murid tahun empat dan lima....




persembahan terakhir dari murid perempuan tahun enam.



acara yang dinanti-nantikan.... majlis penyampaian hadiah......
nur bidayatul hidayah binti abdul kader - anugerah tokoh nilam 2012.



tapi aku sempat 'snap' gambar cikgu latipah ni tengah mengatakan sesuatu kepada pengacara majlis... dia tunjuk arah aku pulak tu.... hahahaha!!!!!!



amirul arif- ketua pengawas.




diya shaliha binti mohd noor - penolong ketua pengawas.



ketua pustakawan sedang menerima sijil (maaf aku tak ingat namanya).



aiman hafizan bin zamri - penolong ketua pustakawan.


saiful adli bin abdul razak - anugerah tokoh kokurikulum lelaki (perkhemahan bersepadu peringkat kebangsaan)


farina hanisa binti yb mohd fadil - anugerah tokoh kokurikulum perempuan (pingat emas lontar peluru mssm pahang 2012)



wakil pengawas sedang menerima sijil.



haizat haikal - anugerah akhlak terpuji lelaki.



aldiah popi binti rahimi - anugerah akhlak terpuji perempuan.




en. mohd rerah bin janai - anugerah ibubapa/penjaga contoh.



faiq affiq fildza bin mohd padzlee selaku wakil sedang menerima sijil bagi penglibatan pelajar lelaki tahun enam dalam bidang kokurikulum. tengoklah dia punya ketinggian...



nur izzatul akma binti abdul halim selaku wakil sedang menerima sijil bagi penglibatan pelajar perempuan tahun enam dalam bidang kokurikulum.



hadiah tempat kelima persembahan.



hadiah tempat keempat persembahan.



hadiah tempat ketiga persembahan.



hadiah tempat kedua persembahan.



hadiah tempat pertama persembahan.




senyum dan ketawa waktu gembira...
  terkadang masam mencuka waktu bekerja....
 itulah dia si anak melaka...
latipah binti baharin diber nama.
sedang menerima cenderahati sempena pertukaran beliau. 



tersenyum sampai telinga cikgu habil bila dapat balik negeri. setelah memohon selama tiga tahun akhirnya tahun ini barulah berjaya. 



cikgu khairul sedang menerima cenderahati bagi pihak cikgu zainal yang dapat bertukar ke sk bukit pucong semula.




cenderahati dari pihak sekolah buat tuan penolong pegawai pelajaran daerah bera.



persembahan penutup dari murid tahun tiga.




majlis mula bersurai... 

demikianlah majlis penyampaian hadiah bagi sekolah aku pada tahun ini. untuk tahun hadapan belum tahu lagi bagaimana rupanya. mungkin lebih meriah lagi agaknya. tahun ini terasa kekurangan kerana keputusan upsr masih belum dapat diumumkan. tak tahu kenapa. mungkin kerana menteri pelajaran tu orang amno kot...!!!
sekian... wassalam...daaaa....



7 ulasan:

  1. adoiii ustaz..baru sekarang saya dapat tgk..huhuuu pandai snap gambau owgg..hhuuuurinduu sk kemayan..sob..sob..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... saya pun baru ari ni perasan ada org yang beri komen kat entry ni.... tapi biasalah kan... tu semua secara tak sengaja belaka....

      Padam
  2. ustaz mcamne sekolah sekarang?..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam biasa jee... cikgu dah bertambah, murid-murid pun keluar masuk... tak ada apa yang menarik...

      Padam
    2. hahhaa.. ustaz ni...mesti meriah g sk kemayan kan..:)

      Padam
  3. ustaz hensem le masa remaja... masa "senja remaja" nampak cam romantik

    BalasPadam
  4. hahaha...itu semua lumrah alam belaka tu...tiada apa yang anehnya hidup ini....

    BalasPadam