dah siap baca ke? nak ulang baca lagi sekali? tak payah, lah... bukan ada apa pun. hanya sekadar catatan ringkas tangan yang biasa-biasa saja. tak ada apa yang menarik. untuk mengisi masa lapang dan meluahkan emosi, itulah antara caranya iaitu melalui tulisan. tapi bukan semua orang yang suka menulis. apatah lagi sebagai mengisi masa senggang dia orang. buat masa kini antara habit yang menjadi kegilaan ialah bermain 'games' dalam handset masing-masing. aku hairan juga kadang tu melihatkan 'keralitan' atau keasyikan yang amat sangat golongan 'gamers' ini. 'gamers' ? istilah baru ke? entah! aku pakai bubuh saja istilah tu! harap tiadalah pulak nanti yang marah. aku bukan kata apa pun.
ok lah. di atas tu lah saja catatan aku sepanjang berada di nilai ni. ada juga hasrat nak sambung, selepas aku hampir memboikot tak mahu menjawab soalan Eksperiasi Kreativiti Kanak-kanak. nak juga aku kongsi sebab dan musababnya. tapi, entah mengapa aku rasa tak payah lah. lebih baik aku tumpu pada subjek yang belum periksa lagi. nak cerita bab aku meronda (berjalan kaki) mengelilingi bandar baru nilai sejauh lebih kurang 4-5 kilometer, rasa macam dah tak sesuai sebab dah hampir sebulan ia berlalu. nanti aku kongsi je lah mana-mana gambar yang sempat aku snap disepanjang perjalanan aku tu.
oh ya, hari ini adalah hari ketiga umat Islam di malaysia menjalani ibadah puasa bagi tahun 2013 bersamaan 1434 hijrah. semoga ibadah puasa tahun ini lebih bermakna dan sempurna walau banyak peristiwa yang berlaku sama ada tragedi di mesir atau syiria mau pun di rhohinga yang masih menghantui. atau pun yang bakal menarik perhatian di negara kita iaitu pilihanraya kecil dun kuala besut sedikit masa lagi. harapan aku biasalah, mestilah pro hijau yang menang. insyaAllah bila menang nanti kedudukan akan seri 16-16. di saat itu nanti kita akan belajar lagi satu pengalaman baru yang belum pernah berlaku di malaysia. tapi nak menang mestilah kerja kuat dan berstrategi. dan itulah harapan semua yang inginkan perubahan.
sekian wassalam. daaa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan