Rabu, 24 Julai 2013

konklusi dalam diri...


terdampar aku
di persada rindu
bersama secangkir susu
dan sekeping roti yang sepi
namun...
berahi ku terasa terhenti
ada aroma yang ngeri
menyentak nafsu
dari terus memburu.

di meja yang ku kongsi ini
terkadang sunyi meliputi
asyik menghadap nafsi-nafsi
namun...
penuh pengertian dalam diam
menadah catatan memburu impian
segulung ijazah menjadi harapan.

kini aku bergelandangan lagi
bersama hasrat yang sarat
ku kendong meski penat
untuk mereka yang setia menanti
sebuah kejayaan amat bererti.


b.tan.
18.06.2013
mannu salwa-
usim-
masjid putra, nilai.




* lama aku tak post sajak di danau kalbu ku ini. bukan tak mau tapi sajak aku karang selalu saja kematian ideanya. ilham sekerat jalan.

* tapi sajak kat atas tu aku tulis semasa bersarapan kat restoran yang bernama mannu salwa.... tapi sedikit terganggu kerana sedang menikmati roti yang sejuk aka sepi, ditambah lagi dengan rasa kuah karinya seperti air liur basi aku telah terhidu sesuatu yang amat kurang enak. bau tinja yang menjengkelkan sekali....

* nasib baik aku tak termuntah pagi tu.

* sajak tu tiga rangkap... bermakna aku menulisnya di tiga tempat seperti aku tulis kat atas tu. sengaja aku letak tajuknya sebegitu kerana aku tak tau apa yang lebih tersimpul dalam diri aku untuk menghabiskan lima hari yang penuh bererti. ........konklusi dalam diri.........

* wassalam...daaa...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan