Rabu, 1 Januari 2014

mengharung mimpi di gelita mentari....

assalamulaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
aku berharap semua yang membaca atau terbaca catatan ini dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam lindungan Allah hendaknya. AMIIIN.... hari ini adalah hari pertama dalam tahun 2014 dan hari pertama persekolahan mula beroperasi. walau pun beberapa hari yang lalu cikgu-cikgu telah mula kembali bertugas di sekolah masing-masing dengan berbagai urusan dan tugasan yang menanti dan ternanti. harap semuanya dapat dilaksanakan dengan berkesan dan beroleh kejayaan hasil dari dedikasi yang dicurahkan.

aku pada tahun ini agak macam biasa saja. perancangan dah siap dah telah diedarkan kepada semua guru. harap mereka berpuas hati dengan tugasan atau jawatan yang aku susun. kalau ada yang tak puas hati tu... i'm sorry saja lah ye.... sapa lah aku yang dapat memuaskan nafsu semua orang... cuma nak haba' kat sini... pada hari besok aku akan berangkat menunaikan fardhu kat nilai lagi. nampak gayanya macam nilah setiap awal tahun selagi tak habis belajar. besok tentu semua cikgu kat sekolah aku bertungkus lumus melayan kerenah anak murid serta berdebar menanti kedatangan pegawai dari jpn pahang. nak buat cam mana kan, dah dia orang nak datang... biar sajalah... tak kan kita nak larang atau halau pulak...terima dan layan saja lah dengan seadanya...

sebenarnya terlalu banyak perkara dan peristiwa yang aku lalui dan tinggalkan dalam tahun 2013 yang lepas. antaranya ialah aku telah jatuh cinta.....!!! hahahah... aku gurau sajalah.... mana dapat aku tulis satu persatu kan.... terlalu banyak....masa cuti yang baru ini saja pun banyak peristiwa yang terjadi dalam hidup aku. namun semuanya itu adalah asam garam dalam kehidupan. kalau tak ada asam garam nanti tak sedap pulak rencah kehidupan yang kita lalui seharian kan.

pada tahun ini (2014) tiga orang guru baru masuk ke sekolah aku bagi mengantikan tiga orang yang dapat bertukar. dua orang ke selangor kerana mengikut suaminya yang bertugas di selangor dan seorang tu lelaki balik ke johor walaupun baru setahun berada di sekolah aku ini. tapi yang bestnya ialah..... tiga orang yang masuk tu semuanya dari sarawak.... walau pun semua lelaki... tak kesah lah.... dan seorang tu dari sk belipat, lawas.... aku pun seperti tak percaya bila membaca surat pertukarannya itu. karang ini ia balik dulu ke lawas kerana menguruskan barang-barangnya yang masih ada kat sana. aku pun belum sempat bersembang lagi dengannya. nanti lah masih banyak masa lagikan....

nampak gayanya aku terpaksa memendekkan catatan pembuka tahun baru ini kerana sat lagi aku nak solat dan balik serta terus ke sekolah menegah agama guai, anak bujang yang nombor dua tu dah beberapa kali menelefon suruh datang bawak itulah, inilah serta resit bayaran yuran sebab nak ambil buku tulis kat guru kelasnya. maklumlah budak tingkatan satu dan duduk di asrama, tentulah gabra bila tengok kawan lain semua dah ada buku. ok lah ya...semoga di tahun 2014 ini aku lebih rajin meng'update' blog aku ni. nak dibiarkan bersawang...sayang pulak rasanya.... begitulah manusia, walau ditinggalkan namun di hati tetap setia mencinta... bak kata setengah mati merindu... apa yang setengah tu..aku pun tak tahu...

ok... jumpa lagi kat nilai untuk tempoh enam hari dan selamat bermalam dalam van lagi kepada aku, nak sewa hotel tak berapa nak mampu, nak berulang lagi lah tak upayanya aku... semoga berbahagia semuanya dan semoga terus dalam rahmat Allah hendaknya...Amin...

sekian..... assalamulaikum.....  daaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan