aku memerhati dan memerhati lalu terus memerhati setelah aku memerhati pada memerhati. memerhati pun sebenarnya sedang memerhati aku. tapi aku tak tahu apa yang memerhati, memerhatikan aku. cuma aku pasti memerhati sedang memerhati aku. tak kesah lah kalau memerhati nak perhatikan aku, aku pun bukanlah apa sangat. suka juga aku memerhati pada memerhati. setelah selesai semua urusan, dari aku tidor dan duduk diam-diam, lebih baik aku memerhati pada memerhati. bukan selalu dapat peluang memerhati ke arah memerhati yang juga kadang-kadang tak lepaskan peluang untuk memerhati aku. dan suka juga aku sekiranya memerhati sering memerhati aku. bukan senang nak suruh orang memerhati kita, apa tah lagi orang seperti aku yang kurus kering. namun jika ada yang memerhati, perhatilah dan aku pun boleh perhati pada memerhati pulak. biar sama-sama memerhati. barulah memerhati namanya. sepuas mana nak memerhati, memerhatilah puas-puas dengan memerhati dan aku pasti memerhati akan memerhati dengan sepuas hati. memerhati juga pasti akan bersetuju dengan aku kerana memerhati telah memerhati seperti aku juga yang memerhati. aku memerhati memerhati dan memerhati memerhati aku. kami saling memerhati dan memerhati pun memerhati lagi....
- b.tan. khamis- 10.7.2014. 1.14 pm.
* bestkan cerita kat atas tu. kisah memerhati. apa... ? tak faham....? biasa lah kalau orang tak faham apa yang dia baca. aku nak tunjukkan yang original pun tak boleh pasal dia dalam img.pdf. tak boleh nak dimuat naik. kalau baca yang tu rasanya mudah sikit nak faham. sebab ia guna literasi yang simple saja. tak berbelit-belit laras bahasanya walau pun tulisannya berbelit-belit. apa pun korang telah pun membacanya. anggap lah itu satu kejayaan kerana berjaya juga menamatkannya.
apa yang aku cakapkan ini.... sebenarnya aku nak sambung lagi catatan itu tapi ada sedikit gangguan dari seorang guru yang datang bersembang dengan aku. langsung putus angin dan layang-layang pun terkedu tak keharuan tanpa siapa pun yang peduli kerana ia telah terdampar di padang tandus nan gersang. kumpulan gersang ke? tak lah... kumpulan gersang mana ada dah. dah tinggal namanya saja. man bai pun dah lama tak buat lagu. yang ada pun lagu lama saja.
ehh... sebut pasal lagu ini kan, ada satu lagu raya yang jarang korang dengar. entah-entah tak pernah dengar pun agaknya. lagu apa... cuba teka..! salah langsung....!!! apa lah korang ni. ini mesti tak dengar sinar fm ni agaknya. ok, lah sebelum ada yang pitam dan termuntah membaca coretan aku kali ini adalah lebih baik aku mengundur diri dan bersedia untuk balik. dan kat dewan bawah tu tengah sibuk persiapan untuk majlis jamuan raya pada hari esok.(8.8.2014) aku nak pakai baju melayu apa ya? baju yang lama dua-dua warna hijau yang berbeza, baju baru pulak warnanya lain macam sikit..., aaahhh...!!! apa yang nak susah, baju aku, pakai sajalah mana-mana. bukan kena bayar pun....!!!
maaf zahir dan batin... dari hati ke hati... minal aidil wal faiiziin... selamat menamatkan puasa enam kepada pembaca yang budiman yang berpuasa sunat syawal. kepada yang dah beraya tu.... alhamdulillah, syukur kerana berjaya melawan nafsu
gambar hiasan:
grafiti terbaik abad ini.
namun ia tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah berhijrah ke alam barzakh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan