jumaat
petang
cuaca mendung kelabu
dengan langkah yang gontai
berada di ruang dewan
melihat sekitar
mereka rupanya masih sibuk
mengerah minda di atas kertas
mencari ruang untuk dijulang.
aku
begini
cuba melihat dalam diri
membanding aku dan mereka
entahlah
tidak tahu mengapa
persoalan yang datang
perjuangan ikon
konflik antara minda dan jiwa
berakhir jua.
kini
ingin ku ucapkan
(tulisan seterusnya tak boleh/dapat dibaca, harap maaf)
petang
cuaca mendung kelabu
dengan langkah yang gontai
berada di ruang dewan
melihat sekitar
mereka rupanya masih sibuk
mengerah minda di atas kertas
mencari ruang untuk dijulang.
aku
begini
cuba melihat dalam diri
membanding aku dan mereka
entahlah
tidak tahu mengapa
persoalan yang datang
perjuangan ikon
konflik antara minda dan jiwa
berakhir jua.
kini
ingin ku ucapkan
(tulisan seterusnya tak boleh/dapat dibaca, harap maaf)
* sajak di atas berusia hampir 19 tahun. aku menulisnya di dalam dewan atau lebih tepat lagi bilik peperiksaan semasa aku menduduki peperiksaan sijil tinggi pelajaran malaysia. hari itu ialah hari jumaat dan merupakan hari terakhir peperiksaan stpm. kalau tak silap aku matapelajarannya ialah bahasa melayu kertas karangan atau pun penulisan. aku ambil semula stpm kerana ketika di tingkatan 6 keputusannya tak lah berapa memuaskan. macam mana boleh tak memuaskan, jangan tanya kerana ia boleh mendatangkan kemaluan yang besar kepada aku sendiri. tapi itulah perkara yang sebenar berlaku dalam hidup aku.
setelah siap menjawab soalan yang dikehendaki, masa masih panjang lagi, nak keluar belum boleh lagi sebab belum cukup dia punya haul. aku pun mulalah gatal kepala dan terus melarat ke tangan. kalau setakat kepala gatal tak apa lagi, tapi kalau gatal tangan adalah yang nak kena ni. aku pun ambil kertas yang terlebih itu dan mencapai pensel lalu kepala ligat mencurahkan idea yang tiba-tiba saja mendatang tanpa diundang. aku sebenarnya ketika itu sedang memikirkan yang aku akan balik ke semenanjung atau lebih tepat lagi kampung aku pada esok hari. flight pukul 12.15 tengahari dari lawas ke miri kemudian direct ke subang, masa tu klia sepang belum ujud lagi. balik pulak tu bukan sebarang balik, balik nak nikah dan kahwin sekali. mana ada orang macam aku rasanya, tak pernah jumpa pun tunang aku, tahu-tahu balik kampung nak kahwin.
jadi sebagai meraikan aku yang akan menamatkan zaman bujang, aku telah mencatat satu catatan yang aku beri tajuk 'belasungkawa buat diri ku'. bunyinya macam aku telah mati. ya, aku telah mati! zaman bujang aku telah mati. tapi sayang di akhir catatan itu telah hampir hancur dimakan oleh hari. terlalu lama disimpan dalam fail, tak sedar ia telah tersorok antara kertas-kertas yang berhabuk. kalau tak kerana aku mencari kad raya special tu, mungkin aku tak jumpa catatan ini, terima kasih lah kepada pengirim kad tersebut kerananya aku jumpa semula catatan usang tentang diri aku sendiri. kalau tidak, sampai bila pun tak akan terjumpa dan terpamer kat sini agaknya.
oklah, aku pun dah rasa lapar ini, penbentangan ni habis pukul satu dan aku terpaksa balik untuk menjemput anak aku. pukul dua nak masuk semula dan habis pukul empat setengah. hari ini anak aku yang baru habis pmr akan balik. katanya naik bas sahaja dengan kawannya. nak aku jemput, minta maaflah, tapi kalau terpaksa aku akan tinggalkan dulu kursus ini. apa pun aku akan teruskan kehidupan berkeluarga ini seperti sedia kala walau kini isteri aku jauh dari mata tapi sebenarnya ia tetap ada dalam hati ini. aku ini jenis lelaki yang tak pandai nak tunjuk sayang pada isteri. karang cakap lebih-lebih ada pulak yang termuntah membaca catatan aku ini, baiklah aku berhenti kerana perut aku makin tak sedap rasanya kerana dek menahan lapar. assalamualaikum...daaa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan