Rabu, 26 Februari 2014

duduk menghadap anak wawasan...



































duduk menghadap anak wawasan
minda ku menerawang menuju masa depan
terkadang kelam yang kelihatan
namun cerah jua yang diharapkan.

duduk menghadap anak wawasan
ada ketikanya jiwa tertekan
mereka bertindak sekadar angan-angan
bukan impian yang perlu dinyatakan.

duduk menghadap anak wawasan
mereka kelihatan amat menyakinkan
tapi apakah ia kenyataan
jika usahanya sekadar mainan.

sedarlah wahai anak wawasan
bangsa dan negara perlukan kalian
usah berleka dengan nyanyian
teruskan usaha jangan mudah putus harapan.

b.tan.
kemayan.
30.5.2013.
11.08am.

* agak lama jugak aku tak menulis sajak kat danau kalbu ku. sajak kat atas tu aku tulis semasa kelas intensif atau kelas tambahan semasa cuti pertengahan tahun 2013. sambil menunggu mereka menyiapkan latihan, tak tahu apa nak dibuat atau dibaca, kebetulan ada buku nota sahaja. aku pun tulislah apa yang terlintas di kepala ketika itu. cuma perkataan yang terakhir itu aku ubah dari 'asa' kepada 'harapan' supaya sama bunyi rima hujungnya.

catatan atau entry yang minggu lepas tu aku buat semasa rehat pukul 1 hingga pukul 2. selepas makan ala kadar saja kat kafe fakulti syariah dan undang-undang aku masuk semula ke dewan kuliah 2.1 untuk menikmati kedinginan hawa dalamnya. kalau semester lepas masing-masing asyik mengeluh kepanasan, kali ini sibuk pulak nak bawak blazer bagi menghadapi 'musim sejuk' semester ini. aku hanya senyum saja bila mendengar cakap-cakap mereka itu. terutama yang perempuanlah pasal mereka kan banyak mulut dari lelaki yang dua orang dalam kelas ini.

oh, ya.... catatan yang original tu aku saja paparkan sebagai bukti. terkadang terlintas jugak di benak aku ini kemungkinan sajak atau puisi aku yang tak seberapa itu akan diciplak atau disalin oleh mereka yang tak berapa nak bertanggungjawab dan mengaku hak mereka dengan menghantar ke mana-mana penerbitan setelah dibuat tokok tambah atau ubah suai mana yang patut. bila aku buat cam tu, harapannya susah lah sikit mereka nak mengaku tulisan itu hak mereka. kalau tidak mereka telah mencuri hak orang lain. biasalah zaman siber dan alam maya sekarang ini. segalanya memungkinkan apa saja untuk berlaku.

ok, lah cukup sekadar itu dahulu walau banyak yang aku nak kongsikan tapi masa tak berapa nak mengizinkan aku berlama-lama di tepian danau ini, maklumlah sekarang kan musim panas dan kering (kenapa takut nak guna perkataan kemarau, bukankan itu lebih tepat), yang banyak risikonya seperti wabak penyakitlah, demam dan nak kena catu air pulak tu.... semoga air di danau kalbu ku tak kekeringan idea untuk terus menyubur minda para pembacanya. ada ke pembaca danau kalbu ku ini....? entahlah... aku pun tak tahu jawapannya... persoalan yang tak perlu dijawab pun...

daaaa.... wassalamu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan