Jumaat, 21 Mac 2014

catatan 8 mac...

asalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
aku agak terkesan pada hari ini kerana aku ada kelas di usim, nilai. seperti biasa aku cuba bangun awal dan pergi ke nilai pun awal. walau aku sedar pada jam 3.20 pagi, tapi aku masih lagi bersenang-senang dengan berbaring. tapi tak lah lama kerana aku terpaksa juga bangun pada pukul 4.00 pagi. dan memulakan perjalanan pada jam 5.30 pagi. lamakan aku nak bersiap.... satu jam setengah baru siap...  biasalah... ehemmm...ehemmm...

pada subuh ini kali kedua aku bersolat di masjid kampung simpang durian. pertama semasa semester empat yang lalu. aku sampai di simpang pelangai baru pukul 6.05 pagi, masih sempat untuk ke simpang durian yang jaraknya lebih kurang 12 kilometer. waktu subuh memang jalan lenggang. tapi agak bahaya untuk memecut kerana kadang-kadang ada lori panjang atau treler yang berat muatannya.

siap solat subuh, pada jam 6.30 pagi aku meneruskan perjalanan. cuaca agak dingin hingga memaksa aku memakai baju tebal. sambil layan ikim fm yang memang menarik slotnya iaitu tahsinul ibadah. tapi oleh kerana siarannya terganggu aku terpaksa mengalih kepada sinar fm. biasalah kalau sinar fm ini... mesti lagu retro punya namun ada jugak lagu yang terkini.

ada beberapa kali aku hampir termakan jalan kerana maklumlah jalan menuju ke kuala klawang amat mencabar sekali walau pun aku suka kerana banyaknya selekoh. kalau main drift memang bagus sangat. tapi tak kan aku nak berdrift dengan van pulakkan. karang tak pasal-pasal jadi perkara tak diingini. aku sampai di kuala klawang lebih kurang pukul tujuh lebih. dan semasa melalui selekoh yang terdapat makam moyang saleh aku terbau sambal ikan bilis nasi lemak. sedap baunya yang menyebabkan aku rasa lapar. apa lagi aku pun membuka bekal aku semasa mendaki jalan di bukit bertangga.

sambil memandu aku makan roti ban susu atau aku makan sambil memandu, aku tak pasti tapi itulah yang aku lakukan bagi menghilangkan sedikit rasa lapar. lagi sekali aku hampir termasuk jalan yang bertentangan kerana lambat mengawal stereng semasa menuruni bukit. jalannya pun memang mencabar juga. aku bercadang nak snap beberapa gambar tapi tak sempat kerana bimbang berlaku apa yang tak sepatutnya.

semasa aku melalui kawasan lenggeng yang jugak mendaki dan menuruni bukit aku dapat panggilan dari rakan sekelas yang percakapannya tak berapa jelas. aku hanya dengar "aku kat highway". yang lain tu tak berapa jelas.

* aku terpaksa berhenti kerana pensyarah dah masuk kelas. bye....
tapi belum babai lagi pasal aku terpaksa postingkan juga catatan ini kerana kerana besok lagi sekali aku ada kelas kat sana. itu saja aku nak maklumkan untuk pengetahuan korang semua. tapi aku masih jugak seperti dulu yang rindu pada masa dulu-dulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan