Isnin, 21 Februari 2011

amuk seorang bapak.


mengamuk??? itu baru sikit jek. entahlah tiba-tiba hari ini aku naik angin sikit bila melihat perangai anak-anak aku yang masih ada kat rumah ini. aku balik dari tanah sejuring lebih kurang pukul 12 suku, kemas-kemas van keluarkan apa yang patut dan aku pun ke triang untuk membasuh van yang dah berbulan comot dan berdaki. sambil tu aku sempat mengarahkan anak aku yang berada di luar rumah agar masuk ke dalam kerana hari tengah panas.

bila aku balik dalam pukul dua lebih, rupanya anak aku belum masuk ke rumah, malah sedang berenak-enak bermain games di rumah jiran yang selang dua pintu dari rumah aku. kelihatan isteri aku baru keluar dari rumah jiran tersebut atas urusan melagau...eh! silap.... memanggil anak-anak aku pulang. rupa-rupanya sepeninggalan aku tadi mereka belum masuk ke rumah lagi. puas panggil, tak nak balik, kata isteri aku sambil memegang sepuntung kayu berukuran sebesar ibu jari kaki. aku pun mengambil kayu tersebut dan memukul betis ahmad bilal abdullah sambil memimpin ahmad abdullah abbas yang belum sembuh benar dari demamnya. dan anak-anak yang lain pun turut masuk ke rumah.

tetapi ahmad bilal abdullah telah menjerit dan kononnya nak lari kerana tak mahu masuk ke rumah, aku cuba menghampirinya untuk mengajak masuk, sebaliknya ia lari, aku tak mahu membiarkan kerana nanti uminya akan bersiaran langsung untuk beberapa ketika. aku pun mengejar dan ahmad bilal abdullah semakin laju, aku pun turut laju sambil memegang kayu. mungkin kerana memikirkan aku dah hampir dengannya, ahmad bilal abdullah pun berhenti sambil aku memegang lengannya dan menghayun kayu lalu mengenai betisnya dan terpatah dua. namun setiap kali aku merotan atau memukul anak aku, aku pastikan aku dalam keadaan sedar iaitu aku memukul untuk mendidik dan bukan tujuan untuk mendera anak.

rupanya kejadian tersebut telah dilihat oleh jiran berbangsa india, kerana aku memukul anak di hadapan rumahnya. jiran tersebut bertanya: ada apa? aku hanya mengelengkan kepala sambil berkata: tak ada apa. malah jiran sebelah rumah aku pun tersenyum dan ketawa melihat kejadian tersebut sambil berkata sesuatu tapi aku tak mendengarnya. dan aku buat tak kesah saja kerana selama ini pun macam-macam cerita yang mereka hebohkan satu seri buntar kononnya aku ini garang dengan anak-anak, suka pukul anak, mengurung isteri tak beri bergaul dengan orang lain, malah aku balik ke seri buntar pun dikatakan kerana aku telah berbuat sesuatu yang salah semasa di perantau damai. ye ke aku buat sesuatu yang salah di perantau damai? cuba cari apa kesalahan yang aku telah buat di sana dan senaraikan serta laporkan ke pada pihak polis. memang aku mencabar!!!!

kadang-kadang aku tak tahan jugak bila isteri aku mengadu itu dan ini, macam-macam diorang katakan tentang aku dan keluarga aku. alhamduliLLah aku masih boleh bersabar dan menasihatkan isteri aku supaya jangan ambil kesah apa yang orang katakan sambil mengingatkan isteri aku: kita makan bukan mintak dengan diorang, kita mintak dengan Allah, lantaklah apa orang nak kata bukan mendatangkan kudis pun pada kita. memang aku paham sangat tebiat dan perangai orang melayu ni, suka mereka -reka cerita dan melihat orang lain bergaduh terutama suami isteri. sehinggakan isteri aku bekerja di kantin sekolah pun, diorang ingat kerana telah bergaduh dan ada masalah dengan aku. apa diorang fikir kalau aku tak ada duit, diorang nak kutip derma ke bagi pada ku? janganlah mencabar kesabaran seseorang, air yang tenang jangan disangka tiada buaya, ini kan pulak aku yang.....

jiran-jiran aku bolehlah kata itu dan ini, anak mereka tak ramai tiga orang, empat orang tapi aku lapan orang mana nak sama dengan diorang. itu pun aku lihat didikan yang diberikan pada anak-anak mereka tak lah sempurna sangat, cuma gaya saja yang lebih. aku akui, aku bukanlah seorang yang sempurna, sebab itu orang selalu berkata: ayah ustaz, tapi anaknya...... macam-macam yang orang katakan. terserahlah pada ALLAH untuk menilai kualiti hidup aku dan keluarga aku. aku hanya berserah pada Yang Maha Esa.

berbalik pada cerita tadi, aku pun masuk ke rumah sambil membuat siaran langsung apa yang patut untuk menyedarkan anak-anak aku dan membuat beberapa libasan tali pinggang kepada kaki dan betis ahmad abdullah azzam. nasib baik talipinggang dioarang, kecil dan nipis, kalau talipinggang aku agaknya mahu berjalur-jalur kesan yang berbekas. aku bukan tak bagi anak aku berkawan tapi biarlah betul pada masanya. dah tengah hari duduk bermain games dan makan nasi di rumah orang, itu yang aku naik angin, uminya panggil asyik dijawab sekejap lagi, sekejap lagi. bila balik bapaknya baru diorang tahu, dah tak ada sekejap lagi dah, terus mendapat habuan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. tindakan aku melampau? keterlaluan? mungkin berbagai tanggapan dari pihak yang membaca catatan ini, tapi bagi pihak aku, aku wajar memukul anak aku sebagai peringatan kepada mereka agar menghormati ibu yang memanggil mereka pulang dan patuh kepada nasihat dan arahan orang yang lebih tua dari mereka.

aku masih ingat semasa aku kecil dulu-dulu pun, sering jugak dirotan oleh ayah aku kerana selalu bermain-main dengan sepupu di rumah Allahyarham tok aku sehingga lupa nak balik makan nasi dan mengaji. malah adik-adik aku juga begitu, tapi alhamduliLLah sehingga kini aku tak pernah berkecil hati pada ayah atau emak aku, sebaliknya aku bersyukur kerana memiliki ibu dan ayah yang terlalu amat mengambil berat tentang masa depan anak-anak mereka. jika dibandingkan dengan orang lain yang keluarga mereka lebih senang dari keluarga ayah aku, tak lah malu jika dikatakan adik beradik aku lebih berjaya dari keluarga mereka. bukanlah niat untuk meninggi diri tapi sebagai iktibar, kenapa kita terlalu takut untuk merotan anak?


*maaf, dah hampir pukul tiga pagi, aku perlu tidor dulu. oh, ya! cpu yang terbakar dulu dah dapat gantinya. tapi menurut isteri aku: kenapa dapat yang buruk tak macam yang dulu? biasalah orang perempuan memang macam tu agaknya, ada saja yang tak puas di hati mereka... hahahah....
wassalamu.

Isnin, 14 Februari 2011

ada RM450.00?.....

GAMBAR BUKTI:




INILAH RUPA CPU YANG TERBAKAR KETIKA AKU SEDANG TIDUR.



TIBA-TIBA ANAK AKU DATANG MENGEJUTKAN DAN BERKATA ADA MASALAH: KOMPUTER BERASAP!!!!!!


AKU BANGUN DAN MEMANG BERASAP! BEBERAPA SAAT KEMUDIAN DI DALAM CPU ADA WARNA MERAH YANG MENUNJUKKAN API DAH MULA MENYALA DAN AKU DENGAN PANTAS MENGAMBIL KAIN BASAH DAN MENEKUP SERTA MEMADAMKANNYA. ALHAMDULILLAH BERJAYA DIPADAMKAN TAPI INILAH RUPA CPU ITU. TERAMAT CANTIK SEKALI WAJAHNYA YANG CUN MELECUN !!!!!!



INI PULA GIGI RONGAK LAPTOP AKU YANG DI CUNGKIL OLEH BUAH HATI AKU.!!


INILAH RUPA LAPTOP AKU SEBELUM GAMBARNYA HILANG ENTAH KEMANA TANPA SEMPAT AKU MENGEJARINYA DENGAN RM!!!!!!!!!

assalamualaikum....

aku baru dapat sms dari active technologi, yang mengatakan laptop aku tu memang bermasalah motherboard dan aku nak repair ke. aku jawab tak nak sebab belum ada baget lagi. kosnya cuma rm 450.00. tapi di tengah bulan ini manalah aku nak cekau duit sebanyak itu. beberapa kali air mata jantan aku berlinangan pada bulan ini bila anak-anak aku yang duduk asrama meminta belanja untuk itu dan ini. sehinggakan isteri aku yang seorang surirumah sepenuh masa terpaksa bekerja di kantin sekolah untuk membantu aku dari segi kewangan. aku amat terharu dengan kesudian dan kesediaan beliau untuk sama mencari sedikit belanja untuk menampung perbelanjaan keluarga.

laptop tu bukan aku tak sayang, tapi aku lebih sayang pada keluarga aku. biarlah dulu dia berehat kerana aku telah menggunakannya sejak dari tahun 2008 untuk kegunaan pru 12 lagi, dan sememangnya aku perlu laptop itu kerana aku jugak ketika itu seorang guru data yang menggunakan notebook kpm tetapi telah terlalu slow dan teramat melambatkan kerja aku. untuk kegunaan kerja seharian dan kerja-kerja parti aku telah membeli secara ansuran dari active technologi. dah habis bayar pun. bila dah habis bayar bermakna dah habis warrantinya. terpaksa tanggung semua.

aku update blog ini menggunakan pc dalam bilik aku di pejabat sekolah. salah atau mencuri masa kerja. itu urusan aku, asal jangan semua kerja aku terbengkalai sudah dan siap seperti adanya. cuma aku agak terkilan bila aku difikirkan sebagai "dirty minded". aku bukan maksum dan bukanlah terlalu baik tanpa dosa dan noda. tapi aku manusia biasa yang juga hamba Allah yang lemah, sebagai hamba Allah perlulah kita sentiasa membaiki diri dengan sentiasa menghampirkan diri pada Yang Maha Khalik untuk kesejahteraan hidup sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

cukup untuk posting kali ini, jangan lebih-lebih jugak nanti orang baca menyampah. hahaha... ok wassalamu.

____________________________________________________________________


inilah wajah buah hati aku yang menjadi penyeri seharian setelah kakak-kakaknya berhijrah ke asrama. hilang segala keletihan bila melihat ia ketawa dan bermain dengan ceria.

Isnin, 7 Februari 2011

bertimpa problem...

assalamualaikum...
aku dah lama tak update blog aku kerana:

1- laptop aku tak tahu kenapa tak keluar gambar. bawak pergi azam suci, dia orang kata antara du sebab- pertama mungkin motherboard rosak. kalau nak bela atau tukar kosnya 850 lebih. kedua mungkin kad grafik dia rosak. kalau di tukar 350 lebih. dimanakan ku cari ganti serupa dengan mu!

2- pc yang ada di rumah aku, cpu nya baru berusia 2 bulan lebih tapi telah terbakar dan mengeluarkan api. syukur alhamdulillah aku sempat dan dapat memadamkannya.

kesimpulannya semua dah tersimpul. tunggulah aku dapat baget dari langit akan aku bukak simpulnya itu.
sekian dimaklumkan. wassalamu.

Jumaat, 28 Januari 2011

hujan oh hujan...

assalamualaikum....

hujan yang turun bagaikan aya' mata, berkilau bersinar dan bermacam-macam lagi. aku sejak dari jaman kecik-kecik memang suka main hujan. ada masanya kalau ada kesempatan dan peluang serta jika mood mak aku baik, aku akan mandi hujan bersama adik dan sepupu aku di hujung salor atap rumah arwah wan dan tok aku di kerayong. cukup seronok dan mengembirakan sekali. tapi itu dulu-dulu.

tapi hari ini hujan dengan irodah Allah telah membantutkan perancangan aku untuk mengadakan latihan perbarisan dan lintas hormat serta raptai penuh. itu no hal lah, sebab kuasa Allah siapa yang dapat mengatasinya. semua kehidupan di atas muka bumi ini tunduk dan takluk di bawah pemgawasanNya. sepatutnya, sebagai hamba kita mesti bersyukur kerana Allah masih lagi menurunkan hujan sebagai rahmat untuk setiap insan.

hujan menyebabkan banjir? itu hak Allah sebagai ujian dan cubaan kepada manusia di atas perlakuan mereka dalam menjalani kehidupan. bukan hak manusia untuk marah dan mengeluh dengan bencana yang menimpa kerana apa yang berlaku adalah di sebabkan tangan-tangan manusia yang durjana.

maaf, aku terpaksa mengakhiri khutbah jumaat yang ringkas ini kerana sekarang adalah waktu balik bagi sk kemayan dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. dan sebagai seorang lelaki muslim sejati aku akan menunaikan solat jumaat seperti biasa. cuma tak tahu lagi di masjid mana kerana aku akan ke temerloh atas beberapa urusan. di masjid pang senamkah atau di masjid-masjid yang lain bergantung kepada keizinanan Allah jua. begitulah adanya kehidupan ini.

Sabtu, 22 Januari 2011

rimau...ehh.! rimup la..


assalamualaikum....
malam tadi aku macam biasa agak lewat merebahkan badan. aku merayau ke sana dan ke sini. singgah di sana dan singgah di sini. mengusik sikit-sikit dan ketawa yang lebih. akhir sekali aku disapa oleh sipanjang yang aku sengaja buat tak tahu. sembang-sembang dan cincau, cau..cau.. aku pun rebah setelah menguruskan anakanak aku yang tidor merata-rata.

di pagi hari bangun macam biasa juagak, tapi taklah kelam kabut kejutkan anak, sebab hari ini hari sabtu, cuti. setelah mengurus sedikit rumahtangga, aku berkejar ke sk kemayan pada pukul 8.10 pagi untuk program rimup zon kemayan yang melibatkan 3 buah sekolah: sk kemayan(tuarumah), sjkc kemayan dan sjkt kemayan. program bermula pada pukul 8.30 pagi dan aku tiba tepat pada waktunya. tapi itu bukan slot aku, slot aku ialah sukaneka pada pukul 9.30 atau lewat sedikit.

ok, beres separuh sukaneka, berhenti rehat dan disambung pada pukul 11.00 pagi. tak sempat aku ambil gambar lari dalam guni kerana melayan gb aku bersembang di kantin. hanya sempat lari tarik upih sahaja yang diiringi dengn gelak ketawa. habis sukaneka makan t/hari. tapi aku tak pegi kerana melayan mukabuku dan bersembang dengan kawan lama aku yang jauh di seberang laut china selatan. sebentar tadi habil talipon ajak makan, gb tengah tunggu, ok! aku jawab. tapi tak turun lagi. kemudian isteri dan anak aku pulak yang talipon, bertanya itu dan ini, aku pun jawab itu dan ini.

sekarang anak-anak rimup sedang riuh rendah menunggu pukul 2.00 untuk agenda seterusnya. tapi aku masih lagi menaip catatan ini setelah kawan di seberang mengoffkan dirinya. hahaha...mengoffkan diri, bahasa apa tu, lai...
ok lah, aku nak pergi makan sebelum solat zohor pada pukul 1.22. rasanya sempat lagi kalau makan ni. babai...

Ahad, 16 Januari 2011

silakan tutup...



assalamualaikum....

nak tutup? tutuplah aku peduli apa... biar pun aku masih baru dan masih lagi terkial-kial nak mengemudinya, aku tak heran langsung dan tak kan bersedih hati atas penutupan kamu itu. tutuplah itu hak kamu. tutup serapat yang mungkin dan jangan cuba-cuba atau mengada-ngada ada niat nak membukanya kembali nanti. memang aku belum puas lagi kerana masih banyak atau ramai lagi orang yang aku belum dapat kesan. tapi tak mengapalah, tak kuasa aku nak merayu-rayu atau cemburu kerana aku sendiri mempunyai laman web sebelum kamu meletop dengan mukabuka kamu itu.

tapi aku hairan kenapa ia tak dilakukan sekarang atau besok. lebih cepat kan lebih bagus. tentu ramai yang bersetuju dengan aku yang tak berapa reti ini. dengan ujudnya kamu bermacam perkara yang aku dengar dan aku tahu. bukan sedikit yang menderita kerana kamu. ada yang terpaksa berendam air mata kerana menanggung sengsara. cuma yang tetap aku fikirkan kenapa 15 mac tidak tarikh lain. itu semua hanya kamu sahaja yang tahu. aku mula menyimpan prasangka terhadap kamu. mungkinkah kamu mempunyai agenda yang tersembunyi yang hanya kamu sahaja mengetahuinya. walau apa pun kita semua tunggulah tarikh itu nanti apakah yang bakal berlaku. apakah manusia akan menjadi gila dan sasau kerana ketiadaan kamu.

Isnin, 10 Januari 2011

apa aku merepek ni....

assalamualaikum....
beberapa perkara masih belum beres, tapi insyaAllah akan beres juga. antaranya mesyuarat persediaan sukan tahunan, perancangan program tahunan surau taman triang maju, semakan daftar pemilih upu padang luas serta senarai peralatan sukan yang nak dibeli pada tahun ini. nak pergi tempah medal dan piala. rabu ni start latihan merentas desa. pisang kat kebun tanah sejuring belum habis diterangkan lagi. pagarnya masih lagi belum selamat. perlu ditambah tiangnya biar rapat sikit supaya senang puyuh berlari-lari dan payah lembu menari-nari. aku mesti habiskan jugak atau membereskan proses pembukuan kegampangan yang dah melangkau tahun tergendala kemajuan projek tersebut. nak aku biarkan saja, bukan prinsip dan bukan kegemaran aku. tapi ini sedikit sebanyak agenda yang perlu aku bereskan setelah liverpool tewas tipis 1-0 kepada setan merah. walau kalah aku tetap tabik pada pengurus baru dan barisan pemainnya termasuk gerrad yang dibuang padang. nampak sangat setan tersebut hanya bergantung kepada penalti untuk menang. itu pun nasib baik masuk. tapi kalau fahmi, mungkin tak masuk kot.
semakan daftar pemilih??? ya, semakan daftar pemilih. dah daftar ke, belum? kalau belum jom pergi daftar. pru dah tak lama lagi. kalau nak tengok be end berkubur perlulah berkerja kuat. bukan bergebang kuat. aku memang tak sempat nak nak menyiapkan semakan buku daftar tersebut. mesti saha banyak kali bersungut agaknya. tapi jangan bimbang sebab ia masih dalam kepala otak aku lagi. bermakna ia masih boleh disiapkan sebelum pru 13.
oh! ya. minyak hitam ada ke lagi nak buat garisan padang bolasepak dan bola jaring. sukan pun nak guna minyak hitam jugak. aku ingat motor dan kereta saja yang guna minyak hitam tapi padang pun guna. tapi tak apa nanti shahriman boleh uruskan. yang lama lebih karnival permainan ada lagi tapi tak cukup. dapat dua tiga tong, ok lah agaknya.
hari tu, beberapa kali anak-anak aku yang duduk asrama, buat panggilan, tapi nasib baik bukan panggilan kecemasan. cuma sekadar panggilan bertanya khabar dan itu dan ini. macam mana agaknya ahmad kamal abdullah duduk asrama. tapi bila difikirkan semula. aku tak lah lorat sangat sebab aku dulu pun lepas sekolah rendah, duduk asrama jugak. ok, apa tak ada cacat cela pun. cuma aku saja yang membuat cacat cela. tapi itu cerita underground. tak perlu cerita kat sini.
oh, ya sabri ada talipon. tapi aku tak angkat sebab aku tak dengar. bukan lah aku pekak tapi volume dia memang tahap minima. mungkin telinga semut pun tak dengar agaknya. pertama dulu dia call, ajak pergi hospital nak melawat zaid kat bilik bersalin, hahaha... ini bukan kelakor tak payah lah nak gelak. orang tu sakit awak buat lawak pulak. kali kedua semalam, lepas pergi asrama seri bera. aku nampak dah kereta dia tapi bayang dia pulak aku tak nampak. jadi aku ingat jeling-jeling, pusing-pusing tak nampak lagi. aku pun baliklah dan singgah dia rumah mak dan ayah aku sambil mengutip beberapa bijik kelapa. kelapa mahal sekarang ini. sebijik dua ringgit lebih. minyak pun dah makin mahal sekarang, aku ingat tak lama lagi satu dasar akan dibuat oleh pemerintah iaitu dasar kongsi kereta macam yang pernah dibuat dulu-dulu. tapi semuanya indah kabar dari rupa sebab semuanya rupa penipu belaka.
aku ingat dan aku pun dah berfikir aku nak berhentilah dulu merepek ni sebab tak lama lagi aku nak bentang kertas kerja di persidangan bangsa-bangsa bersatu sk kemayan. waktu dan tarikhnya pada hari ini 10 januari 2010, eh silap 2011 lah tepat jam 1.35 petang. jadi terpaksalah aku berundur diri dari medan perepekan ini buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada siaran azan zohor yang akan berkumandang sebentar lagi.
sekain,, eh sekian terimalah kasih kepada yang dah membaca tulisan ini. tapi ini bukan pedooh, cuma cakap terus terang saja supaya senang nak paham, bukan pak hang. eh, berapa banyak eh da, aku berenti dulu ya.
wassalamu, hingga bertemu jangan jemu.

Sabtu, 8 Januari 2011

koppers forever....



Liverpool Pecat Hodgson, Kontrak Dalglish.

Terima Kasih Hodgson.

Saya Sedih Gagal di Liverpool.

Dalglish Bawa Kebangkitan Liverpool.



Isnin, 3 Januari 2011

Bunga Padang Pasir

Kau mekar di hatiku umpama
Sekuntum bunga di padang pasir
Kau adalah musafir dahaga
Seteguk kehausan cintaku

Di dataran kering kontang
Tanpa ada penghuni asing
Namun kau bunga ku
Subur mekar di jambangan

Kini kau merayuku dahagakan
Seteguk air bagai musafir
Di padang pasir

Hanya cintaku
Pelepas dahagamu
Terdengar mesra rintihan
Menjerit dalam kehausan.

sofea.

*istimewa untuk isteriku.

bahana bermukabuku...


assalamualaikum.....

waktu sekarang menunjukkan pukul 2.05 pagi. aku tak tahu pukul berapa aku akan tidor. kerana hari ini adalah hari rabu, hari pertama persekolahan sesi 2011 bagi negeri pahang dan yang sewaktu dengannya. aku agak excited, bukan kerana tak sabar nak ke sekolah. tapi oleh kerana aku telah mencari beberapa nama anak murid aku semasa di srb agama lawas. lawas lagi!!! jangan jealous atau kata aku mengada-ngada. dan aku telah melihat beberapa keping gambar perkahwinan anak murid aku malah ada seorang yang kini telah menetap di kuala terengganu.

sekian thank you. aku nak tidor dulu.

*kata je nak tidor , tapi laptop pun belum di"shutdown" lagi.

Isnin, 27 Disember 2010

menanti azan.

Ada rasa yang membara
ada rasa yang berduka
ada rasa yang cemburu
ada rasa yang diburu.

Pada masa yang berlalu
pada masa yang tak tahu
pada masa yang begitu
pada masa yang menunggu.

Rasa masa yang lambat
rasa masa yang cepat
rasa masa yang gelap
rasa masa yang pekat.

Masa rasa semua sihat
masa rasa semua hebat
masa rasa semua singkat
jangan terperangkap dalam zulmat.


b.tan
12.55 am
12.12.2010
dataran mab, temerloh.

memerhati diri.

Aku memerhati
hilir mudiknya manusia di jalanan
berbagai arah berbagai tujuan berbagai ragam.

Mereka tak perasan
aku yang membatu
bisu yang bukan kelu.

Aku memerhati lagi
berbagai warna berbagai corak
berbagai lagak berbagai bongkak.

Mereka tak tahu
aku sedang memburu
pada waktu yang lambat tapi cepat berlalu.

Aku masih memerhati
pada pergolakan proses hidup ini
mencari impian hati semua perlu berhati-hati
mencari sedikit rezeki usah digadai maruah diri.

Dalam pemerhatian ini
makin banyak ku mengerti
meski pilihan ada di muka
kita sering juga lupa
bahawa hidup yang sarat ini
bisa saja menjadi jerat.

Aku terus saja memerhati
pada jerat yang dipasang sendiri
antara sedar dan tak peduli
aku juga sedang diperhati.


b.tan
12.47 am
12.12.2010
dataran mab, temerloh.

tengkujuh.

Angkat pukat yang dulu penuh sarat
sidai di jemuran untuk disulam kekalutan
tataplah dada laut yang penuh warna gelora
ini saat untuk kau berehat
melepas lelah tapi usahlah kau gundah
bot di air jangan biar pecah
kelmarin melanda angin lintang yang garang
menerpa wajah yang mulai cemburu
pada hempasan gelombang di laut.

Jika kau tahu
itu isyarat alam jua cemburu
kerna kau pura-pura tak tahu
hidup ini makin hampir ke hujung waktu.


b.tan
12.19 am
12.12.2010
dataran mab, temerloh.

Selasa, 21 Disember 2010


assalamualaikum...

aku masih lagi berfikir sama ada akan menyambung entri kembara ziarah atau cukup setakat apa yang dah aku post kan. kalu ada kelapangan insya Allah aku akan sambung kerana gambar masih banyak lagi yang boleh dipaparkan. cuma masalahnya size agak besar dan memang menganggu paparan.

apa pun aku sekarang berada di temerloh, menanti anak sulong aku tuisyen. kelas habis pukul 3 petang. sekarang baru pukul 11.33 pagi. bateri dah nak habis. charger pulak tertinggal kat rumah. nampaknya terpaksalah aku menghabiskan masa kat perpustakaan temerloh atau kedai buku al-hidayah.

sekian, dimaklumkan. wassalam.

Khamis, 16 Disember 2010

kembara ziarah 2.



Photobucket


sedang isteri dan anak-anak aku sibuk memberi salam, sempat aku megambil gambar rumah pakteh mod untuk kenangan. tak tahu bila lagi kami akan ke sana. jika panjang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Esa, insyaAllah kami akan berkunjung lagi.

Photobucket

inilah dia kehijauan sawah padi di hadapan rumah pakteh mod, tenang dan mendamaikan. ia milik pakteh mod sendiri tapi diusahakan sepenuhnya menggunakan mesin.


Photobucket

dari mula membajak sehinggalah menuai, mesin digunakan.


Photobucket

jika tidak ada aral, insyaAllah bulan satu nanti akan dapatlah dituai hasilnya. tapi oleh kerana segalanya mesin, tuan tanah hanya cuci tangan dan dapatlah hasil wang setelah ditolak upah mesin jentera. tak tahulah berapa. tapi kata isteri aku dalam ribu-ribu jugak untuk satu musim. kalau setahun, dua atau tiga musim? cukuplah untuk belanja selama setahun agaknya.


Photobucket

setelah siap bersarapan, pakteh mod mengajak kami ke rumah "nenek kebayan"- duduk bertudung hitam. disebelahnya ialah isteri pakteh mod. nenek ini ialah adik beradik pakteh mod satu emak.


Photobucket

sebelum ke rumah pakcik shap, sempat lagi pakteh mod berseloroh dengan adiknya tu.


Photobucket

apa lagi agaknya yang dijengok oleh pakteh mod. oo! nak buang air rupanya kat tandas di belakang rumah tu.

Photobucket

antara pemandangan di perjalanan ke rumah pakcik shap. banjaran gunung jerai tu!
Photobucket

inilah dia mahligai kepunyaan pakcik shap, bekas kakitangan pejabat hutan zon kedah/perlis. tapi itu cerita dulu-dulu. oleh kerana keletihan dan mengantuk, aku mengambil peluang untuk berbaring dan melelapkan sekejap mata aku sebelum di kejutkan untuk makan tengahari.


Photobucket

setelah selesai makan dan solat zohor serta jamak asar, anak aku mula sibuk nak ke tanjung dawai. tapi sempat lagi berposing di atas tangga rumah tokciknya tu.

Photobucket

tapi sebelum pergi, perlu di kemas dulu van dan bawa masuk beg-beg semua ke dalam rumah pakcik shap. kerana kami akan bermalam di sini nanti.

Photobucket

anak aku- ahmad abdullah azzam(baju oren), siti nur aisyah dan ahmad kamal abdullah.

Photobucket

bangunan arked tanjung dawai yang menempatkan peniaga-peniaga yang menjual hasil laut terutama ikan masin, ikan bilis dan berbagai lagi.


Photobucket

di pantai tanjung dawai- ahmad bilal abdullah dan siti nur aisyah. nun jauh di seberang sana ialah pantai merdeka. tak kan tak ingat lagu cinta pantai merdeka nyanyian kumpulan jinbara.

Photobucket

sebelum pulang ke rumah pakcik shap, kami singgah di kedai ini untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa balik nanti.

Sabtu, 27 November 2010

kembara ziarah 1.....



perjalanan berjala lancar. suara anak-anak aku berselang seli dengan suara dj radio ikim yang kebiasaannya menemani perjalanan aku ke sekolah pada setiap pagi. sedar tak sedar hampir pukul 10 malam aku pun membelok ke hentian rehat rawang untuk makan malam. aku terpaksa melayan kerenah anak-anak di tempat awam, maklumlah anak aku ramai lelaki dan masing-masing tengah nak membesar. terpaksa banyak bersabar dan bertimbang rasa dengan mereka.


11.30 malam aku memulakan semula perjalanan menuju ke utara. anak-anak aku masih lagi ceria dan masing-masing bercerita tentang kisah lama, kisah pada tahun 2004 ketika kembara ziarah menggunakan kereta nissan sunny. disamping mengunjungi bapa saudara isteri aku, kami juga memenuhi undangan dari ngah melah(kakak isteri aku yang satu ayah). aku tetap lagi boleh bertahan dan belum mengantuk.

tetapi tak lama, kemudian pukul 12 lebih aku mula berasa lenguh dan terpaksa membelok untuk masuk ke kawasan rehat tapah. aku pun merebahkan kusyen dan bercadang untuk lelap seketika. namun, anak-anak aku yang masih cerah mata mereka kerana telah puas tidur pada sebelah siang tadi sering menganggu aku. tak kala aku nak terlelap, ada saja suara yang terjerit atau ketawa memecah sepi. akhirnya aku terpaksa bangun dan memulakan semula perjalanan pada pukul 2 pagi.

setelah mengisi minyak di stesen petronas yang berhampiran, aku pun memecut menuju ke utara. setelah letih bercerita dan bersembang berbagai perkara, anak-anak aku mulai senyap dan akhirnya sepi. tinggallah aku bersendirian meneruskan pemanduan. bila aku jeling kepada isteri aku disebelah, rupanya ia masih belum tidur dan adalah teman aku untuk berjaga.

sedar tak sedar kami telah sampai ke ipoh dan aku dapati ada perubahan laluan dan lorong yang telah berlaku. berbeza sedikit ketika aku melaluinya dahulu. dan bermulalah proses pendakian di kawasan jelapang yang sepi, hanya sekali sekala kereta yang laju memintas van aku. dan bosan pun melanda kerana gelombang sinar fm telah hilang. isteri di sebelah aku lihat mulai terlentok ke kiri. tak boleh jadi, aku pun menekan punat untuk mencari siaran radio sambil menumpukan pemanduan menuruni laluan yang basah selepas hujan. tak tahu siaran apa yang jelas, aku pun menguatkan volume dan kedengaran lagu cina: mungkin sally yeh agaknya, kata aku dalam hati. aku pun membiarkan saja dan tak menukar ke siaran lain. lagu bertukar lagu aku masih juga terus memandu melintasi sungai perak memasuki kawasan kuala kangsar hingga ke taiping.

ok jugak, malam-malam dini hari dengar lagu cinta cina walau tak faham sepatah pun. sedang aku asyik melayan lagu cina, tiba-tiba isteri aku berkata: lagu apa tu bang? lagu sally yeh, kata aku penuh konfiden sambil ketawa kecil. ye lah tu, katanya lagi. iya, kata aku menyakinkannya. rupanya lagu cina yang mendayu-dayu itu telah mengejutkan isteri aku. tukarlah, katanya lagi. buat apa pulak, biar sajalah, siaran lain bukannya dapat, kata aku pula. ia terdiam. sebenarnya aku malas nak cari siaran lain kerana ia akan menganggu penumpuan aku semasa memandu.

walau badan masih terasa ok dan mata pun belum letih, cuma dua tiga kali jugak aku menguap. lalu aku mengambil keputusan untuk berehat di hentian sebelah alor pongsu yang sunyi sepi dan agak gelap. ada beberapa buah kereta dan lori yang turut sama berehat. di atas bangku di bawah pondok beberapa meter dari van aku terdapat seorang lelaki sedang lena diulit mimpi berselimutkan jaketnya. berhampirannya ada sebuah motor, mungkin milik pemuda itu agaknya. sedang aku terkelip-kelip, isteri aku bersuara memecah sunyi. di mana ni, bang, tanyanya. alor pongsu, jawab aku ringkas. abang ngantuk ke?, tanyanya lagi. tak, cuma nak rehat sekejap, dah tiga jam lebih derebor(memandu), jawab aku memberi sebab kenapa aku berhenti. jalan sajalah, sunyi jek ni, nyamuk pun banyak, katanya lagi. sekejap jek, kata aku. jalanlah, bimbang ada apa-apa karang, katanya mendesak aku supaya meneruskan perjalanan. ye lah, ye lah, kata aku pula agak kuat kerana terpaksa menghidupkan kembali enjin van dan meneruskan perjalanan dengan hati yang berat.

untuk menghilangkan bosan, aku pun mencari siaran lain kerana siaran lagu cina tadi telah tak sesuai, jam telah menunjukkan pukul lima lebih. aku tak tahu siaran apa dan membiarkan saja ia berbunyi. tahu-tahu aku dah pun hampir ke persimpangan jambatan pulau pinang. suasana jalanraya lengang. tapi destinasi aku masih jauh iaitu sungai petani. cuma aku mulai cemas dan ragu, sama ada sungai petani selatan atau utara yang aku harus ambil untuk keluar dari lebuhraya ini. tanya kepada isteri pun ia tak ingat. fikir punya fikir aku ambil keputusan untuk keluar di persimpangan sungai petani selatan. sebab kalau silap pun, aku masih boleh terus ke utara. jika keluar di utara pulak, bermakna aku terpaksa berpatah balik ke belakang. untuk mendapat kepastian aku bertanya kepada jurutol yang bertugas. menurutnya jalan ini boleh terus ke merbok dan tanjung dawai.

aku berasa lega dan lapang kerana tak lama lagi akan sampai ke tempat yang di tuju. jalan punya jalan masih belun sampai. subuh pun telah lama masuk waktunya. aku pun mulai suspen kembali. pada tahun 2004 dahulu, abang ipar aku ombong kasim yang tunggu di persimpangan. tapi tahun ini ia ke mekah menunaikan haji. jadi aku tawakkal sajalah. sambil memandu sambil mata aku liar mencari masjid atau surau tapi langsung tak kelihatan bayangnya apatah lagi papan tanda yang menunjukkan terdapat masjid atau surau. kena bagi tahu ustaz azizan ni, kata aku. sape ustaz azizan?, tanya isteri aku. menteri besorlah, kata aku sambil tersengih.

dalam rasa cemas tapi yakin akan tetap sampai akhirnya terlihatlah papantanda menunjukkan ke arah muzium arkeologi lembah bujang. hah, jumpa pun, kata aku gembira dan isteri aku pun mulalah berkata dulu tak macam ni, tapi sekarang dah banyak berubah. tak sampai setengah jam kami pun melintas di hadapan sebuah kilang papan yang jelas mengingatkan kembali ingatan aku tentang jalan tersebut dan menunjukkan kami telah pun berada hampir dengan simpang ke rumah pakcik shap(shafei). tapi aku bercadang nak ke rumah pakteh mod(mahmod) dulu. namun aku mesti cari masjid dulu kerana jam dah pun menunjukkan hampir pukul enam setengah pagi dan aku sekeluarga belum bersembahyang subuh lagi.

beberapa meter di hadapan terdapat sebuah masjid, tetapi aku terlangsung dan terpaksa membuat pusingan u serta membelok masuk ke kawasan masjid al-u'ula atau al-aula, kalau tak silap aku. kedengaran beberapa suara sedang membaca al-quran. aku pun masuk dan bertanya setelah bersalaman dengan seorang lelaki yang hampir sebaya dengan pakteh mod. alhamdulillah, lelaki tersebut memang mengenali pakteh mod dan menyatakan rumahnya tak jauh, tak sampai setengah kilometer dari masjid.

setelah mengucapkan terimakasih dan membetulkan parking van, aku mengarahka anak-anak aku mandi dan sembahyang subuh. aku pun turut sama mandi dan menunaikan fardu subuh walau terlewat dah habis waktu subuh. selesai semua urusan membersihkan diri dan solat subuh, kami sekali lagi meneruskan perjalanan menuju ke rumaj pakteh mod yang terletak di singkiak darat(sebenarnya singkir darat) dan berhampiran dengan kaki banjaran gunung jerai. sebelum masuk simpang rumahnya, isteri aku mencadangkan kami membeli makanan untuk sarapan di rumah pakteh mod nanti.

aku bersetuju saja dan terus ke kawasan gerai yang terdapat di persimpangan menuju ke pendang. dahulu kawasan gerai itu belum ada lagi. aku membeli enam belas bungkus nasi lemak yang berharga sebungkus cuma enam puluh sen sahaja. kami tiba di rumah pak teh mod dalam gerimis yang nyaman dan disambut oleh pemandangan sawah padi yang sedang menghijau tapi mendamaikan. terasa segar badan disapa bayu lembut yang membelai wajah-wajah ceria. isteri dan anak-anak aku bersahut-sahutan memberi salam kepada tuan rumah. dan aku memgambil peluang untuk merakam beberapa gambar sebagai kenangan kembara ziarah pada kali ini.
*eh,eh, bersambung lagi.

Rabu, 24 November 2010

qurban dan kembara ziarah...

20 november 2010- hari ini jawatankuasa badan kebajikan taman triang maju dengan kerjasama jawatankuasa surau taman triang maju telah mengadakan majlis qurban dan aqiqah. dua ekor lembu telah disembelih oleh abang hashim dari seri buntar. pada tahun ini aku hanya masuk satu bahagian saja. hampir pukul 12 semua urusan mengagihkan daging qurban selesai cuma menunggu masakan saja siap untuk dinikmati bersama. aku balik ke rumah pada pukul 1.45 untuk berehat sekejap sebelum datang semula utuk bergotong royong pada pukul 3 petang. tapi bila aku sampai, aik! dah clear. dan kelihatan kamar, zaidi, zahar dan abang tumin sedang bersembang di bawah khemah. kelihatan juga asap api yang tinggal bara saja lagi. dah siap dah, ustaz, kata abang tumin sambil tersenyum. aku pun turut tersenyum. sememangnya sebelum balik tadi dah dibersihkan cuma belum siap sepenuhnya. aku pun turut tompang sama bersembang sambil merancang aktiviti surau untuk tempoh yang terdekat ini seperti program awal muharam dan memasak bubur assyura. juga utk menarik lebih ramai lagi jemaah datang ke surau. 3.45 petangaku pulang dan berbaring untuk meluruskan pinggang kerana aku ada satu lagi program yang akan bermula pada pukul enam nanti.

pukul 6.15 petang, setelah semua persiapan siap dan memastikan keadaan selamat untuk perjalanan, aku pun menghidupkan enjin dan bermulalah kembara ziarah aku sekeluarga. berhenti di stesen petronas kerayong untuk mengisi minyak dan membeli beberapa buku roti krim sebagai bekalan sebelum makan malam.

memang kalau memandu di waktu malam, mood aku agak slow tak laju. sebab itu agak lambat sampai di hentian rehat lancang untuk solat jamak maghrib dan isyak. tapi bila dah siap solat dan buang apa yang patut di buang, aku pun mula bersemangat untuk menekan minyak. cuaca pun baik, bulan terang benderang, maklumlah malam 15 zulhijjah. anak-anak aku pun semuanya ok, ceria saja nak pergi berjalan... (to be contineu next week)

Khamis, 18 November 2010

jalan-jalan santai... 2.


sedang aku bersiap nak mengambil wudhuk, datang seorang lelaki yang memang aku sangat mengenalinya. abdul shukor bin mohamad. berasal dari maran dan satu rumah sewa dengan aku semasa bersekolah di smu tengku ampuan fatimah. kini beliau berkhidmat di kolej teknik jengka. agak lama juga aku tak berjumpa dengannya. kali akhir dua tahun yang lalu semasa mesyuarat agung koguru di dewan tun razak, temerloh.

beliau seperti tak percaya bila aku kata anak aku lapan orang. pedooh, mu bob! katanya. aku hanya akan gelak seperti biasa, seperti masa masih lagi berada dirumah sewa di kampong panchor, pekan. maklumlah zaman remaja dengan berbagai ragam. bersama shukor, kadri, arwah yeh, arwah mustapha sidek, sanupi, pie, nazli, awie, sanusi dan kadang-kadang disertai oleh saudi, seolah-olah rumah sewa seperti rumah kami sendiri. menjelang dini hari , rumah sewa kami masih lagi riuh rendah, kononnya study tapi yang pasti bersembang yang lebihnya. itu hanyalah antar kenangan yang indah dalam hidup aku.

sedang aku bertanya khabar dengan shukor, datang seseorang lagi dan terus mencekak janggut aku yag dah nampak macam janggut ahli jemaah tabligh. aku tak terperanjat pun kerana aku juga mengenalinya. abdul nasir bin ..... aku tak ingat dah! dan suasana menjadi maki meriah. maklumlah si nasir budak kampong jengka berhampiran simpang chenor. semasa aku tingkatan satu, dia masuk al-khairiah untuk tingkatan empat. pernah bermain bola menggunakan kasut but berjenama JL- jenis lama. satu asrama mengutuknya.

rupanya beliau dalam perjalanan ke tanjong malim untuk majlis konvonya. aku masih ingat semasa hari pertama aku di lawas, serawak, aku telah dibawa ke sebuah rumah sewa yang kedua kerana yang pertama telah penuh. sedang aku bersuai kenal degan aziz dan pok nik, masuklah si nasir ini dan berkata: cis! mangkok hayun ni datang ke serawak jugak, sambil diiringi dengan gelaknya. rumah sewa tersebut dua tingkat dan beliau menyewa di sebelah atas yang akhirnya disewa pula oleh aku apabila aku telah berkahwin. aku pun tak sangka akan berjumpa lagi dengannya, apa tah lagi di lawas. kini beliau salah seorang pegawai di bahagian teknologi pendidikan negeri, beserah sejak beberapa tahun yang lalu. malah anaknya yang sulong yang biasa aku dukong kini telah besar panjang. cuma si nasir ni macam jugak dengan shukor, anak tak ramai. tiga, empat orang saja.

walau pun agak letih pada hari itu tapi aku rasa tak mengantok sebab pada malam tadi aku tidor agak awal. pukul sepuluh aku dah tidor tak seperti biasa kadang-kadang pukul empat baru dapat merebahkan badan. sebab tu badan aku tak gemok-gemok seperti member lain yang lebih buncit dari isteri masing-masing. hahaha! setelah menghabiskan mee bandung di gerai makan bukit angin, aku dan shuaib menyambong semula perjalanan balik ke triang pada pukul tujuh suku.

aku rasa lega dapat menguruskan permohonan tersebut walau aku tak dapat pergi kerana anak lelaki aku ada temuuji untuk kemasukan ke sekolah menengah agama pada tahun 2011. sekurang-kurangnya aku juga tompang gembira mereka dapat mengikuti rombongan dan hari keluarga guru-guru sk kemayan dan tak ada apa perkara yang tak diingini berlaku. cuma keputusan upsr bagi sk kemayan amat tak memberansangkan. nanti sajalah kedatangan barisan para nazir dan pegawai samada dari ppd ataupun jpn. selain tidak melahirkan 5a, peratus lulus pun di bawah 50%. beberapa kali gurubesar yang akan bersara tak lama lagi meyebut, cikgu-cikgu kena buat anjakan paradigma bagi membaiki keadaan yang ada. bagi aku, no komen. semua kena buat perubahan untuk lebih berjaya. lagi sekali no komen. wassalam.

Khamis, 14 Oktober 2010

jalan-jalan santai...

assalamualaikum...,

hari ini (13 oktober) seperti yang dirancangkan aku dan cikgu syuaib telah ke jpn pahang. urusannya ialah menghantar permohonan lawatan sekolah ke melaka. memang pada asalnya gb aku tak berapa membenarkan kami pergi. tapi setelah di telepon ke jpn, ternyata pegawai yang menandatangan surat kebenaran ada di pejabatnya. barulah aku dan syuaib pun bergerak ke kuantan. dari kemayan lebih kurang pukul 10 pagi. dan melintas di hadapan ppd tepat pada pukul 11pagi. tiba di kuantan pada pukul 1 petang dan tiada masalah nak ke jpn, sebab sebelum ini aku telah dua kali tersilap masuk simpang, jawabnya puaslah meraban nak mencari simpangnya semula.

aku nak masuk ke perkarangan jpn untuk parking van aku tapi ditahan oleh jaga. terpaksalah akau parking di luar sahaja. sebab sebelum ini aku pernah pergi dengan fadzeli panjang dan boleh parking kat dalam. oleh kerana ketika itu waktu rehat, shuaib mecadangkan kami pergi makan dulu, lagi pun aku memang tengah lapar. kat sekolah tak sempat nak makan, cuma dalam perjalanan saja aku makan tiga buku roti dan sekotak air soya yang dibeli semasa mengisi minyak di petronas kerayong. aku ajak makan di kantin jpn saja sebab senang nak sembahyang zohor, tapi si syuaib ni nak makan kat luar pulak. terpaksalah ke zuzana restoran (kalau tak silap aku).

sebelum itu sempat jugak aku menelefon hassan basri, kot-kot dia ada di pejabat. rupa-rupanya dia di johor bahru ada kursus ju kamahiran hidup. oleh kerana nak senang kami memesan nasi ayam sahaja. selesai makan, kami ke jpn semula dan terus ke lobi memaklumkan tujuan kami. kemudian kami terus ke unit pendaftaran sekolah dan memaklumkan sekali lagi tujuan kami. sedang aku berurusan di kaunter masuklah cik sabariah mat peah yag telah aku hubungi beberapa kali untuk bertanya itu dan ini. pada mulanya ia menyatakan: ok, lulus dan tak ada masalah cuma kerani yang menguruskan daerah bera bercuti, jadi surat kelulusan akan dipos kemudian. aku dan syuaib meminta dan merayu jugak, setelah berkata sepatah dua kata dan dibalas sepatah dua kata dari kami, dengan serba salah cik sabariah mengambil surat permohonan dari tangan par dan menghulur kepada seorang lagi kerani. aku terdengar ia berkata tolong uruskan, aku pun terasa lega. bukanlah lama sangat kerani tu buat surat, tak sampai lima belas minit surat pun siap. cuma sedikit lambat kerana printernya meragam. sambil itu sempatlah aku dan syuaib mendengar beberapa cerita antaranya permohonan nak masuk kelas prasekolah tetapi ditolak kerana kononnya bukan warganegara dan kes surat layang dari cikgu di maran ke jpn.

setelah beres urusan, aku dan syuaib pun menapak meninggalkan jpn. bukannya susah nak buat surat, nak ikut sangat prosedur kerja memanglah lambat kata aku kepada syuaib. da aku berkata lagi, sedara sendiri pun payah nak tolong. aku terus memandu ke bandar kuantan dan berpusing-pusing dua tiga kali, kami pun balik dan berhenti di kompleks mpk untuk membayar saman parking kerana tidak mempamirkan kupon. kalau di temerloh memang aku tak kan bayar, tapi mengenangkan dulu pernah sekali aku tak bayar dan dapat surat amaran kali ini terpaksalah aku bayar.

seperti biasa kalau ke kuantan, jika tak beli keropok memang tak sah. jadi tempat biasa aku berhenti ialah di jaya gading. selesai urusan jual beli, aku pun memandu menghala ke gambang dan membelok masuk ke lebuhraya pantai timur. oleh kerana belum sembahyang lagi, kami pun berhenti di hentian rehat gambang.

* mengantok pulak dah! terpaksa tidor dulu... besok kita sambung lagi cerita santai ini.

Ahad, 10 Oktober 2010

kad raya jaman tori - 8.

Daripada :

NUR UMAIRAH BT. NANI.


UST. BORHAN, KAKAK SAYA KIRIM SALAM KEPADA UST. SAYA HARAP UST. DAPAT MEMAAFKAN SALAH DAN SILAP SAYA SELAMA INI.



* kad ini juga agak ringkas ucapannya. nur umairah ialah anak kepada encik nani, seorang pegawai di bank pertanian triang. ia tinggal di kuarters pejabat daerah bera keran isterinya salah seorang kerani pejabat daerah tersebut. kakaknya bernama nur akmal baiti. aku sempat mengajarnya di tahun 1996 dan 1997. kemudian keluarga ini telah berpindah ke temerloh. setelah itu aku tak lagi mendengar khabar berita tentang keluarga ini. tetapi anak-anak encik nani semuanya pandai-pandai belaka.