Sabtu, 3 September 2011

kad raya jaman tori - 9.




assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh... selamat hari raya idil fitri dan selamat menunaikan ibadah puasa sunat syawal. seperti yang aku pernah sebut dulu, selepas entry aku yang bertajuk jundullah...layakkah aku, aku akan membuat catatan tentang seseorang, tapi terpaksa di tunda dahulu kerana kertas catatan aku tu hilang pulak dah, tak tahu aku simpan kat mana. jadi sebagai penggantinya aku akan mulakan catatan pasca syawal 1432 hijrah ini dengan entry siri kad raya jaman tori. tak kiralah korang tahu ke tak apa makna jaman tori tu, sebagai permulaan untuk pusingan kedua ini, aku mulakan entry bernombor 9 dengan kad raya dari pensyarah seni mpki iaitu en. abdul shukor bin abdul syahid. kan aku dah kata dulu, aku dan beberapa kawan aku lebih rapat dengan pensyarah seni dari pensyarah kursus kami sendiri.

boleh baca ke? baca sendiri lah ye, rasa malaslah pulak nak menaip, kalau tulisan yang agak teruk tu bolehlah aku 'translate'kan. tapi tulisan en. syukor ini jelas dan mudah untuk dibaca. kad ini memang aku sayang, sebab ada lukisan tangan dari en. syukor sendiri. masa di maktab memang aku berangan nak memiliki satu kad buatan sendirinya tu. tapi pada masa tu kalau nak kena beli. aku ni jenis nak free saja, terpaksalah dah berjauhan dan kirim sekeping kad untuknya nescaya akan dibalas dengan kad buatan sendiri itu.

banyaklah jugak kenangan aku dengan en. syukor ini, maklumlah bilik seni tu tempat kami geng kps melepak dan menghabiskan masa jika tak ada kuliah atau gerko. malah hari sabtu pun kami akan berada di situ jika ada projek atau majlis untuk maktab perguruan kinta. bilik yang bertabur dan bersepah dengan segala macam perkara telah biasa kepada kami. malah kadang-kadang kami yang akan tolong kemaskan.

apa pun aku ucapkan selamat hari raya beserta doa semoga en. syukor kembali sihat dan sejahtera menempuhi hari-hari mendatang bersama keluarga tercinta. nak pergi menziarahinya pun, aku dah tak berapa ingat jalan di ipoh garden tu. banyak perubahan di persimpangan menuju ke ulu kinta dan kini terkenal dengan 'lost world of tambun'. beberapa kali aku melalui jalan tersebut dan pasti akan teringat kepadanya kerana aku dan beberapa orang kawan pernah pergi beraya ke rumahnya dengan menaiki kereta en. mutalib - kembarnya kerana raut wajah mereka hampir sama disamping susuk tubuh mereka yang sama saiz. ok lah, aku pun dah lenguh menaip ni, jumpa lagi di kad raya jaman tori seterusnya nanti. assalamualaikum......daaa...

1 ulasan:

  1. salam..minta perhatian ustaz untuk melihat ulasan di link ini :http://mohandin.blogspot.com/2010/10/kad-raya-jaman-tori-8.html..terima kasih..

    BalasPadam