Rabu, 5 Disember 2012

kawasan perkhemahan waktu siang (19.10.2012)

assalamualaikum warohmatullahi wa barokatuh...
apa khabar.... ada sehat kah? semoga sehat lah belakanya. mari kita tinggalkan dulu sekejap tugasan itu dan kita baca dulu blog ini. kali ini sambungan cerita pasal perkhemahan lagi. bila nak habis cerita ini aku pun tak tau. tak payah ambil tau lah baca saja.

kalau dulu aku paparkan gambar waktu malam, tapi kali ini gambar waktu siang pulak. gambar ini aku rakam semasa aku keluar dari rumah cikgu zul jugak, selepas siap membersihkan diri dan menunaikan solat subuh serta menonton televisyen sekejap. ketika ini semua peserta perkhemahan sedang bersenamrobik di padang. aku tak sanggup nak join sama, nanti bertambah slim pulak badan aku ini. 


sebahagian khemah peserta lelaki.


khemah yang paling hujung, pasukan tkrs lelaki.


ini khemah peserta perempuan. kalau dua tahun yang lalu peserta perempuan tidur dalam kelas, tapi kali ini merasalah mereka tidur dalam khemah. 


susun atur khemah di kawasan ini akan lebih kemas dan cantik kalau tanahnya rata.


tempat beradunya seorang aku. di bawah tangki air lama...


ini pulak tempat cikgu habil merebahkan badannya. belakang makmal komputer. rasa seram sejuk katanya tidur kat situ, macam ada sesuatu yang memandangnya..... hiii.... hiiiii...... hiiiiiii.....hihiiiiiiiiiiiiiii.....!!!


* cerita kali ini simple saja pasal nak kejar masa... tapi posting lepas ini mungkin panjang sebab merangkumi tiga slot atau tiga aktiviti. lebih kurang macam tiga dalam satulah bak kata dek orang kampung. tapi masih jugak pasal perkhemahan.... hehehe... jangan lah marah, nak cerita pasal yang lain, kena lah tunggu giliran walau tarikhnya telah berlalu. tapi insyaAllah akan tetap ada ceritanya. cuma macam biasalah bila dah beres kerja kursus... hahha.... wassalam... daaaa....