Isnin, 9 Mei 2011

belasungkawa buat usamah......

demi
atas nama apa ia dibunuh
jika bukan kerana hanya
dendam kesumat silaknat
yang gila meratah memamah
segala umah.

mungkin kau tersenyum
dengan kematiannya
tanda gembira
konon pengganas telah tiada
tapi awas
senyum mu bersama
hilai tawa sang algojo keparat
anjing yahudi laknatullah.

aku hanya melahirkan
rasa simpati atas pemergiannya
bersama sekalong al-fatihah
buat mengiringi
sebuah perjalanan abadi
menuju kehidupan hakiki.

usah kau hirau
tentang jasadnya bersemadi
bumi ini milik Ilahi
di mana berkubur
insyaAllah
pasti subur
roh jihad islami.

usamah
di atas perjalanan singkat
sebuah riwayat
kau akhiri dengan syahid
dari Ilahi untuk Ilahi.


b.tan.
4.5.2011.
smt kuantan.

Ahad, 8 Mei 2011

semalam...

semalam
ku cuba menjengok ke kamar hati mu
melihat cebisan rindu yang tertinggal
yang belum sempat ku kutip manisnya.

semalam jua
ku cuba kembali mencari memori luka
untuk ku rawat pedihnya.

namun kini
yang ku temui hanyalah sebuah pusara sepi
yang jasadnya adalah seorang aku.


b.tan.
4.5.2011.
smt kuantan.

sekalong doa ku titip buat mu, bonda.


bonda,
panggilan keramat itu terkadang dilupa
dalam sibuk mengejar masa
sering saja aku alpa
untuk mengetuk pintu hati mu
dengan secebis salam
buat melepas rindu mu
pada mereka bergelar anak.

bonda,
sekalong doa ku titip buat mu
di malam kudus ini
lenalah kau disisi kekasihmu
dihiasi mimpi-mimpi suci.

bonda,
moga esok kau terus gagah
menemani ayah tanpa gundah
pada anak-anak yang berbagai keletah
moga kau makin tabah
menghadapi hari muka yang cerah.

bonda,
sekalong doa cuma dari ku
buat mu yang ku kasih
tiada ringgit atau emas sebukit
namun ku tahu
bukan itu yang kau pinta
hanya sekudus doa kiriman anak-anak
buat azimat peneguh hayat.

bonda,
ku titip doa ini buat mu
meski sekalong cuma
tapi sarat dengan pengharapan
agar kau sihat sentiasa
agar kau terus ceria.

bonda,
terimalah sekalong doa dari ku
lahir dari lubuk hati
untukmu yang ku sayangi.


b.tan.
08.05.2011.
seri buntar.
1.15 pagi.

Khamis, 5 Mei 2011

pembuka bicara.....

empat hari aku tak mengadap pc dalam bilik aku ni. bukan pc di rumah tapi pc di pejabat sekolahlah. tapi bila dah mengadap ni banyaklah pulak benda yang nak di buatnya. senarai nama ahli setiap unit koko yang dah siap dulu hanya nama tahun empat saja pulak. cikgu2 nak sekali dengan tahun lima dan enam. kan tahun lepas punya dah ada, combine sajalah. tapi nak jugak. tak pelah nanti aku taipkan, tapi lambat sikitlah yek.

hari ini hari khamis, besok jumaat pemain bola baling setiap daerah akan datang ke bera. pada tahun ni gelanggang yang digunakan ialah padang smk bandar kerayong untuk bawah 12 tahun dan dewan sjkc kemayan untuk bawah 18 tahun. oleh kerana agak berhampiran, sk kemayan ditugaskan untuk bahagian data dan keputusan. petugasnya cikgu shahriman dan marzuki, tapi insyaAllah aku akan datang jugak untuk melihat dan membantu pada hari sabtu, dan malamnya. tapi pada hari ahad, aku ada urusan lain terpaksalah datang pulak pada malamnya lagi. final dan penutupan pada hari isnin, gb dah pesan kat aku, isnin depan tak payah datang sekolah, terus saja pergi dewan sjkc kemayan untuk majlis penutupan, pergi pun untuk meramaikan orang saja.

cerita bab perlawanan ni, sebenarnya aku pun baru balik dari kuantan. banyak cerita yang menarik untuk dikongsikan, tapi tak semualah sebab aku pun bukan rajin sangat nak bercerita ni. nantilah kalau mood dan semangat tengah baik serta keadaan mengizinkan, aku akan sambung lagi entry ini. wassalam.