Jumaat, 27 September 2013

kad raya jaman tori 37.

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
kini sampailah kepada kad raya jaman tori yang terakhir. jom kita tengok dan baca sama-sama ya. aku  dah berulang kali tengok dan baca. tapi jangan lah ketawa pulak. bukan ada yang kelakar pun. 



dah baca? simple je kan tapi penuh kenangan dan tak mungkin aku lupakan insan yang telah sudi menghantar kad ini. jutaan terima kasih aku ucapkan. kad ini mesti lah aku terima semasa aku di lawas kan. dan nama pengiringnya terpaksa aku rahsiakan kerana untuk menjaga nama baik dan hak privacy kawan aku ini. tak sanggup lagi aku melukakan hatinya. cukuplah dulu-dulu. ya...dulu-dulu waktu aku dan dia masih lagi berhubungan. karang ni masing-masing dah berkeluarga cukuplah sekadar dulu-dulu saja. lain...rasanya tak ada apa lagi nak aku catatkan kat sini cuma terima kasih lagi sekali di atas kiriman kad ini. wassalam........



ehh! apa pulak wassalamnya... kan ada lagi kad tu? itu bukan kad lah...itu adalah sekeping gambar dari pandangan arah belakang. mana boleh tunjuk bahagian depan. karang tak pasal-pasal benjol dahi aku ni. cukuplah sekadar apa yang korang telah baca tu. lebih-lebih tak boleh kasi. dan "sebagai tanda persaudaraan kita" lah agaknya aku dan dia ni tak ada jodoh. masing-masing ada jodoh tapi bukan dia dengan aku atau pun bukan antara aku dengan dia. tak pe lah tak ada jodoh tapi masih lagi boleh bahagia dengan pasangan masing-masing. itu lah yang lebih penting dan utama.

dah puas hati dapat baca kad raya jaman tori yang terakhir ini. aku harap begitulah ya sebab lepas ni dah tak ada lagi kad yang jaman tori. kalau ada pun semuanya yang aku terima setelah balik ke semenanjung. tapi tak banyak dan tak berapa menarik untuk dipaparkan kat sini kerana kebanyakannya semuanya dari anak murid sahaja. jadi kurang dia punya ummphh nya. sekadar ini dahulu dan izinkan aku berundur diri dulu buat beberapa ketika untuk merehatkan badan kerana mata pun dah mengantuk sangat ni. wassalam... daaaaa....

Isnin, 23 September 2013

kad raya jaman tori 36.

assalamualaikum warohmatullahi wa barokatuh...
berikut adalah beberapa lagi naskhah atau dokumen yang merupakan bukan kad raya tapi aku sengaja masukkan juga ia dalam siri ini. 



tapi malangnya hanya tinggal sampulnya sahaja. isi kandungannya hilang entah ke mana akibat dari penyelongkaran oleh anak-anak aku. anak pulak yang disalahkannya..... hahaha.... haslinah ini anak polis dan kebetulan pulak balai polis dan kuartersnya bersebelahan dengan srb agama lawas, berhampiran dengan hospital lawas serta majlis daerah lawas. tapi itu masa tahun 1990an, sekarang dah tahun 2013... aku pun tak tahu sama ada bangunan srb agama lawas yang dulu tu masih ada lagi ke tidak. ya lah... masa dah berubah, bukan pantai saja berubah malah tanah pun boleh berubah.... cuma hati aku saja yang tak pernah berubah dan sentiasa ingat kenangan di lawas dulu....





ini satu lagi sampul yang kosong tanpa isi. tapi aku dah tak ingat nur khaidah ini berasal dari mana. maksud aku dari kampung punang ke, belipat ke. belimbing ke, atau kampung sualai tak pun dari kampung kuala lawas, awat-awat, sundar, trusan atau pun dari merapok. aku dah tak ingat, maklumlah dah lama campur dah tua sikit. cuma nama kampung saja yang aku ingat... 



ini pulak dari munirah binti ismail yang beralamat kampong pemukat, kuala lawas. aku tak tau jugak mana pergi dia punya isi. hanya tinggal sampul saja. bila aku tengok sampul surat ni....terpikir aku... adakah lagi aanak murid zaman sekarang ni menghantar surat kepada cikgu-cikgu mereka selain dari kad raya. maklumlah zaman telah berubah. masing-masing sibuk dan sebok dengan gadgets masing-masing. sama-samalah pikirkan jawapannya.



ini satu hal pulak.... surat ada, tapi sampulnya entah ke mana. kertasnya pun dah nak bertukar menjadi kuning-kekuningan. aku rasa tersentuh bila noor salwana ini bertanya: siapa yang akan mengantikan kami? mungkin pembaca dari semenanjung akan berasa pelik dengan pertanyaan itu. maklum lah laras bahasanya agak lain. tetapi maksudnya ialah siapa yang akan menggantikan aku bila aku dah bertukar dan tidak mengajar mereka lagi. satu pertanyaan yang tidak dapat aku menjawabnya. siapalah yang bertuah tu agaknya. aku bertukar ke semenanjung pada tahun 1995, jadi pada tahun 1996 mestilah ada ustaz/ustazah baru yang akan masuk mengajar di sana. tak kesah lah siapa yang akan mengajar, tapi yang penting ialah kesungguhan murid dan guru dalam menjalankan tugas masing-masing untuk kejayaan bersama di dunia dan akhirat.

* aku masih lagi berfikir sama ada nak tunjuk atau pun tidak kad yang terakhir nanti. ia memang kad raya. aku masih bimbang akan tindakan aku nanti. bimbang ada hati yang akan terguris. jika responnya baik.... insyaAllah aku akan paparkan. jika tidak biarlah ia hanya tersimpan sebagai draft sahaja. 

* oh...ya... sabtu lepas (21 september) aku ke nilai lagi bagi permulaan semester 4. tau berapa subjek.... tujuh.... kalau ikut jadual asal masa tamat belajar ialah 10 malam. tapi...alhamdulillah pensyarahnya bersetuju nak mulakan kelas awal... jadi pukul sembilan malam dah boleh balik. tapi nak memulakan perjalanan balik tu.... Allah saja yang tau.... kalau boleh aku nak terus baring saja dalam van tu. tidor dulu kemudian baru balik. tapi bila pikir semula... kemudian tu bila? terpaksalah dikuatkan semangat untuk memandu sorang-sorang sambil melayan sinar fm dengan lagu-lagu retronya yang kadang kala boleh membuatkan aku terbang ke seberang laut china selatan dan singgah di sebuah daerah disana. bila menyentuh bab inilah yang aku masih lagi berfikir pasal kad raya nan sekeping itu. kerana pemiliknya atau pengirimnya masih lagi ujud dan masih lagi bertakhta di hati. 

* sekian terima kasih. wassalam...  daaa.....

Khamis, 12 September 2013

kad raya jaman tori 35.




lagi satu kad yang bukan kad raya. ini pun special jugak... jangan cakap tak special. kalau tak, tak kan lah masih lagi aku simpan walau pun aku ini bukan bank simpanan nasional. kad ini kiriman 'by hand' oleh anak murid aku semasa di srb agama lawas dulu. beberapa hari sebelum cuti akhir tahun dan beberapa hari sebelum aku meninggalkan tanah lawas, aku telah menerima beberapa keping atau pucuk surat 'by hand' dari anak murid yang aku mengajar kelas mereka. antaranya ialah dari aida herna juini yang tinggal di kampung punang yang terkenal dengan 'tahai'. kalau nak tahu apa tahai tu cari lah kat google. mungkin ada agaknya maklumatnya kat sana tu.

inilah antara kenangan semasa aku berada di lawas. walau pun hanya sekadar di atas secarik kertas buku tulis yang dikoyakkan, tapi hasrat yang tersurat di atas kertas tersebut amat bermakna bagi aku. memang aku tidak akan lupa kepada mereka. mungkin aku tidak mengingati mereka seorang demi seorang,  tetapi untuk lupa kepada semua orang adalah tidak sama sekali. apatah lagi di zaman maya sekarang ini. semuanya terasa dekat dan hampir saja. 

ok lah.... aku nak balik dulu. mungkin esok aku akan paparkan lagi mana yang belum tu. sabar ya.... wassalam.... daaaa....




Rabu, 11 September 2013

kad raya jaman tori 34.




sebenarnya kad yang ke 34 ini bukannya kad raya. tapi kad ucapan dari adik bongsu aku sempena kelahiran cahaya mata aku yang kedua pada tahun 1996. bermakna lama dah usia kad ini. dah 17 tahun umurnya. namun kad tetap kad yang akan aku terus simpan ia atau aku akan hantar untuk disimpan di arkib negara danau kalbu ku. korang semua pun dah baca isi kandungan kad itu kan, jadi tak payah lah aku nak cerita panjang-panjang lagi kerana aku pun buat masa ini sedang dilanda rasa yang tidak keruan. tak banyak rasa tu cuma sedikit saja. rasa yang terbit dari beberapa faktor penolak dan penarik. tapi bukan penarik kereta atau penarek beca ya.... hahaha.... lawak yang tak kelakar tapi nak gelak jugak.... 

ok lah.... aku fikir cukup dulu sambungan kad raya jaman tori the series ini walau raya telah lama berlalu dan draft catatan ini pun sebenarnya telah lama terperap sebagai draft saja. nanti kan ada beberapa lagi kad raya di luar musim raya. tapi tak pa..... ia special sangat....
wassalam....daaa....