Selasa, 25 Mac 2014

pekan : mengamit memori lalu...

pada 8.1.2014(rabu) yang lalu, setelah hampir seminggu aku berkelana di bandar nilai, aku dan isteri telah ke pekan bandar diraja pahang. aku ke sana bukanlah nak jalan-jalan atau berbulan madu tetapi bersama anak aku yang nombor dua untuk pendaftaran kelas stam- sijil tinggi agama malaysia. beliau telah menamatkan tingkatan lima dan sementara menunggu keputusan spm, permohonan beliau untuk memasuki kelas stam telah berjaya berdasarkan keputusan peperiksaan sma(sijil menengah agama) yang didudukinya semasa tingkatan empat yang lepas. 

untuk kali yang kedua aku ke pekan melalui jalan ke paloh hinai yang sunyi dan lenggang. kali pertama pada tahun 1998 atau 1999 selepas sukan tahunan sk kerayong. jalannya telah dilebarkan sedikit dan tiada yang pecah atau berlubang. cuma selepas aku berhenti di selekoh berhampiran smk pesagi untuk membeli kuih bom di gerai yang berhampiran, aku telah dimaklumkan terdapat beberapa kawasan yang mendap akibat banjir yang lalu. tetapi masih boleh dilalui. hampir pukul 11.40 pagi aku selamat sampai di bandar pekan dan terus menuju ke sekolah yang pernah aku menimba ilmu stpm selama dua tahun iaitu pada tahun 1986 dan 1987. hasilnya ialah 1 prinsipal dan 4 subsidiary. gagal dapat sijil penuh. itulah sedikit cerita lama pengalaman semasa remaja.

 bangunan pentadbiran sekolah tinggi ugama sultan abu bakar, pekan pahang atau lebih dikenali dengan nama glamournya kuliah pekan. singkatan dari 'kulliah al-lughatul wa din, sultan abu bakar, pekan, pahang. cantikkan catnya. tapi masa aku bersekolah kat situ dulu hanyalah warna pudar sahaja yang menghiasi dindingnya. malah kini ia telah di naik taraf dan mengikut kata anak aku hanya sijil tinggi agama malaysia sahaja yang ditawarkan. tiada lagi kelas untuk stpm. 

setelah beres semua urusan dan menjelaskan segala bayaran yang dikenakan, aku pun bercadang lah nak balik ke triang. tapi isteri aku ajak balik ikut kuantan. katanya nak tengok kesan banjir kalau masih ada lagi. aku kan suami yang baik hati, ikut sajalah kehendaknya tapi sebelum itu aku telah membelok di satu simpang berhampiran pintu gerbang istana sultan abu bakar dan masuk ke kampung pancor lalu berhenti berhampiran beberapa buah rumah kayu. kalau korang nak tau di rumah inilah aku  menjalani kehidupan sebagai seorang remaja bermula dari tahun 1985 hingga hingga tahun 1987. berbagai kenangan tak kira pahit, manis, maung atau pun masam semuanya telah aku lalui semasa menjadi penghuni rumah ini. semua yang aku ceritakan sebelum ini termasuk dalam catatan kenangan sepanjang ramadhan yang penuh bermakna dalam hidup aku. korang baca sendirilah ya...

pandangan dari tepi. kalau dulu rumah-rumah ini antara yang jadi rebutan para penyewa kerana sewanya yang murah tetapi kini keadaannya agak menyedihkan dan terbiar sepi tanpa berpenghuni. pilu rasa hati aku, tempat aku bergelak ketawa, berduka lara bersama teman-teman hanya tinggal debu-debu hari yang menghuninya.

sebagai bukti aku pernah mengunjunginya dan sebagai tanda perghargaan aku kepada rumah yang tanpa penghuni, aku telah meminta isteri mengambil gambar aku duduk di tangga. sebenarnya aku ada simpan satu gambar kenangan bersama teman-teman ketika melepak di beranda rumah itu. nanti aku paparkan dan kita kongsi tengok. ada persamaan ke atau pun tidak.

tak cukup satu aku suruh isteri aku 'snap' dekat sikit.

satu lagi...

dan satu lagi...
baru puas hati aku. terharu rasanya melihat rumah yang dulu meriah kini... sunyi sepi tak do orang... apo nak dikato.... al-maklumlah masa telah beredar zaman telah berubah. kini taman perumahan di kawasan pekan tumbuh bagai cendawan. tempat yang dulu hanyalah paya dan semak samun kini telah ditambak dan dibangunkan perumahan. 
ok lah kita tinggalkan dahulu kenangan cinta lama aku tu....jom kita pi kuantan pulak...

aku kalau dari pekan ke kuantan lebih suka ikut jalan melalui kampung ubai ke cherok paloh dan terus ke pantai sepat. antara kawasan pantai yang masih agak terpelihara dan agak popular bagi penduduk sekitar kuantan dan negeri pahang. pantainya agak landai tetapi kini telah mula terhakis dan banyak juga pokok rhu yang ditanam semula bagi menambah serinya pantai ini.
  
tak kan isteri aku saja yang nak berposingkan. aku pun nak jugak.... oleh kerana ketika itu masih ada lagi baki angin monsun timur laut, bayu yang menderu agak kuat dan menyejukkan. aku rasa nak baring je kat bawah pokok tu beralaskan rumput. bukan apa...ngalihh bah... 

tadi bergambar sorang-sorang...ini berdua pulak... isteri aku yang snap...
ikut saja kehendaknya kan....

lagi satu...barulah jelas sikit muka isteri aku tu...

inilah dia pantai yang aku katakan... oh ya..., beberapa gambar pantai yang aku muatnaik di kaki langit tempohari adalah gambar pantai sepatlah. tapi itu gambar tahun 2012.  

ehh... ehh... nak kemana pulak isteri aku tu...

oooo.... rupanya nak tengok pantai... kalau nak tengok pantai jom kita tengok sekali...

ini lagi satu... tengok ombak tu macam kecil je... tapi kalau silap haribulan boleh lemas kita dibuatnya...!!!

langit yang membiru menjadi teman mu, 
dan pepasir di pantai adalah sahabat karib, 
tak kala di kau sepi menanti hadirnya
sebuah pertemuan  di pinggir hati
bersama memori yang abadi.

hari pun dah petang, perut kembali terasa lapar, isteri aku ajak pi makan kat gerai 'mok na' di tanjung lumpur. gerai itu memang popular dan meriah terutama waktu petang selepas waktu pejabat. tapi ketika aku sampai tu masih kedapatan banyak tempat yang kosong lagi.

ini adalah perjalanan balik ke bera. jika pergi tadi aku ikut chenor dan maran terus ke pekan. tapi waktu pulang melalui kuantan, maran, temerloh dan baru lah sampai di bera. hampir separuh negeri pahang yang aku jelajahi pada hari itu. walau pun keletihan, tapi aku merasa puas kerana anak aku dapat menyambung pelajarannya di sekolah yang mana aku pernah bersekolah dahulu. semoga ia berjaya seperti aku juga yang berjaya walau pun tak sehebat mana. jika aku dulu di kelas stpm, dan ia di kelas stam tapi sebenarnya sama saja iaitu di tingkatan enam dan kebetulan pula di dalam bilik darjah yang sama.

ehhh... ini gambar apa pulak? inilah gambar jambatan sultan ahmad shah yang merentangi sungai pahang. isteri aku yang punya kerja. snap... dan hasilnya agak kabur kerana bergegar.

dan ini pulak di pertengahan jambatan. lampu-lampunya memang cantik tapi kerana dek laju aku memandu, macam tu lah yang kelihatan. namun ...syukur alhamdulillah segalanya berjalan lancar tanpa apa-apa kesukaran. kalau nak dikira letih atau wang yang habis, mungkin kita akan merasa rugi atau terlalu memikirkan kejayaan yang entah tercapai oleh anak-anak kita. tapi sebenarnya setiap sen atau keringat yang gugur itu diberi ganjaran oleh Allah atas apa yang kita sumbangkan atau korbankan untuk anak-anak kita. bagi siti nur amni binti mohd borhan, aku berharap ia terus gigih belajar kerana dengan ilmu sahaja manusia itu menjadi berguna dan dapat berjasa dalam hidup yang sementara.

sekian untuk kali ini.... alhamdulillah sambil menunggu anak-anak tahun enam buat kerja kelas tambahan dan sedikit waktu yang ada ini, aku dapat menyiapkan entry yang entah ke berapa. salam bahagia, salam hormat dari aku, semoga kita semua mendapat rahmat dari illahi.
wassalam... daaaa...

Sabtu, 22 Mac 2014

perkhemahan bersepadu unit beruniform sk kemayan 2013.

assalamulaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
kali ini jom kita tengok gambar perkhemahan tahun lepas punya. dah lama tersimpan dalam draf tapi tak pernah sempat nak buat dia punya cerita. petang yang damai ini sedamai danau di kalbu sementara menunggu mesyuarat agung pibg, cuba-cubalah jenguk apa yang patut. nak bukak mukabuku tak boleh kalau melalui onebestarinet ni. sebab tu aku dah lama tak menyibuk kat sana.

ok lah jom ikut aku kita pi berkhemah....


tengah khusuk dengar taklimat.

kem komandan dan ajk urusetia.

excited campur suspend.

tu dia orang kuat perkhemahan... cikgu khairul..!!

dah mula masuk tapak perkhemahan...

pembahagian lot untuk setiap unit...

bermulalah kehidupan sebagai seorang peserta perkhemahan...

baik-baik pasang khemah tu... kalau rosak kena ganti...

mak ooii...!!! meriahnya suasana...

apa tercegat lagi tu... tolonglah kawan ni...

hai...sambil meniarap pun boleh pasang khemah ke..???

tengok...aku buat sorang jek.... dah nak siap pun..

warna-warni kehidupan beg-beg di pangkal sepohon kelapa sawit....

bukan tarik kat situ lah....tarik ke sini sikit...

jaga-jaga... tu kakak 'quality control' datang nak check tu...

baik hati betul kakak dua orang ni... siap tolong lagi...

janganlah angkat tinggi sangat nanti runtuh...

macam ini lah ikat... itu pun tak tau ke...

yesss..... siap pun...!!!

khemah kita kat mana yek...!!

kat situ kot...

operasi menaik kan kanvas sebagai atap tempat solat...

apa tengok-tengok...orang nak lepak sekejap pun tak boleh...

dengar sini semua...

apa yang cikgu tu cakap ya...tak faham lah...

ini sapa punya beg belum masuk khemah ni...

fuuhhh...boleh tahan panas hari ni...!!!

siapa tak mengaku.... beg ni saya nak lelong kat pasar malam...

apa awak ni... saya dah tunjuk banyak kali...tak kan tak reti lagi...

trio ikatan dan simpulan sedang beraksi...

mu jange tok tau... ni projek mega ni...

kuat sikit juki... nok cabut paku pun mintak tolong ke...

tu tengah dok kerumun apa pulak tu...jom kita pi tengok....

ya Allah... macam mana boleh jadi cam ni...

ok... awak pegang dia kuat sikit...

bila lah nak sampai giliran aku ni... perut lapor dah...

sebagai seorang ahli pengakap kita mesti...

ehh... mana budak yang tadi tu...

kalau kita nak buat gadget mesti ada...

selain dari itu, kita perlu kreatif untuk...

cuma satu yang saya nak ingatkan...

boleh caya ke awok ni pakcik nasir...

baiklah sesi kita dah nak tamat ni...

mu buak gapo tu juki...
kalu tok putuh... malu mu sarimei...

napok... kei doh  tok samo ni...
ketat pulok paku ni....

tak po... usaho kejayaei.... dok gitu ustak...

beginilah suasana persekitaran perkhemahan ketika guru-guru yang dedikasi sedang melaksanakan projek mega....

mana nok letak kayu ni yek? orang lain semua dah rehat ..aku pulak yang kena buat kerja....

lain kali mau bakar ayam macam ini, maa...
kena pusing satu-satu...baru betul-betul masak...

tak tau lah sir leong...semua macam sudah masak jee...

tak pe semua sudah itam.... mesti masak punya ini...

apa pasat semua keluar api ini....

sekarang dipersilakan unit puteri islam untuk memulakan persembahan mereka....

cepatlah... mata dah ngantuk ni....

jangan lah berebut..ambik satu-satu lah...

tengok saja yo... jangan ambik pulak...

alaaa... saya malu lah....

hahahaha.... tok lawok pun....

ek eleh.... aku pun boleh buat cam tu....

hihihi... ada pulok macam tu....

malulah  nak buat persembahan...
aku dah kata dah...
cikgu...bungkusan ni bila boleh buka...

barissss..... barisss sedia....
mu nok tau dok.... ini konspirasi tahap tertinggi ni...
jangan lah tolok aku...ayam banyok lagi tu....
ye..ye.. dapat makan ayam bakar...
ooppss.... aku tok sengaja lah...
sekian lah persembahan kita pada malam ini... lepas ni semua masuk khemah dan tidor, jika tidak..

* eh...dah habis dah gambar perkhemahan yang lalu. untuk tahun ini in sya Allah akan diadakan pada bulan lima nanti. aku rasa dan aku fikir aku stop dulu sebab aaku sekarang ni dalam kelas ppg. subjek jawi: membaca dan menulis jawi. 

ok.bai....wassalamu...daaa.....