Jumaat, 14 Julai 2017

catatan tertinggal....i

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.... apa kabar dan selamat hari raya idil fitri....
sedar tak sedar ramadan telah berlalu meninggalkan kita yang terkulat-kulat.... kita..? sebenarnya aku yang terkulat-kulat... apa taknya kan aku ni banyak buat salah, banyak buat perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa... tapi apa yang aku nak cerita ni pasal perkara lama... perkara yang berlaku hampir dua tahun yang lalu. perkara yang aku telah pun lupa tapi teringat bila aku membelek satu buku nota yang 'cover' nya adalah keluaran agensi anti dadah kebangsaan.... nak tau apa isi kandungannya. biasalah aku bila pergi taklimat, bengkel, atau perjumpaan, atau pun mesyuarat, aku akan buat catatan perkara yang penting atau perkara yang aku baru tahu...macam dapat ilmu baru lah... hehehe..

ringkas cerita kat bawah ini adalah catatan yang aku tertinggal ketika mencari mana-mana catatan aku semasa belajar dulu yang masih  belum aku muat naik atau paparkan kat danau ini. nak tau bila aku mencatatnya... silakan baca... 











dah habis bacakan.... ringkas jer ceritanya sebab aku guna tulisan trengkas....hhahahaha....begitu lah adanya cerita atau perkongsian aku kali ini. cerita tentang aku yang menyambut puasa di perantauan, jauh dari kaum keluarga serta sanak saudara... hehehe...macamlah jauh sangat.... jauh tak jauh pun teringat jugak lah kat anak-anak kat rumah tu terutama anak mak mertua...😄😂😂😂 serta sedikit bebelan aku tentang sikap aku yang agak jarang melayan anak-anak aku semasa di rumah. bukan langsung tak melayan cuma ada ketikanya aku macam letih berlebihan. maklum dah masuk lima series ni... bila balik rumah tu ingat nak rehat jer...kat sekolah dah penat melayan anak-anak sekolah, tu yang rasa letih bila kat rumah. akibatnya anak sendiri pulak macam terabai... macam jer... bukan terabai betul pun....

ok lah pembaca sekalian... aku berhenti di sini dulu. nanti aku kongsi pulak satu lagi catatan dari buku nota yang sama, tahun yang sama cuma lokasi dan tarikh je yang tak sama. tentang apa... nantikan ya... ciss...! macam lah bagus sangat ceritanya tu.... hahaha.... babai... jumpa lagi next week at danau kalbu ku... daaaa.... hingga ketemu lagi.....



Selasa, 20 Jun 2017

pecah dara.....

assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...
aku seperti berjaya memecahkan dara pada hari ini apabila membuat 'comeback' di blog aku yang satu lagi... http://mohdborhanjamaluddin.blogspot.my/
bayangkanlah dah hampir 2 tahun lebih terperap bersawang dan berdebu... bahabuk.... kalau ikut loghat bahasa kedayan... heheeheh...
sebenarnya banyak jugak draf-draf yang tersimpan tersadai sepi yang tak aku edit atau sunting untuk dipaparkan. tapi tak mengapalah... jadikan ia sebagai satu cabaran dalam hidup berblog ini...
nak aktif sangat pun aku bermasalah dengan internet.... kalau setakat guna hotspot dari handset berapa sangatlah kelajuannya kan.... tapi tak pe yang penting hari ini aku dah berjaya memecahkan daranya...

sekian... terima kasih lai... selamat sungkai dan selamat berhari raya.... hingga ketemu lagi....daaaa....

Khamis, 18 Mei 2017

berkhemah lagi... sesi 2014 lah pulak...!

assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh....
oleh kerana dah kembali ke persada... aku pun bukak senarai catatan aku... rupa ada satu yang belum disiapkan lagi iaitu catatan mengenai perkhemahan bersepadu sk kemayan pada tahun 2014 yg lalu... mak oii... jaman tori punya cerita tu... tak kesah jaman apa pun. kali ini aku nak siapkan dan paparkan di danau kalbu ku... gambar semua dah ada sebagai draf... cuma ceritanya sahaja yang belum aku taip.

aku terangkan secara ringkas sajalah ya...


sesi taklimat perkhemahan... banyak dah yang aku lupa nama dia orang ni....


ini pulak sesi mendirikan khemah... apalah yang dibincangkan lagi tu....


bersedia untuk aktiviti hari kedua.... hai... ustaz sizear, berpeluk tubuh saja.... sejuk ke...? ustaz sizear ini baru bertukar dari sk belipat, lawas. belipat....? hehehehe... macam pernah dengar nama tu kan... pada tahun 2014, 3 orang guru telah bertukar ke sk kemayan. yang aku nak habaq nya, tiga-tiga tu dari sarawak... besssttt... kenangan terindah di bumi kenyalang.... love u forever....
oh...! ya, budak yang buat peace tu syafikah namanya.


hai... anak-anak, main masak-masak ke?


anak-anak tunas kadet remaja sekolah sk kemayan sedang mempamerkan kemahiran mereka memasak sardin dan nasik...

baik-baik tuang beras tu, karang tumpah pulak... tak aci sebab ada penjaga yang tolong kat belakang tu.... liza (fadil)...hahaha...


wauu... abang sariman dengan penuh bergaya sedang menyiapkan gajet "tripod" nya sambil di bantu oleh abang long suib...


ishh...ishh...ishh... sempat lagi khairul membalas mesej wasap... hahaha...
apa yang dimenung oleh juki tu agaknya... jom kita tengok sama-sama....


oooo.... api tak mahu menyala rupanya... kayu api basah... kayu api basah... 
macam lagu katak o katak lah pulak...


suasana tenang menunggu hari malam...


ini apa pulak ni.... astaghfirullahal a'zim... itu lah dia gelagat anak-anak pengakap


popaleh... beratnya beg awok.... macam nok ke mekoh pulok....


apa lagi syahmina... cepat hiris bawang tu.... pedih mata ustaz..... itu jawabnya bila aku tegur.... kesiannnn....


yang ini pulak kenapa.... sorang mengadap periuk kosong dengan kuali atas tungku.... betul2 klasik dapurnya tu....
aiikk... sorang lagi tu buat apa? menangis ke sebab perut lapor.... oooo....pedih mata masuk dek asap....heheheeheh... kesiannya dia.....


tu dia abang talib berbaju merah... baru dapat tukar dari sarawak jugak.... kreatif dan berinovatif orangya...
astagfirullah.... kenapa dengan si khairul tu....(baju biru),  maaf ya... sepatutnya gambar ini tidak dimasukkan kat sini.....hahahahah...


cikgu juki sedang memantau zami mengoreng ikan masin bulu ayam terbalik...


antara aktiviti pada hari kedua.... larian berhalangan atau karian komando.... aku dan guru lelaki bercadang nak buat trek yang tetap dengan beberapa halangan lagi... tapi terbengkalai apabila aku ditukarkan ke sk mengkuag...


maaf lah... aku dah tak ingat nama budak ini... tapi ia anak cikgu sariman... hehehe....


amboi...amboi...amboi.... mak dara ni... siap berpayung lagi bagi memastikan aktiviti ini berjalan lancar....


fuuhhh.... akhirnya sampai jugak ke hujung... nampak macam senang tapi bila cuba, baru kau tahu azabnya...


ehh...ehh... ni apa pulak ni....


buat je lah bang... asalkan jangan terlekat pada tayar tu sudah...


ini betul-betul mencabar ni... bukan nak mendera tapi nak menguji kekuatan mental dan fizikal para peserta perkhemahan.... bila pergi peringkat daerah atau negeri nanti tak lah takut sebab dah ada pengalaman...


tengok tu... terpaksa merangkak nak sampai ke puncak... begitulah juga dalam hidup ini... perlu berusaha untuk berjaya...


di kawasan yang agak licin dan berbahaya, tali untuk mendaki diletakkan bagi memudahkan peserta....


seorang lagi peserta yang bernama syafikah mewakili pasukan beruniform piteri islam...


memang agak mencabar aktiviti ini tapi ia bagus untuk menguji tahap kecergasan peserta...


baik hati sungguh abang zami.... tolong cikgu membantu peserta perkhemahan agar tidak berlaku perkara tak diingini...



semua peserta berkumpul untuk majlis penutupan perkhemahan bagi tahun 2014... iaitu tahun terakhir aku di sk kemayan....


mak ooiii.... meriahnya hadiah... best kalau dapatkan... kelihatan Sir Leong Chee Weng sedang berucap.... apa lah agaknya yang dsampaikan tu... mungkin nasihat utuk para peserta belajar rajin-rajin... maklumlah tahun 2016 ia dah nak bersara....



* akhirnya siap jugak aku menceritakan sedikit kesah perjalanan perkhemahan pasukan beruniforn di sk kemayan untuk tatapan semua. semoga yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. 
assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..... jumpa lagi next week.... daaaa.....


(siap dicatat pd 18.5.2017 jam 1.31 tengahari)







Khamis, 23 Mac 2017

kembali ke persada.....

assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.....
apa khabar semua? sehat... atau sihat... alhamdulillah... semoga kesihatan yang dikurniakan Allah terus kita pelihara dan jadikan ia sebagai jambatan untuk kita berbakti kepada insan lain. aku seperti biasa.... alhamdulillah masih lagi setia dengan iltizam yang tinggi untuk memajukan diri sendiri serta anak dan isteri disamping anak didik ditempat aku bertugas sekarang ini. aku dah bertukar atau berpindah ke? tak lah... aku masih jugak lagi di sk mengkuang. tak mintak tukar ke? tak lah... aku rasa selesa jer kat sini. selesa yang amat sangat...hehehe...

oh! ya... tajuk catatan aku kali ini kembali ke persada... itu lah yang aku harapkan dengan tersiarnya posting aku kali ini. aku pun tak ingat bila kali terakhir aku membuat catatan di danau ini. tahun lepas kot.... entah lah... tak kesah lah... tapi kan dalam aku belek membelek buku nota atau catatan aku,,, rupa-rupanya ada lagi catatan atau cebisan kesah semasa aku berulang alik ke usim dulu. sebabnya kalau dah masuk dalam danau ini aku akan hapus kira lembaran catatan itu. tapi yang aku jumpa tu memang aku pun rasa pelik macam mana ia boleh terlepas pandang. tak pe lah nanti kalau ada masa aku akan siarkan kat sini sebagai tanda kenangan yang aku pernah belajar di usim.

hari ini rabu kan. hari giliran aku bertugas di sekolah semasa cuti pertengahan penggal satu persekolahan tahun 2017 ini. isnin dan selasa pun aku datang jugak. tapi hari isnin tu aku datang menjenguk kot-kot ada budak-budak datang untuk berlatih hoki. tapi padang lengang jer. sah lah mereka tak datang sebab hujan renyai-renyai masih lagi turun lanjutan dari hujan lebat petang dan malam semalam.

semalam selasa aku datang dengan beberapa orang anak aku yang nak mengikut aku melatih dan meletih budak-budak main hoki. aku bukan terror pun main hoki. saja nak tunjuk pandai. setelah menunjukkan beberapa teknik pukulan, aku pun tompang main dengan dia orang termasuk anak aku sekali. aku yang dah separuh abad, ditambah lagi entah berapa lama tak memegang kayu hoki, punya lah sakit-sakit badan aku. lain lah kalau aku usia aku dalam 40an, rasanya boleh gagah lagi kalau nak main. bukan saja badan, habis lutut dan peha aku sakit akibat berlari, ingat dia tu muda lagi agaknya nak main dengan bidak sekolag rendah. tapi itu lah tandanya kita ni dah berusia. dengan erti kata lain dah tua lah kata kan.

nak dijadikan cerita.... balik dari surau baru aku sempat ukak wasap... mesej dari anak aku mengatakan ia terjatuh dalam bilik air (tandas). dah pergi hospital dan diberi mc 2 hari. aku tak jawab mesej anak aku yg meminta aku jemput ia kat asrama. sebaliknya aku menalipon dan bertanya perkara yang sebenar. rupanya doktor bagi mc 2 minggu, lutunya sakit dan tak dapat dak berjalan. setelah berbincang dengan isteri, aku pun suruh ia bersiap sementara aku makan nasi dulu. hampir 10 malam aku dan isteri serta 3 orang anak yang nak mengikut memulakan perjalanan ke kuantan. berhenti di pam petrol petronas kerayong dan meneruskan perjalanan.

alhamdulillah... tepat 12.30 malam aku dan rombongan selamat sampai di asrama anak aku. setelah siap segala urusan, aku dan rombongan sekali lagi meneruskan perjalanan ke triang pulak ketika jam di dashboard vanfire aku menunjukkan 1245 tengah malam. letih... ngaleh.... usah ditanya... hanya badan yang menanggung derita. untuk melonggarkan sekejap otot-otot aku yang dah kematu, aku berhenti di stesen petronas selepas petronas jaya gading. aku pun dah lupa kilometer berapa. selepas berkameh, aku pun ke kaunter untuk memesan 100 plus dan roti krim gardenia. jam 1.05 pagi aku menyambung semula perjalanan yang kira-kira 2 jam lebih lagi baru sampai ke triang.

alhamdulillah... syukur pada Ilahi....perjalanan berjalan lancar. hampr 3.30 pagi aku selamat mendaratkan vanfire aku di hadapan rumah. maka aku berehat seketika lebih kurang setengah jam dan jam 4 pagi aku merebahkan badan aku yang tak larat lagi.

begitulah secebis kisah semalam. kisah aku dan kehidupan. kisah yang tak akan padam selagi kita belum padam. mungkin ada yang telah jemu dengan kehidupan kerana berbagai dugaan dan cabaran, tapi itu sebenarnya asam garam kehidupan yang mematangkan kita disamping sebagai ujian dari Yang Maha Berkuasa samada kita ini sabar atau tidak dengan ujian dari Nya. setiap mereka yang mengaku beriman pasti akan diuji dan diuji. usah gentar atau resah kerana kita hidup ini mencari keredaan Allah jua. sekian... wassalam... see you again...