Selasa, 26 Mac 2013

salju di danau rindu...


 
 
Salju Di Danau Rindu

 Tak pernah ku kesal
 Memilih dirimu
 Biarpun pudar kelam masa silam
 Bagiku kasih sayang satu anugerah
 Tak ternilai olehku
 Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
 Cintaku tulus suci lahir dari hati
 Salju di danau rindu
 Mengapakah sukar menyakinkan cinta
 Yang terbiar layu disirami duka
 Sedangkan diriku umpama pengemis
 Mengharap kasihmu itu
 Izinkanlah aku menyintaimu
 Dan sesungguhnya cintaku satu...
 
* ketika aku sedang cuba me'repair' kotak lagu dalam blog aku ni... tetiba terjumpa pulak lagu ni. jadi buat sementara waktu,  tadah dan tahan saja lah telinga tu untuk mendengar lagu salju di danau kalbu ku... eh perasan lah pulak...! salju di danau rindu.

Jumaat, 22 Mac 2013

catatan musafir seorang mahasitua...


assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh....
hari ini aku nak paparkan catatan aku semasa bermusafir atau berkelana di nilai selama tiga hari dua malam semata-mata nak menduduki peperiksaan semester dua di usim. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. keputusannya pun aku dah ketahui. korang bacalah sendiri ya.... aku tak sempat nak taip semula. kalau aku taip semula pun, entah bila boleh siapnya. kalau macam ni kan senang. korang pun boleh berkenalan dengan tulisan cakar gajah aku yang penuh nilai estetika bertaraf internasional ini. untuk makluman korang semua, istilah cakar gajah itu diperkenalkan oleh cikgu jemi [azmi] pada tahun 1986 yang mengajar bahasa melayu semasa aku di tingkatan enam sekolah tinggi ugama sultan abu bakar, pekan atau lebih dikenali dengan nama glamournya 'kuliah pekan'.

panjanglah pulak mukaddimah aku ni.... ok... korang bacalah sendiri ya... kalau tak faham nanti, padah arah aku, aku akan translate kan ke bahasa kedayan pulak. tak pun bahasa sanskrit yang telah di maklumi oleh khalayak umum sebagai bahasa yang paling senang difahami. heheheeh.... apa ni merapu pagi-pagi ni.... saja nak ambil feel, sat lagi nak jadi hakim deklamasi sajak sempena minggu anti dadah peringkat sekolah. tapi dalam kepala risau peta minda untuk topik 5,6, dan 7 subjek ekspresi kreativiti kanak-kanak belum siap lagi. besok ada kelas kat usim.  eh....! korang bacalah ya.....













haah..... kan dah habis. sekejap saja. lagi pun ia menggunakan laras bahasa yang telah diiktiraf oleh sirim sebagai bahasa ibunda orang melayu yang menetap di alam buana melayu. apa yang nak di hairankan. 

maaf lah kerana terdapat beberapa istilah atau perkataan yang tak berapa sedap didengar seperti 'korang'. mungkin ia tak cukup rencahnya, agaknya. 

sekian, salam rindu di angin lalu....hehehe... wassalam....daaaaaaaaaaa.............  

Selasa, 19 Mac 2013

sarapan pagi, jungle treking dan makan tengahari.

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh....
entry ini terlewat satu tahun. aku mula memasukkan gambar ini sebagai draf pada bulan november yang lalu tapi tertunda penyiarannya kerana ketika itu aku agak tersibuk dengan assignment dan nak study untuk periksa akhir semester dua. disamping kesibukan lain yang tak terduga yang sering menganggu masa senang aku untuk bersenang-senang dengan blog aku ini. 

hari ini (04.02.2013) bukan lah masa senang aku kerana di saat sebahagian makhluk di bumi ini mulai membicarakan pasal "mmi" aku jadi sedikit geram dengan dasar yang entah idea siapa itu. kenapalah digunakan akal yang dikurniakan oleh Allah itu untuk satu peraturan yang sekadar hanya indah di atas kertas tetapi hampeh bila nak dilaksanakan.

eh....! kenapa pulak aku tersasul memperkatakan pasal "mmi" ini. ini bukan masanya lah.... ini masa nak menyiapkan entry yang dah tertangguh selama setahun....(ye ke setahun?) 

hari ini bertarikh 18 mac 2013, aku cadang nak siapkan jugak entry ini.... tapi apa yang pasti aku akan cerita ringkas sajalah ya... kerana terlalu banyak benda aku nak cerita yg telah tertangguh berkurun lamanya. antaranya cerita semasa aku berkelana di nilai untuk tiga hari dua malam dan lain-lain cerita yang sewaktu dengannya.


sebahagian dari ahli pasukan pengakap sedang bersarapan di hadapan kelas prasekolah.... kenapa mereka bersarapan kat situ? kerana cikgu prasekolah tu ialah orang kuat pengakap....


gpk 1.. cikgu leong tersenyum riang kerana dapat merasa beberapa resepi sarapan pagi dari tiga dapur yang berlainan... alah... mengata dulang paku serpih... mengata orang... tapi entah sapa lah yang lebih ....




suasana sibuk di bahagian dapur semua unit untuk menyiap dan menghidangkan sarapan pagi kepada peserta perkhemahan sebelum acara jungle trekking di jalankan...


masing-masing sibuk mengambil juadah untuk dimasukkan ke dalam perut agar tak kelaparan dan keletihan nanti...


suasana di dapur unit tunas kadet remaja sekolah...


segalanya telah bermula....



lihat sajalah dari jarak jauh....


cikgu shahriman... gaya seorang pemandu pelancong....heheheh....



tengok tu....... apa lah agaknya yang dibuat oleh dia tu.....



guru besar....cikgu shuhaimi turut tak mahu ketinggalan...



cikgu leong.... macam teragak-agak je nak melangkah.....



hai..... sempat lagi posing tu....



cikgu leong sedang merakam gambar guru besar....



deruan bunyinya memang menjadi kesukaan aku...



meski arus mu kecil... tapi jasa mu pada insan tak terhingga....



sempat lagi berbincang...tak pun bersembang antara guru besar, cikgu leong dan cikgu prasekolah yang berbaju merah lengan panjang....


arus mu menerbitkan rindu ku pada-Nya...



lalu lahir lah rasa kesyukuran dari lubuk danau kalbu ku...



kocakannya ternyata menyentuh hati dan kenangan pada zaman silam.....



aku akui kesilapan lalu... 
andai dapat ku undur putaran dunia.....



guru data sk kemayan..... cikgu razak...


air yang terjun dari puncak bukit....


aku pun turut membasahkan badan bersama cikgu habil... 


ok.... gambar ini lebih jelas lagi....



eh...eh.... ada pulak yang tumpang berposing.... siap baring lagi tu...



sessi mengira peserta selepas semua telah selamat kembali ke sekolah....



masing-masing keletihan bercampur kelaparan...



makan jangan tak makan.....



antara ahli pasukan puteri islam sedang makan tengah hari....


laparnya aku....! apa tak nya terpaksa berjalan kaki dan mendaki bukit....



cikgu habil sedang mencuba nasib untuk mendapatkan nasi dari dapur tkrs..... 
sementara itu cikgu latipah dengan muka seriusnya menanti cikgu zakiah mencedok nasi.....


suasana tenang di dapur puteri islam... 
al-maklumlah puteri katakan...


fuuuhhhh.........! dua orang otai ini.... bila dah makan sampai tak nampak telinga sendiri..... hahaha....




ini pulak dapur pasukan bulan sabit merah malaysia bersama orang kuatnya cikgu rohani dan cikgu zainab.....


maaf.... gambar ini terpaksa dikaburkan bagi menjaga hak privacy mereka.....

hak privacy konon... kata je lah gambar tu memang dah sedia kabur akibat dek tangan tu yang bergoyang...  hehehehe.... ini lah secebis kisah yang dah bertahun tersimpan di lubuk danau... akhirnya berjaya jugak aku menyiapkan.... tengok sajalah gelagat anak murid sk kemayan di hari kedua perkhemahan... pada hari ketiga aku tak ada sebab aku ke usim... ada kelas pada hari sabtu... jadi tak ada lah gambarnya. nak cerita pun tak boleh tapi majlis penutupannya berjalan lancar kerana semuanya aku telah siapkan...

sekian...jumpa lagi di lain bicara kalbu di danau rindu ini... eehh! apa aku merepek ni... tetiba je sebut pasal rindu... saja je lah pasal entry ni dah siap... heheehe.... wassalam....daaaa.....